KHASIAT BANTAL KEKABU UNTUK BAYI
Assalamualaikum W.B.T
Kenapa bantal kekabu ni sangat bagus untuk bayi?
Umi saya kalau jumpa pokok kekabu
ni kat kampung memang dia akan aim aje pokok tu bilalah nak berbuah dan masak.
Sebab bila buahnya masak, meletup-letup sampai luruh semua kekabu kat atas
tanah. Adik-adik saya paling seronok nak kutip sebab nampak macam tengah kutip
salji je sebab warnanya putih lembut dan terbang-terbang turun ke tanah hahaha!
Sejak ada anak pertama, saya gunakan
bantal kekabu ni untuk Nabihah Insyirah, sebab dari kecil lagi saya telah
diajar umi untuk tidur menggunakan bantal kekabu. Umi kat kampung pun dah sedia
kan 2-3 biji bantal untuk Nabihah gunakan. Bagusnya sebab bila pakai bantal ni
bayi lebih lena dan selesa bila tidur. Cuma lecehnya nak jaga bantal kekabu ni
jangan sesekali basah terkena air, memang kekabu rosak!
Apa yang bagusnya bantal dan
tilam kekabu untuk bayi? Penggunaan kekabu sebab kekabu sifatnya tidak
menyimpan haba. Apabila kekabu dibuat bantal dan tilam ia tidak panas pada tubuh
badan bayi membuatkan bayi selesa untuk tidur diatasnya. Kekabu ni boleh tahan
hingga tempoh 20 tahun lamanya, hah jangan terkejut ya! Sebab itulah, selagi
dijaga elok selagi itulah bantal dan tilam kekabu boleh digunakan.
Kekabu adalah gentian semulajadi
anugerah dari Allah, sebab itulah ia tidak mudarat pada tubuh badan kita
lebih-lebih lagi bagi bayi yang baru lahir. Kekabu juga amat lembut, ringan dan
mudah digebukan semula, jika telah berkali-kali guna anda boleh menjemurkan di
tengah panas matahari untuk dapatkan semula bantal dan tilam kekabu yang gebu!
Tilam dan bantal kekabu ini sangat
baik untuk sokongan tulang belakang, kerana itu sangat elok digunakan oleh
semua peringkat umur. Malah, sesiapa yang menggunakannya akan memiliki badan
yang lebih sihat dan cergas setiap hari. Bersifat tidak toksik kerana tiada
bahan kimia tambahan di dalam kekabu, maka kekabu tidak akan meninggalkan kesan
mudarat pada tubuh badan kita semua.
Sekarang awak semua dah tahu kan
kenapa perlu pilih bantal dan tilam kekabu buat si kecil kesayangan! Masa kini,
kekabu dah susah untuk didapati kecuali melalui pasaran import. Biasanya,
peniaga akan import daripada pasaran Indonesia, sebab itulah harganya sebiji
bantal dan tilam kekabu agak mahal di pasaran di Malaysia.
Kalau awak nak beli bantal dan
tilam kekabu yang comel, cantik dan diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti,
boleh ke laman web www.littledje.com
untuk pembelian secara online.
Jika anda suka ke Maternity & Baby Expo di
Mid Valley setiap tahun, Little Dje ada membuka booth jualan supaya mudah
pelanggannya mendapatkan corak bantal dan tilam yang disukai bersama promosi
yang diadakan! Paling best sebab sarung bantal yang diperbuat dari kain cotton
yang berwarna-warni dan sangat berkualiti, kalau dicuci banyak kali pun tak
cepat pudar dan tahan lasak!
Sekian.
Ulasan