Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Razia Sultan

KISAH HIDUP RAZIA SULTAN

Imej
Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu akhir bagi drama bersiri Razia Sultan yang ditayangkan di TV3. Saya nak cerita serba sedikit info lebih lanjut tentang sejarah kesultanan Razia yang diadaptasi dalam drama bersiri Razia Sultan ini. Sebab ramai yang tertanya-tanya, siapakah Razia Sultan? Benarkah wujud kisah hidupnya? Atau bagaimanakah kehidupan Razia hingga mampu bergelar Sultan? Razia atau gelaran penuhnya Jalalatuddin Raziyya asalnya adalah seorang puteri kesultanan Delhi, baginda adalah seorang wanita berketurunan Turki dan Delhi yang begitu luar biasa kehebatannya. Baginda dilantik sebagai Sultan wanita pertama dan terakhir kesultanan Delhi oleh ayahandanya melalui persetujuan ahli warisnya dan sokongan rakyat jelata.  Didikan yang diberikan sendiri oleh ayahandanya, Shamsuddin Iltumish sejak kecil hingga usianya 13 tahun menjadikannya seorang puteri yang bijaksana, berani dan pemurah. Razia tidak seperti kebanyakan puteri pada ketika itu, kera...

RAZIA SULTAN WANITA PERTAMA DINASTI MAMLUK

Imej
Assalamualaikum. Siapa tengok cerita RAZIA SULTAN ? Tak tahu? Jom saya konsikan sikit siapa RAZIA SULTAN ini.... ☺ Satu-satunya wanita yang memegang takhta kerajaan Delhi ketika tahun 1236 hingga 1240. Nama sebenarnya adalah Raziya Al-Din dilahirkan pada 1205 di Budaun, India. Ayahandanya bernama Iltumish dan bondanya bernama Qutub Begum. Sejarah asalnya, Razia Sultan Memiliki 3 orang adik beradik lelaki dan suaminya bernama Malik Altunia. Kemangkatan Razia Sultan dan suaminya selepas 4 tahun memerintah takhta kerajaan Delhi sumber mengatakan mereka telah diracun.  Razia(juga disebut Radiyya atau Raziyya) menggantikan ayahandanya Shams-ud-din Iltumish pasa Kesultanan Delhi pada 1236. Iltumish menjadi sultan pertama yang memilih seorang wanita sebagai penggantinya ketika ia menjadikan puterinya Razia sebagai pewaris takhtanya. Razia menjadi penguasa perempuan pertama dan terakhir di Kesultanan Delhi. (Menurut sumber, putera sulung Iltumish awalnya ingin dijadik...