Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Parenting

APA ITU BREASTSLEEPING ?

Imej
Assalamualaikum. Kebanyakan ibu  yang ada bayi kecil lebih suka tidur sekatil bersama bayi atau meletakkan bayi di dalam playpen atau katil bayi? Adakah tidur sekatil dengan bayi kecil itu bahaya? Istilah 'breastsleeping' adalah merujuk pada ibu-ibu yang memberikan susu badan kepada bayinya dan tidur sekatil untuk memudahkan ibu melakukan penyusuan terhadap bayi mereka. Keadaan ini sama sekali tidak mendatangkan bahaya jika ibu tersebut sememangnya memberikan susu badan kepada bayi secara esklusif. Hal ini adalah kerana ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan adalah lebih senang terjaga jika ada perkara yang tidak kena dengan bayi mereka sewaktu sedang tidur. Wah, kedengaran bagus bukan! Sememangnya perkara yang dinyatakan oleh pakar penyusuan ini ada kebenarannya. Saya pernah ada pengalaman sepanjang melaksanakan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi saya sendiri.  Selesai berpantang anak yang pertama, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah ...

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Imej
Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama dengan yang bakal lahir nanti kan? Kalau ada yang masih ingat pun mesti samar-samar dan ragu-ragu nak buat kan? So, jom tengok ilustrasi kat bawah ni yang mampu menerangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami bagaimana nak urus susu ibu perahan. Kenapa penting sangat untuk kena tahu cara pengurusannya? Kerana jika silap urus, susu ibu perahan tidak akan lagi membekal khasiat susu ibu sewajarnya untuk anak-anak anda. Mulai sekarang, ibu-ibu perlu lebih ilmu kerana kebanyakan ibu menyusukan bayi secara eksklusif adalah berkerjaya dan bekerja dari rumah bukan? Maka, ibu-ibu tak boleh malas untuk ambil peduli ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ya. Jika masih rasa ragu-ragu, ibu boleh rujuk kepada pakar laktasi yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda melalui pelbagai cara seperti e-mel, media sosial mahupun kaunseling. ...

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

Imej
Assalamualaikum. Kali ini saya nak berkongsi sikit kisah dan pengalaman saya mengandung anak kedua. Saya dikurniakan cahaya mata kedua ini dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya, saya dapat tahu mengandung kali kedua pada umur anak sulung saya baru 8 bulan. Terlalu awal dan langsung saya dan suami tidak menjangkakan ia secepat ini. Maklumlah, bila terlepas pandang sesuatu perkara kita takkan perasan rezeki yang datang secara tak sengaja. Berbanding anak pertama, mengandung anak kedua adalah sangat berbeza kerana tiada langsung mabuk atau alahan mengandung yang saya alami kecuali tubuh badan saya mengalami gatal-gatal. Sampai saya terpaksa ke hospital mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan kegatalan. Saya cuma tahu mengandung pada usia kandungan 18 minggu, itupun selepas saya mengesyaki diri mengandung disebabkan perut yang semakin membuncit. Sebenarnya, setiap bulan saya tetap ada spotting @ tanda sedikit tompokan darah pada tarikh datang haid, mak...

URUTAN MAMPU PERBANYAKKAN SUSU BADAN

Imej
Assalamualaikum. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung atau baru melahirkan boleh mengamalkan urutan susu untuk melancarkan pengaliran susu. Ia adalah sebagai salah satu alternatif memperbanyakkan susu badan selain mengambil pemakanan seimbang dan melakukan sesi mengepam susu. Ibu yang sedang mengandung seeloknya melakukan urutan susu pada usia kandungan 7 - 8 bulan kerana pada waktu inilah kelenjar susu mula aktif dan mula merembeskan hormon pengeluaran susu ibu. Apabila melahirkan bayi, awak semua akan lebih mudah menyusukan untuk memberi susu awal atau kolostrum untuk bayi. Biasanya, susu awal ibu adalah begitu pekat dan berwarna kekuningan. Kemudian selesai melahirkan, ibu - ibu digalakkan untuk berurut susu kembali bagi melancarkan pengaliran susu kerana ada sesetengah ibu yang mula merasai bengkak susu atau susu tersekat di payudara sukar untuk keluar. Seeloknya, selepas sehari dua melahirkan bayi, ibu - ibu perlu terus berurut susu agar bayi kurang beris...

BAGAIMANA REAKSI BAYI BILA NAK MENYUSU?

Imej
Assalamualaikum. Bila kita menyusukan bayi sendiri secara automatiknya kita ni sebagai ibu ada naluri yang kuat sekiranya berlaku sesuatu terhadap bayi atau merasai perasaan si bayi. Saya sendiri pada mulanya tidak perasan tentang hal ini sehinggalah setelah beberapa hari bayi kedua saya dilahirkan. Nadeem Khalish selepas beberapa hari dilahirkan mengalami jaundice yang sangat tinggi sampai terpaksa berada duduk di bawah 3 lampu bilirubin kerana tahap ketinggian jaundice hingga 300% apabila diperiksa di klinik kesihatan kerajaan. Dalam kadar segera, dia dibawa ke Hospital Temerloh atau dikenali sebagai HOSHAS untuk ditahan di NICU. Sampai wad untuk mendaftar, doktor dah terangkan tentang keadaan Nadeem sekiranya jaundice yang dihadapinya masih berada dalam tahap terlalu tinggi, doktor perlu menukar darah bayi. Alhamdulillah, petang itu juga tahap jaundice Nadeem menurun hingga 280% sahaja. Lampu bilirubin juga cuma 2 sahaja yang diperlukan. Saya kerapkan menyusu badan ...

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 1 - 38 YANG MENAKJUBKAN!

Imej
Assalamualaikum. Seronoknya bila pertama kali dapat tahu diri sendiri dah mengandung kan? Melonjak-lonjak gembira hati seakan nak terkeluar! Cepat-cepat nak bagitau suami dan mak yang diri dah mengandung... hati punya teruja sampai tak terkata! Jom kita tengok perkembangan bayi sewaktu di dalam kandungan si ibu! Trimester pertama bermula minggu 1 hingga minggu ke 12. Biasa ibu akan berasa sedikit mual, letih dan pening tetapi ada yang mengalami morning sickness yang teruk dan boleh berlanjutan hingga minggu ke 20! Pada minggu ke-13 semasa mengandung anak yang pertama saya pernah dirujuk ke bahagian O&G HKL sebab mengalami kesukaran bernafas dan kebas sebelah tangan (kanan) hingga tak boleh menulis pun! Saya dirujuk beberapa kali kerana bacaan ICG (graf degupan jantung) saya menunjukkan keabnormalan. Umi saya sampai datang ke KL dan bertanya samada saya berasa kepenatan, saya cuma jawab ya sebab rasa sakit pada belak...

DILEMA MENCARI PENGASUH BAYI

Imej
Assalamualaikum. Sekarang kecoh tentang pemilik taska & dua org pekerja di sebuah taska tak berdaftar didakwa atas tuduhan mengikat mulut, tangan dan kaki bayi berusia 11 bulan hingga 1 tahun tanpa belas. Kalau tak silap boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat atau kedua-duanya sekali! Gambar 3 orang bayi tersebut yang viral di laman sosial katanya berlaku di Kajang. Kes sebegini hakikatnya sama sahaja seperti kes-kes yang telah berlaku sebelum ini. Tak kiralah samada taska atau pengasuh persendirian, banyak kebaikan dan keburukannya terhadap psikologi dan perkembangan minda bayi. Sebagai seorang mama, saya juga memiliki dua orang bayi yang perlu diletakkan di bawah pengawasan taska atau pengasuh. Pengalaman pertama saya mencari pengasuh untuk Nabihah begitu sukar sekali. Pada mulanya ada jiran yang sanggup mengasuh Nabihah yang masa tu baru masuk 3 bulan. Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu Nabihah di rumah pengasuh tak ada masalah. Susu ibu yang dibeka...

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

Imej
Assalamualaikum. Baru-baru ni ada kes tentang ibu muda yang putus puting payudara akibat digigit oleh bayinya yang berusia 2 tahun. Tentu awak semua tertanya-tanya mengapa boleh terjadi perkara sebegitu? Mengapa bayi tersebut boleh menggigit hingga menyebabkan kecederaan ada sebabnya. Antaranya adalah : Bayi nak tumbuh gigi Biasanya, bayi mengalami gatal gusi seawal 4 bulan dan mereka mula tumbuh gigi hingga genap usia dua tahun. Walhal, bayi yang belum tumbuh gigi juga suka menggigit menggunakan gusi mereka. Tidak hairanlah jika sudah mempunyai gigi, mereka suka untuk menggigit. Bayi inginkan perhatian Ketika sedang menyusukan bayi, kadangkala ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi. Ada bayi yang suka apabila ibu mereka bercerita, mengusap dan bergurau ketika sedang menyusu. Ibu tidak boleh sesekali leka semasa penyusuan sedang berlangsung walaupun ibu berasa lebih relaks, namun seeloknya beri tumpuan pada bayi yang sedang disusui. Tidak puas hati...

BAYI SUKAR SENDAWA DAN KERAP JELUAK

Assalamualaikum. Sejak menimang cahaya mata pertama, banyak perkara baru yang saya mesti belajar dalam hidup. Sebagai ibu, seharusnya belajar tentang tabiat bayi adalah perkara paling penting. Walaupun agak sukar kerana bayi tidak boleh bercakap, bayi cuma boleh berinteraksi dengan kita melalui tangisan dan tabiatnya setiap hari, namun saya suka bertanya umi saya pelbagai perkara tentang penjagaan bayi. Perkara terpenting ketika menyusukan bayi adalah memastikan bayi sendawa selepas menyusu. Banyak kes bayi tersedak susu dan sebagainya kerana penjagaan ibu-ibu yang kadangkala bersikap cuai terhadap bayi sendiri. Keadaan agak rumit jika bayi sukar untuk sendawa dan bayi terus tertidur lena! Kedua-dua bayi saya juga jenis yang lepas minum susu terus tertidur tak mahu bangun walaupun digerak berkali-kali. Tabiat bayi sememangnya kita sebagai ibu-ibu tak boleh ubah. Umi ajar saya jika bayi berkelakuan begini saya perlu dukung dia di bahu dan usap belakangnya, sekurang-kurang...

ANAK LAMBAT TUMBUH GIGI… LAMBAT BERJALAN & BERCAKAP ?

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya masih mempunyai masa untuk mengurai persoalan demi persoalan naluri seorang ibu . Walaupun kadangkala sukar untuk ada masa menulis, namun anak-anak ada masanya gemar bermain sendiri. Asalkan diberi kebenaran menyepahkan rumah, mereka akan bermain sepuas hati! Trend ibu zaman sekarang suka membanding-bandingkan anaknya dengan anak orang lain sering terjadi di media sosial. Dalam beberapa tahun ini jugalah saya menyaksikan pelbagai luahan suka duka ibubapa yang pelbagai. Malah, bukan sahaja melalui media sosial… jika berbual sesama rakan sekerja, rakan sepermainan, rakan setaman dan sebagainya mesti ada antara ibu-ibu  dan bapa-bapa yang suka buat perbandingan. Antara perbandingan paling famous adalah tentang anak pandai meniarap, anak tumbuh gigi, anak cepat berjalan, anak bercakap, anak bijak dan bla bla bla… Sewajarnya, ibubapa tidak perlulah bersikap sedemikian kerana setiap anak dianugerahkan oleh Allah memiliki keistime...