PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 1 - 38 YANG MENAKJUBKAN!
Assalamualaikum. Seronoknya bila pertama kali dapat tahu diri sendiri dah mengandung kan? Melonjak-lonjak gembira hati seakan nak terkeluar! Cepat-cepat nak bagitau suami dan mak yang diri dah mengandung... hati punya teruja sampai tak terkata! Jom kita tengok perkembangan bayi sewaktu di dalam kandungan si ibu! Trimester pertama bermula minggu 1 hingga minggu ke 12. Biasa ibu akan berasa sedikit mual, letih dan pening tetapi ada yang mengalami morning sickness yang teruk dan boleh berlanjutan hingga minggu ke 20! Pada minggu ke-13 semasa mengandung anak yang pertama saya pernah dirujuk ke bahagian O&G HKL sebab mengalami kesukaran bernafas dan kebas sebelah tangan (kanan) hingga tak boleh menulis pun! Saya dirujuk beberapa kali kerana bacaan ICG (graf degupan jantung) saya menunjukkan keabnormalan. Umi saya sampai datang ke KL dan bertanya samada saya berasa kepenatan, saya cuma jawab ya sebab rasa sakit pada belak...