JIRAN YANG SUKA MENYAKITI HATI JIRAN LAIN ANTARA GOLONGAN BAKAL KE NERAKA
Assalamualaikum. Saya nak tanya siapa antara awak semua yang ada masalah dengan jiran tetangga? Tentu ada segelintir dari kita yang mengalami masalah dengan jiran tetangga termasuklah saya sendiri! Jiran ini bermaksud orang yang tinggal berhampiran dan berada di kiri, kanan, hadapan dan belakang kita. Malah, boleh jadi jiran setingkat atau jiran setaman. Baiklah, saya nak kupas sikit isu jiran ini memandangkan ramainya jiran yang suka menyakiti hati jirannya yang lain. Bukan kali ini saja saya menemui jiran sebegini, malah telah berkali-kali sejak saya kecil lagi. Biasanya, jika kita tidak pernah menyakiti hati jiran tetapi jiran pula menyakiti hati kita begitu jugalah sebaliknya. Cuma saya ingin nasihatkan diri saya dan awak semua agar berhentilah mementingkan diri sendiri kerana kita hidup di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kisahnya, saya tinggal di rumah berbentuk flat apartment, maka awak semua sedia maklum bagaimana keadaannya. Pintu sebela...