PUNCA MEROYAN SELEPAS BERSALIN
Assalamualaikum. Ngeri bila dapat berita beberapa hari lepas tentang bayi dua bulan yang dikelar oleh ibunya sendiri. Difahamkan mangsa bukanlah anak sulung, mangsa adalah anak ketiga dan memiliki 2 orang lagi saudara kandung lain. Sedih. Sebagai seorang yang telah bergelar ibu, saya sendiri sedih mengenangkan nasib yang menimpa arwah Nur Areesa Sofea. Namun, ada segelintir pihak yang menuding jari mengatakan ibu mangsa sengaja membunuh mangsa. Maaf cakaplah... Kalau belum pernah merasai sakit perit dan kesukaran mengandung, bersalin, berpantang dan menguruskan anak kecil, tolonglah jangan bercakap perkara yang boleh menyinggung hati mana-mana pihak. Kes seperti ini bukan yang pertama kerana beberapa tahun lalu, tragedi yang lebih kurang sama berlaku pada tahun 2012, namun mangsanya adalah ibu yang baru sahaja 10 hari melahirkan anak. Kerana kecewa gagal menyusu badan, ibu tersebut yang berasa tertekan dengan dirinya sendiri lalu terjun dari tingkat 26 pangsa...