Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pam Susu

CARA ATASI BENGKAK SUSU

Imej
Assalamualaikum. Siapa pernah kena bengkak susu? Mesti sakit sangat kan sampai nak demam dan sudahnya demam juga? Jom saya share tentang bengkak susu pada awak semua ya! Ibu-ibu lepas bersalin biasanya akan mengalami bengkak susu jika susu badannya terlalu banyak dan tidak dihisap oleh bayi atau tidak dipam. Selain itu, bengkak susu boleh juga berlaku jika bayi sudah semakin membesar dan bertukar waktu menyusu. Antara sebab lain, ibu-ibu akan mengalami bengkak susu apabila bayi menolak untuk ‘direct feeding’ setelah beberapa hari ditinggalkan. Malah, ibu-ibu boleh mengalami bengkak susu akibat kesukaran memberikan susu secara ‘direct feeding’ kepada bayi kerana masalah puting susu tidak timbul dan sebagainya. Keadaan ini boleh mengakibatkan ibu berasa sangat sakit dan boleh menyebabkan ibu-ibu demam. Namun, ibu-ibu boleh mengatasi untuk mengurangkan bengkak susu melalui cara urutan, urutan yang betul akan mengurangkan sakit bengkak susu dan air susu bolehlah dikelu...

PAM SUSU DAN KEPENTINGANNYA

Imej
Assalamualaikum. Kredit to en. google Gajet yang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu adalah pam susu atau biasa dikenali sebagai ‘Breast Pump’. Tidak kira samada awak semua ni bekerjaya ataupun hanya suri rumah sepenuh masa sahaja, pam susu wajib ada satu! Sebelum bersalin saya tidak menitikberatkan tentang jenis pam susu ni sebab pada saya semuanya sama. Namun, ternyata tanggapan saya salah! Pemilihan pam susu adalah penting untuk keselesaan kita sendiri sekiranya perlu bergantung dengan pam susu sepenuhnya. Saya telah mengalaminya dan tidak mahu awak semua mengalami nasib serupa macam saya! Penting untuk kita memilih jenis pam susu yang terbaik dan sesuai dengan citarasa sendiri. Terpulang untuk pilih yang mana satu asalkan keselesaan awak semua terjamin. Saya agak terkilan apabila telah bersalin dan menggunakan pam susu berjenama kurang popular sekarang ni sangat sukar dan membuatkan saya tambah stress. Akhirnya, terpaksa meminjam pam susu kak...