Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Susu Ibu

APA ITU BREASTSLEEPING ?

Imej
Assalamualaikum. Kebanyakan ibu  yang ada bayi kecil lebih suka tidur sekatil bersama bayi atau meletakkan bayi di dalam playpen atau katil bayi? Adakah tidur sekatil dengan bayi kecil itu bahaya? Istilah 'breastsleeping' adalah merujuk pada ibu-ibu yang memberikan susu badan kepada bayinya dan tidur sekatil untuk memudahkan ibu melakukan penyusuan terhadap bayi mereka. Keadaan ini sama sekali tidak mendatangkan bahaya jika ibu tersebut sememangnya memberikan susu badan kepada bayi secara esklusif. Hal ini adalah kerana ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan adalah lebih senang terjaga jika ada perkara yang tidak kena dengan bayi mereka sewaktu sedang tidur. Wah, kedengaran bagus bukan! Sememangnya perkara yang dinyatakan oleh pakar penyusuan ini ada kebenarannya. Saya pernah ada pengalaman sepanjang melaksanakan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi saya sendiri.  Selesai berpantang anak yang pertama, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah ...

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Imej
Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama dengan yang bakal lahir nanti kan? Kalau ada yang masih ingat pun mesti samar-samar dan ragu-ragu nak buat kan? So, jom tengok ilustrasi kat bawah ni yang mampu menerangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami bagaimana nak urus susu ibu perahan. Kenapa penting sangat untuk kena tahu cara pengurusannya? Kerana jika silap urus, susu ibu perahan tidak akan lagi membekal khasiat susu ibu sewajarnya untuk anak-anak anda. Mulai sekarang, ibu-ibu perlu lebih ilmu kerana kebanyakan ibu menyusukan bayi secara eksklusif adalah berkerjaya dan bekerja dari rumah bukan? Maka, ibu-ibu tak boleh malas untuk ambil peduli ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ya. Jika masih rasa ragu-ragu, ibu boleh rujuk kepada pakar laktasi yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda melalui pelbagai cara seperti e-mel, media sosial mahupun kaunseling. ...

PERSEDIAAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA

Imej
Assalamualaikum. Ramai newbie mommy yang pening kepala bila tinggal sebulan lagi nak naik kerja kan?  Sebab apa, sebab bayi menyusu badan dan ibu-ibu nak teruskan juga penyusuan hingga bayi 6 bulan pertama, hingga umur bayi setahun dan seterusnya hinggalah umurnya cukup 2 tahun. Paling penting ibu-ibu ibu kena sediakan pam susu paling selesa yang akan digunakan sebagai gajet pengganti bayi semasa di tempat kerja.  Tapi sebelum tu, ibu-ibu dah perlu mula melakukan perahan 2 bulan awal sebelum masuk kerja. Susu perahan perlu disimpan mengikut tempoh yang disediakan seperti dibawah.  Perlu dibezakan antara susu dari simpanan chiller dan simpan sejuk beku atau frozen. Kemudian sebulan sebelum naik kerja, ibu-ibu perlu melatih bayi menggunakan botol dan susu perahan yang disimpan tadi.  Semasa latihan pastikan tidak melakukannya secara mendadak ya .. tetapi secara berperingkat - peringkat. Masa ajar bayi ni ibu-ibu perlu keras hat...

URUTAN MAMPU PERBANYAKKAN SUSU BADAN

Imej
Assalamualaikum. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung atau baru melahirkan boleh mengamalkan urutan susu untuk melancarkan pengaliran susu. Ia adalah sebagai salah satu alternatif memperbanyakkan susu badan selain mengambil pemakanan seimbang dan melakukan sesi mengepam susu. Ibu yang sedang mengandung seeloknya melakukan urutan susu pada usia kandungan 7 - 8 bulan kerana pada waktu inilah kelenjar susu mula aktif dan mula merembeskan hormon pengeluaran susu ibu. Apabila melahirkan bayi, awak semua akan lebih mudah menyusukan untuk memberi susu awal atau kolostrum untuk bayi. Biasanya, susu awal ibu adalah begitu pekat dan berwarna kekuningan. Kemudian selesai melahirkan, ibu - ibu digalakkan untuk berurut susu kembali bagi melancarkan pengaliran susu kerana ada sesetengah ibu yang mula merasai bengkak susu atau susu tersekat di payudara sukar untuk keluar. Seeloknya, selepas sehari dua melahirkan bayi, ibu - ibu perlu terus berurut susu agar bayi kurang beris...

BAGAIMANA REAKSI BAYI BILA NAK MENYUSU?

Imej
Assalamualaikum. Bila kita menyusukan bayi sendiri secara automatiknya kita ni sebagai ibu ada naluri yang kuat sekiranya berlaku sesuatu terhadap bayi atau merasai perasaan si bayi. Saya sendiri pada mulanya tidak perasan tentang hal ini sehinggalah setelah beberapa hari bayi kedua saya dilahirkan. Nadeem Khalish selepas beberapa hari dilahirkan mengalami jaundice yang sangat tinggi sampai terpaksa berada duduk di bawah 3 lampu bilirubin kerana tahap ketinggian jaundice hingga 300% apabila diperiksa di klinik kesihatan kerajaan. Dalam kadar segera, dia dibawa ke Hospital Temerloh atau dikenali sebagai HOSHAS untuk ditahan di NICU. Sampai wad untuk mendaftar, doktor dah terangkan tentang keadaan Nadeem sekiranya jaundice yang dihadapinya masih berada dalam tahap terlalu tinggi, doktor perlu menukar darah bayi. Alhamdulillah, petang itu juga tahap jaundice Nadeem menurun hingga 280% sahaja. Lampu bilirubin juga cuma 2 sahaja yang diperlukan. Saya kerapkan menyusu badan ...

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

Imej
Assalamualaikum. Baru-baru ni ada kes tentang ibu muda yang putus puting payudara akibat digigit oleh bayinya yang berusia 2 tahun. Tentu awak semua tertanya-tanya mengapa boleh terjadi perkara sebegitu? Mengapa bayi tersebut boleh menggigit hingga menyebabkan kecederaan ada sebabnya. Antaranya adalah : Bayi nak tumbuh gigi Biasanya, bayi mengalami gatal gusi seawal 4 bulan dan mereka mula tumbuh gigi hingga genap usia dua tahun. Walhal, bayi yang belum tumbuh gigi juga suka menggigit menggunakan gusi mereka. Tidak hairanlah jika sudah mempunyai gigi, mereka suka untuk menggigit. Bayi inginkan perhatian Ketika sedang menyusukan bayi, kadangkala ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi. Ada bayi yang suka apabila ibu mereka bercerita, mengusap dan bergurau ketika sedang menyusu. Ibu tidak boleh sesekali leka semasa penyusuan sedang berlangsung walaupun ibu berasa lebih relaks, namun seeloknya beri tumpuan pada bayi yang sedang disusui. Tidak puas hati...

CARA MENYUSUKAN BAYI CARA ‘DIRECT FEEDING’ YANG BETUL

Imej
Assalamualaikum. Ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi perlu tahu tentang ini kerana kesilapan cara memberi susu ibu terus dari payudara akan memudaratkan ibu dan bayi. Samada berlaku melecet yang teruk pada puting ibu dan susu tidak dapat diminum dengan sempurna oleh bayi dan juga  boleh mengakibatkan juga bayi lemas. Bagi ibu yang baru selesai melahirkan bayi seeloknya menyusukan bayi dalam kedudukan yang selesa iaitu paling bagus dalam keadaan duduk. Memegang bayi dalam keadaan mendakapnya dengan rapat ke dada. Mulut bayi mestilah menghisap penuh sehingga ke aerola payudara seperti gambar di bawah ini. Antara payudara dengan hindung bayi pastikan ada sedikit ruang untuk bayi bernafas. Sekiranya bayi cuma menghisap kawasan puting payudara ibu akan luka dan melecet mengakibatkan ibu mengadu sakit dan tidak mahu untuk menyusukan bayi sedangkan ibu perlu belajar cara-cara menyusukan anak dengan betul kerana penyusuan yang sempurna tidak akan ...

GAYA PENYUSUAN 'DIRECT FEEDING'

Imej
Assalamualaikum. Bila bayi dilahirkan ibu-ibu semua tentu dah bersedia kan untuk menyusukan ? Tapi, masih ada ibu-ibu yang kurang pasti beberapa gaya untuk melakukan penyusuan lebih-lebih lagi newbie mommy. Jangan risau sebab ada banyak gaya yang selesa buat ibu-ibu yang breastfeeding! Dulu, saya pun cuma tahu gaya cradle hold sahaja untuk menyusukan bayi pertama saya, kemudian setelah genap umur bayi sebulan, umi saya ajar cara menyusukan gaya lying down. Sampai sekarang pun sebenarnya, saya masih gunakan gaya-gaya tersebut sahaja sedangkan masih ada beberapa gaya lain lagi. Awak semua boleh rujuk gambar di bawah ni : Macamana?  Menarik bukan? Sekurang-kurangnya, ibu-ibu tak perlu bimbang untuk menukar gaya penyusuan kerana bayi tetap selesa dan susu ibu tetap keluar asalkan ada rangsangan dari bayi ataupun pam susu. Walaupun anda ada kembar sekalipun tetap ada beberapa gaya tersendiri dalam penyusuan susu ibu untuk kemudahan bersama. ...

TEKNIK MARMET ADALAH TEKNIK PERAH SUSU TANPA GAJET

Imej
Assalamualaikum. Ibu-ibu yang menyusukan anak mesti tau apa itu teknik marmet kan? Antara beberapa gambar yang saya kira dapat membantu untuk lebih jelas apa itu teknik marmet. Teknik marmet ni jarang sangat saya guna kecuali kalau ada ibu-ibu yang rajin buat memang terbaiklah! Saya difahamkan teknik ini memerlukan cara dan kedudukan yang betul sebelum melakukannya. Tak boleh main hentam picit ikut suka aje tau! Kebanyakan klinik ibu dan anak atau hospital awam dan swasta pun banyak yang ada poster teknik marmet dengan cara yang betul. Cumanya cara ini dah tak berapa popular memandangkan kita sedia maklum dah ada pam susu manual dan elektrik. Namun, sebenarnya cara paling baik adalah selepas pam ibu-ibu boleh guna teknik marmet untuk mengosongkan breast sepenuhnya. Jika dilakukan proses susu akan jadi lebih mudah dan cepat penuh! Saya ni agak pemalas, makanya saya tahu tapi tak pernah nak buat pun. Suatu hari saya tertinggal pam di kampung sa...

CARA ATASI BENGKAK SUSU

Imej
Assalamualaikum. Siapa pernah kena bengkak susu? Mesti sakit sangat kan sampai nak demam dan sudahnya demam juga? Jom saya share tentang bengkak susu pada awak semua ya! Ibu-ibu lepas bersalin biasanya akan mengalami bengkak susu jika susu badannya terlalu banyak dan tidak dihisap oleh bayi atau tidak dipam. Selain itu, bengkak susu boleh juga berlaku jika bayi sudah semakin membesar dan bertukar waktu menyusu. Antara sebab lain, ibu-ibu akan mengalami bengkak susu apabila bayi menolak untuk ‘direct feeding’ setelah beberapa hari ditinggalkan. Malah, ibu-ibu boleh mengalami bengkak susu akibat kesukaran memberikan susu secara ‘direct feeding’ kepada bayi kerana masalah puting susu tidak timbul dan sebagainya. Keadaan ini boleh mengakibatkan ibu berasa sangat sakit dan boleh menyebabkan ibu-ibu demam. Namun, ibu-ibu boleh mengatasi untuk mengurangkan bengkak susu melalui cara urutan, urutan yang betul akan mengurangkan sakit bengkak susu dan air susu bolehlah dikelu...

PENYUSUAN JARAK JAUH

Imej
Assalamualaikum. Hakikatnya, penyusuan jarak jauh memerlukan kesungguhan luar biasa seorang ibu! Saya sendiri adalah salah seorang dari ibu-ibu yang menghadapi penyusuan jarak jauh ini. Peralatan atau gajet penyusuan susu ibu mesti lengkap dan penjagaan susu beku dan susu chiller perlu dititikberatkan, memandangkan saya perlu menyediakan puluhan oz susu setiap minggu buat anak saya. Kawasan rumah saya agak sukar untuk mencari pengasuh persendirian. Taska berdaftar juga tiada dan kami suami isteri perlu keluar ke kawasan berhampiran untuk menghantar anak. Masalah utama kami adalah waktu kerja dan tempat bekerja saya dan suami berbeza haluan perjalanannya. Pada mulanya, saya telah meletakkan Nabihah di bawah jagaan seorang pengasuh di dalam kawasan perumahan. Tetapi pengasuh tersebut mengandung anak ketiga dan mengalami mabuk serta alahan yang agak teruk! Memandangkan umur Nabihah baru 3 bulan, umi saya telah meminta untuk menjaganya hingga Nabihah berumur setahun.  Pa...

PAM SUSU DAN KEPENTINGANNYA

Imej
Assalamualaikum. Kredit to en. google Gajet yang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu adalah pam susu atau biasa dikenali sebagai ‘Breast Pump’. Tidak kira samada awak semua ni bekerjaya ataupun hanya suri rumah sepenuh masa sahaja, pam susu wajib ada satu! Sebelum bersalin saya tidak menitikberatkan tentang jenis pam susu ni sebab pada saya semuanya sama. Namun, ternyata tanggapan saya salah! Pemilihan pam susu adalah penting untuk keselesaan kita sendiri sekiranya perlu bergantung dengan pam susu sepenuhnya. Saya telah mengalaminya dan tidak mahu awak semua mengalami nasib serupa macam saya! Penting untuk kita memilih jenis pam susu yang terbaik dan sesuai dengan citarasa sendiri. Terpulang untuk pilih yang mana satu asalkan keselesaan awak semua terjamin. Saya agak terkilan apabila telah bersalin dan menggunakan pam susu berjenama kurang popular sekarang ni sangat sukar dan membuatkan saya tambah stress. Akhirnya, terpaksa meminjam pam susu kak...

PENGALAMAN BREASTFEEDING

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, seronoknya kalau kita sebagai ibu ni dapat menyusukan anak secara terus atau dalam bahasa penyusuan ‘direct feeding’(DF). Seperti kebiasaan bakal-bakal ibu lain juga… saya sebenarnya sangat mengimpikan dapat memberi yang terbaik buat anak-anak saya sendiri. Ketika mengetahui diri saya telah disahkan mengandung saya sememangnya berniat agar dapat menyusukan anak saya  sepenuhnya sehingga umurnya 2 tahun. Cuma perancangan Allah dan perancangan saya tidak sama. Sebaik lahir Nabihah Insyirah, saya terus menyusukan dia walaupun pada mulanya saya hampir demam mengalami bengkak susu akibat susu sukar sedikit untuk keluar. Sememangnya, saya sungguh bertuah kerana umi saya sendiri pandai mengurut dan boleh dikatakan semua masalah berkaitan urat, terseliuh, ibu berpantang, ibu mabuk mengandung, bengkak susu dan sebagainya dia berjaya selesaikan. Dengan berkat urutan umi saya dan tunjuk ajarnya saya mampu menyusukan anak pertama sepenuhnya dala...