OBSESSION | TELENOVELA FILIPINA DI TV3


Assalamualaikum.

Menarik drama ni!

Drama telenovela bergenre Medical Drama ini ditayangkan bermula hari ini 10 Januari 2017 bagi menggantikan drama telenovela bersiri Akin Pa Rin Ang Bukas. Telenovela Filipina ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 3 hingga 4 petang. Apa yang pasti, episod pertamanya saja pun dah menarik untuk ditonton!

Episod 1

Mengisahkan Bernadette Samson yang mengalami kemurungan dan akhirnya, semakin parah sejak kehilangan bapa kandung yang terlalu disayangi. Ibu Bernadette mengetahui keadaan anaknya itu apabila secara tiba-tiba Bernadette sendiri cuba untuk mencederakan dirinya sendiri. Akhirnya, ibunya mengambil keputusan untuk merujuk penyakit Bernadette kepada doktor psikologi.

Bertahun-tahun, ibunya masih setia melalui hidup bersama Bernadette yang mempunyai emosi kemurungan, walaupun perkara tersebut telah lama berlaku Bernadette tetap mengingatinya bagaimana bapanya pergi meninggalkannya begitu sahaja. Bernadette telah dewasa dan menjadi seorang pakar kimia namun, emosinya yang tidak stabil dan mudah tertekan menjadikannya terlalu obses untuk mendapatkan apa yang diingininya.

Bernadette bertemu James kemudian mereka jatuh cinta melalui temujanji pertama. Namun, Bernadette begitu obses dengan cintanya sedangkan James hanya membalas cinta Bernadette acuh tak acuh sahaja. Kerana terlalu obses terhadap James, Bernadette merasakan James curang dan memiliki wanita lain. Di telah mengambil keputusan terjun dari jejantas untuk membunuh diri.

Pertemuannya dengan Ramon Mandoza apabila Bernadette membuka matanya, menyebabkan Bernadette bingung, mengapa dirinya masih belum mati dan mengapa dia berada di rumah majikannya. Doktor yang merawat Bernadette memberitahu Ramon bahawa Bernadette mengalami obsesi yang teruk sehingga ingin meragut nyawa sendiri. Bernadette mungkin akan hilang keyakinan diri akibat mengalami kecederaan teruk pada wajahnya sekarang.

Ramon juga sebenarnya adalah seorang lelaki yang obses dengan wanita bernama Vanessa, maka dia telah mengambil keputusan untuk mengubah wajah dan personaliti diri Bernadette yang mengalami kemurungan dan obses itu menjadi Vanessa, wanita kegilaannya!

Nantikan sambungannya dalam episod 2...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU