Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Beauty

CARA NAK TAHU PRODUK ANDA MENGANDUNGI HYDROKUINON

Imej
Assalamualaikum. Hai awak semua! Siapa yang tak nak kan ada kulit floles macam bayi yang tak ada sedikitpun cela, tapi awak semua janganlah cepat sangat terpedaya dengan pelbagai produk baru yang tidak diketahui sumber asalnya dari mana.  Ada sesetengah founder skincare canang produk yang dihasilkannya adalah organik tapi makin lama pakai makin pelik! Hati-hati ya awak semua... baik awak semua check sekiranya skincare awak semua ada tanda-tanda seperti dibawah ini okey! Apa itu HIDROKUINON ?  Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari, Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli. 1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit. 2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari...

KESAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA WAJAH

Imej
Assalamualaikum. Awak nak tahu tak selain merkuri, ada beberapa jenis bahan kimia berbahaya lain yang sering digunakan oleh pengeluar produk skincare semasa pembuatannya? Bahan-bahan kimia seperti ini amat murah dan senang didapati, maka ramailah pengeluar produk yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda untuk menggunakannya dalam produk mereka tanpa ambil kira kesannya kepada pelanggan. Antara kesan-kesannya mengikut jenis bahan kimia adalah : Buat adik, kakak, mommy semua... Tolong jangan guna produk skincare yang mengandungi bahan-bahan terlarang ini. Sekiranya awak semua sedang pakai, tolonglah berhenti dan rawat kulit anda dengan produk skincare organik yang lebih terjamin kebaikannya untuk kulit kita semua. Kalau nak cerita, ramai wanita yang telah menjadi mangsa bahan kimia berbahaya ini... Kebanyakan daripada mereka memakai produk yang sedang famous di pasaran tempatan kita sekarang ni!  Harap awak semua maklum tak perlu...

KENALI JENIS KULIT DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum gorgeous ladies!  Hari ni saya nak share tentang jenis kulit.  Supaya uols tahu mengenali jenis kulit masing-masing. Betapa pentingnya kita untuk tahu jenis kulit kerana senang untuk kita menyesuaikan jenis produk berdasarkan jenis kulit kita. KULIT NORMAL Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah,  tekstur kulit juga sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat,  jeragat atau bintik hitam. KULIT KERING/SENSITIF Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang.  Jadi wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan memberi efek yang sangat tidak selesa.  KULIT BERMINYAK Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga...

CARA NAK TAHU SKINCARE ADA MERKURI

Imej
Assalamualaikum. Sekarang ni macam-macam jenis skincare yang ada dalam pasaran negara kita. Skincare murah, yang mahal, yang organik, yang timbang kilo semuanya ada!  Tapi, awak semua kena tahu beza skincare mana yang tidak mengandungi bahan terlarang seperti hidrokuinon, merkuri dan sebagainya. Bahan-bahan kimia seperti ini sangat berbahaya kepada kulit, organ dalaman dan jika awak mengandung bahaya buat bayi dalam kandungan awak tau! Hari ni saya nak bagitau sikit ciri-ciri skincare dan kosmetik yang mengandungi MERKURI : 1) Melekit-lekit. Sapu pada muka pun bukan main susah nak ratakan. 2) Tidak Homogen (tidak menyatu dan kasar) Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat. 3) Kulit putih segera. Warna putihnya pulak lain macam, bukan putih natural. Dalam masa seminggu dua kulit muka dah boleh putih sangat-sangat. Ingat! Biar lambat putih asalkan selamat. 4) Jerawat susah nak tumbuh. Jangan cepat ...