Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tabung Haji

CARA SEMAK ONLINE BONUS TABUNG HAJI

Imej
Assalamualaikum. Bagi awak yang ada akaun Tabung Haji dan telah melakukan pengaktifan e-Thijari, awak semua dah boleh semak bonus dalam akaun Tabung Haji ye. Khabarnya, semakan boleh dibuat bermula 4hb Februari lalu, namun saya sendiri baru membuat semakan semalam pada 6hb Februari iaitu semalam. Kalau awak masih belum aktifkan e-Thijari, lebih baik aktifkan sekarang di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan sebab tak perlulah berbaris panjang bagai nak semak bonus. Dah ada cara mudah ni, buat di rumah sahaja semuanya selesai! Cara-caranya : Masukkan ID dan password yang diberikan oleh pihak TH. Jika perlu awak boleh tukar password sendiri yang lebih senang untuk diingati. Kemudian anda pilih menu DEPOSIT dan ke pilih di bawah PENYATA AKAUN. Silalah masukkan no. akaun Tabung Haji anda sendiri dan ni. kad pengenalan. Pilih bulan 02-2017  dan awak terus klik pada butang semak. Akan keluar penyata bonus dan bonus haji yang ada dalam akaun aw...

PENGUMUMAN HIBAH/BONUS TABUNG HAJI 2017

Imej
Assalamualaikum. Majlis Pengumuman Hibah Pendeposit TH 2016 yang berlangsung di Putrajaya pada tarikh 3 Februari 2017. Pada majlis berkenaan, YB. Menteri mengumumkan Hibah Pendeposit sebanyak 4.25% dan Hibah Haji sebanyak 1.50%. J  Pada tahun 2016 jangkaan pendeposit tabung Haji menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Lepas ni dah boleh update buku akaun Tabung Haji untuk lihat hibah/bonus yang diberikan! Bagi saya, awak semua yang baru menimang cahaya mata juga digalakkan untuk terus membuka akaun tabung Haji sebagai pelaburan jangkamasa panjang. Saya juga telah membuka akaun tabung haji anak-anak selepas beberapa bulan kelahiran mereka. Kemudian, cukupkan RM 1,300 untuk daftarkan haji anak-anak. Alhamdulillah, selesai urusan tersebut dan anak-anak boleh pergi haji mengikut giliran nanti. Sekian.