DATANG HAID TAPI MENGANDUNG | BUNTING PELANDUK

Assalamualaikum.

Biasanya kita cuma dengar kalau wanita yang cepat mengandung anak pertama selepas hari perkahwinannya, orang akan menggelarnya bunting pelamin. Tapi pernahkah awak semua tahu tentang bunting pelanduk? Pada mulanya, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah boleh mengandung bunting pelanduk itu?

Pertama kali mendengarnya, apabila umi saya ada menyebut-nyebut tentang bunting pelanduk. Saya bertanya dia bagaimana boleh terjadi bunting pelanduk? Umi menjawab, istilah bunting pelanduk tu apabila seseorang wanita itu hamil tetapi masih datang haid/darah kotor. Terkejut juga saya mendengarnya, bagaimana pula boleh terjadi begitu?

Jawapannya, berkemungkinan semasa mula hamil masih ada saki baki darah kotor yang tertinggal, maka setiap bulan wanita tersebut masih datang haid/darah kotor. Ini cuma andaian orang dulu-dulu. Kalau ada istilah/penjelasan dalam perubatan, mohon komen di ruangan komen ya!😊

Namun, awak semua jangan salah faham dulu ya!

Rajah pergerakan janin dalam fasa menuju ke kawasan peranakan wanita.


Wanita yang hamil tetapi masih datang haid/darah kotor tidak sama dengan wanita yang datang haid/darah kotor biasa. Wanita hamil ini akan didatangi haidnya hanya untuk jangkamasa terlalu pendek iaitu 1-3 hari sahaja! Darah yang turun juga memiliki implementasi sangat ringan juga cuma sedikit dan beberapa tompok (berwarna kecoklatan) sahaja dan haid tersebut tamat dalam tempoh yang amat singkat.

Mulanya, saya sendiri sukar untuk percaya hinggalah saya mengalaminya ketika mengandung anak kedua. Saya tidak menjangka selepas mengalami datang haid/darah kotor yang banyak saya telah pun mengandung. Kerana tiada alahan mabuk atau loya seperti kebanyakan wanita hamil yang lain saya langsung tidak mengesyaki apa-apa.

Pada bulan berikutnya, kitaran haid saya datang lagi dan ia cuma datang dalam jangkamasa terlalu pendek iaitu sehari dan sangat sedikit, cuma setompok dua darah (berwarna kecoklatan) sahaja.

Pada fikiran saya, mungkin sebab saya stress kerana kerap berulang-alik Kuala Lumpur-Temerloh kerana anak sulung saya, Nabihah dijaga oleh umi saya di sana. Sudahlah setiap minggu saya perlu berulang-alik, malah saya juga terkejar-kejar untuk buat stok lebih kurang 120-130 oz seminggu untuk bekalan susu beku Nabihah.

Susu badan saya mula berkurangan dan Nabihah mula meragam jika saya menyusukannya secara ‘direct feeding’. Kebetulan masa tu raya puasa, maka saya sibuk ke sana sini untuk beraya. Pada saya, mungkin sebab tak berapa nak jaga pemakanan dan kerap juga saya terlewat makan, maklumlah hari raya dan beraya pula sebelah keluarga mertua. Disebabkan taknak dikata cerewet saya telan saja makanan apa yang ada semasa di kampung.

Kemudian, bulan seterusnya kitaran haid saya tiba tetapi saya tidak didatangi haid/darah kotor walaupun setitik. Hairan juga saya, tapi saya fikir mungkin faktor saya menyusukan Nabihah. Susu badan saya juga masih berkurangan walaupun sebulan telah berlalu. Disebabkan rasa sedikit risau, pernah saya minta suami belikan ubat pecah darah agar saya tidak mengandung terlalu cepat. Tapi, masa tu hati berbelah bahagi juga nak beli. Suami juga cakap, tak payah belilah ubat tu.

Bulan seterusnya, saya didatangi haid tetapi cuma 2 hari dan sehari cuma setompok sahaja darah yang ada. Saya dah mula keliru dan datangnya dalam keadaan serupa main-main. Masa ini, saya pulang ke Temerloh kerana tiba hari raya Aidiladha. Saya juga rasa tak sedap hati sebab perut saya kelihatan agak buncit sedangkan saya masih lagi berbarut. Setiap kali berbarut juga, perut saya pasti berasa senak hingga terpaksa melonggarkan ikatan barut tersebut dan akhirnya saya malas hendak memakinya lagi.

Kadangkala juga saya terasa seperti ada benda bergerak-gerak didalam perut. Bila saya ajukan soalan pada umi saya tentang masalah saya, umi menjawab mungkin cuma angin dalam perut sebab terlewat makan. Seterusnya, saya kembali ke Kuala Lumpur dan mula bekerja setelah bercuti beberapa hari.

Ada juga saya bertanya kawan-kawan sebab risau, perut saya nampak membuncit. Keadaan haid datang tapi sehari dua saja kemudian tamat. Tak pernah saya mengalaminya sebelum ini. Kawan-kawan terus mengesyorkan saya membeli pregnancy test dan terus melakukan ujian  sekadar untuk memastikan keadaan saya. Walaupun berat hati untuk melakukan ujian kehamilan, saya perlu juga lakukan demi kepastian.

Akhirnya, saya beli pregnancy test dan hasil dari ujian tersebut saya sememangnya telah hamil. Saya terus rujuk keadaan saya di KKIA berhampiran dan membuat dua kali scan untuk pastikan umur bayi di dalam kandungan. Ternyata, usia kandungan saya telah menceah 18 minggu!

Saya benar-benar terkejut kerana tidak menyangka saya hamil walaupun haid saya datang setiap bulan. Pada bulan berikutnya, saya masih lagi didatangi haid (tompokan berwarna kecoklatan) dalam  tempoh sehari dua.

Pelik tapi benar!

Tidak pernah saya bermimpi untuk bunting pelanduk seperti ini, kedengaran unik namun, ia merisaukan kerana sukar untuk pastikan samada saya mengandung atau tidak sedangkan bayi di dalam perut telah semakin membesar. Jika saya tak melakukan pregnancy test dengan segera dan terasa ada pergerakan dari dalam perut, mungkin hingga kandungan masuk ke trimester ke-3 agaknya baru saya sedar!

Kandungan kedua saya ni juga tidak terlalu menonjol, perut saya juga tidak begitu kelihatan lebih-lebih lagi ketika saya duduk di kerusi. Saya pernah ditegur kerana kelihatan berisi dan gemuk! Saya cuma ketawa dan mengatakan sebenarnya saya mengandung, sudah 7 bulan dan mereka yang bertanya tadi mesti terkejut dan memohon maaf.

Semoga awak semua yang sudi membaca tentang pengalaman saya ini. Semoga juga dapat memberi panduan dan pengajaran kepada kita semua. Hakikatnya, bahaya sebenarnya jika tidak sedar diri sendiri mengandung. Bahaya buat bayi dan juga ibu tersebut kerana sekiranya langsung tidak tahu mengandung selama 9 bulan, mungkin boleh terberanak di mana-mana tempat tidak sepatutnya dan mengundang tumpah darah yang boleh meragut nyawa ibu atau anak atau kedua-duanya! 


Sekian.

Ulasan

Nani berkata…
Salam..nak tanya yg awak cakap pada awal awak dtg period yg banyak awak dh mengandung?masa dtg period banyak tu ada kluar ketul tak?
Azieera Tajul Rahim berkata…
Period saya yg pertama lepas habis pantang, darah period lebih banyak dari biasa. Tak berketul-ketul cuma banyak. Then, next month darah period jadi setitik dua untuk tempoh 1-2 hr, then terus tak ada darah. Next month lagi saya xdatang uzur dlm tempoh 4 bulan, lepas tu period datang semula tapi setitik dua untuk tempoh 1-2 hari shj. Confius .. sbb bf baby masa tu dan member suggest buat pregnancy test.
Unknown berkata…
Sy nk tnya sis..sblum sy dtg period sy tergerak hati nk chek upt..pas tu ada naik 2 line tapi kabur..lepas dari tu sy dtg period tapi x lama cuma 3 hari je..darah bnyak masa mula2 period dan hari ke 2 period dah semakin kurang..period pn ketul2...knapa ye jdi mcm tu..normal ke..satu lgi sy chek upt sblum dtg period tu naik 2 line..boleh jadi mengandung ke..cuma nk tahu pendapat..tq sis.
Unknown berkata…
Saya nk tnya sis...sy tergerak hati nk chek upt...pas tu bila chek naik double line tapi samar2..tapi masa tu sy blum dtg period lgi..lepas 2 3 hari sy dtg period tali x bnyk..dlm 3 hari je...hri prtama period bnyak masuk hari ke 2 ke 3 dah kurang...adakah sy mngandung..period pn dtg ketul2..hnya nk tahu pendapat dari sis..tq
Unknown berkata…
Salam sis..sy sblum ni tergerak hati nk chek upt..pas tu masa sy chek tu ada naik double line tapi samar2..masa tu sy x dtg period lagi..lepas dari tu swlang 2 3 hari sy dtg period tapi selama 3 hari saja..period hari yg pertama tu dtg bnyak..hari ke 2 dan ke 3 dah jdi kurang..adakah sy hamil..dan pasal upt tu mcm mna bleh naik double line sbb sy blum dtg period..hnya nk tahu pendapat sis.tq
Unknown berkata…
salam sis...sy nak tya..sy skrang da masuk 13 week..dari awal dapat taw mengandung sy asyik turun darah je..berulang kali masuk hospital..kali pertama turun sikit je,dlm 3 hari da xde.doc suruh balik..balik dri wad esoknya turun darah lagi..dlm 3 hari pastu da xde..doc suruh balik lagi..duk rumah dlm smgu lebih..turun darah lagi..pun same jugak..last² da malas da nk g hospital..berehat kt rumah je..golek²..tp ade jugak turun darah skli lndir..pastu da xde..sy x sakit perut ape pun..xde rase ape..ttibe je turun darah..soalan sy,adakah sy ni bunting pelanduk jugak yaa??sebab doc pakar o&g pun xtaw kenapa..baby semua sihat..xde masalah..
Azieera Tajul Rahim berkata…
Mungkin keadaan rahim sis agak kebawah dan sis kerap berdiri lama yang menyebabkan terlalu kerap terjadi spotting. Biasanya, bunting pelanduk ni bila setiap kali tiba waktunya datang haid, seseorang tu akan turun darah setiap bulan sedangkan dia mengandung. Hinggakan dia tak perasan yang sebenarnya dirinya telah hamil.
Unknown berkata…
Salam sis,hy sy sekarang tengh comfiuss sesangat 2,3 bulan nie haid pelik tak teratur now sy tengh period hari pertama-hari ke3 tak cam period darah setitik,lendiran,berwarna coklat,hari ke4-6 darah cam biasa,perut cam naik,seringkali ada denyutan nadi di perut sebelah kanan,jatung ada kala cam laju berdetik,kepala ada senoning if baring cam pusing2 ,klo meniarap nadi perut berdenyut n cam ada something...tak cek lagi bab cam pelik tak kan preg bab period kan...
Tanpa Nama berkata…
Salam sy nak tanya sy xdtg period hampir 3 bulan.. Setiap kali sy cek negetive, hr ni baru sy dtg period tp sy xtahu sama period atau drh kotor, dia dtg hnya sedikit sahaja. Sebelom nk setiap. Ulan kalau period mesti sevugut kuat. Kali ni mmg xde sakit..hnya sedikit je drh berbanding drh haid sblom ni
Unknown berkata…
Assalam hi sis, synk tnya. Bulan ni sy dh lwt 6hari then dtg period hr 1st byk, hr kedua sedikit je, hr k3 terus bersih. Boleh kemungkinan tak sy bunting pelanduk?
Azieera Tajul Rahim berkata…
Biasanya, bunting pelanduk ni period hari pertama tu mmg darah cuma setitik dua dan kecoklatan shj.. kemungkinan sis nak preggy tp turun darah . Boleh check upt utk confirmation.
Unknown berkata…
Salam sis..saya jadi benda yang sama dengan sis..mengandung tapi still datang bulan..and last period to kuar darah ketul2..pgi kk doc sah kan saya ggur and kndungan sya dlm 9 minggu dh time to.. And now saya rsa sya pregnant..sbb bdn saya laen skrng ni..tapi period dtg..last month dtg lewat dri date period..this month datang bulan on time..perut macam buncit skit..apa pendapat sis ea..nak check upt tkot..hope sis sudi ea bg pendapat..
Wafiqah Ghazali berkata…
Salam. Sama dgn kes sy ni. Sy last period yg normal bulan Januari 2017. Lps tu period sy jd tak menentu. Sy terfikir myb sbb perubahan hormon agau stress kerja. Tak expect pn mengandung masa tu. Dalam bln Mac & May ada keluar darah mcm period. Sy check upt dlm bulan Mac pn dpt negative. Lagi la yakin tak mengandung. 14 Jun 2017 sy terasa senak sgt kt dlm perut. Ajak suami pergi klinik, doktor scan tgk2 dh 20w pregnant. Alhamdulillah. Anak 1st umur setahun 2 bulan masa tu. Tp sbb sy bersalin czer masa anak 1st ni doktor minta sy jaga2 lebih la. Edd sy 29 Oktober 2017. Doktor kata in sha Allah kalau takde masalah apa2 sy boleh bersalin normal. Dia pernah ada patient mcm tu juga. Pernah juga ada patient dia yg sampai nak bersalin br tahu pregnant. Allahu. Kuasa Allah. Minta semua doakan yg terbaik utk sy & 2nd baby sy ni ye. Terima kasih.
Unknown berkata…
Maaf sy nak tanya last period sy 27/4/17 n 27/5/17 sy tak period 11-12/6/17 ada darah keluar Tp cuma 2hr je n 9-10/7/17 ada darah keluar lg adakah sy bunting pelanduk Tp cek 3x -ne tp badan rase tak sedap letih Kadang loya kadang pening,bwh pusat kadang krem n breas pon Kadang bengkak kadang soft bengkak balik...sy confius..
Azieera Tajul Rahim berkata…
Sy sarankan utk dia check upt sekiranya sis delay period bln depan.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Kdg as sstgh org yg preggy, di awal kehamilan x boleh detect lg kantung. Sbb tu bila buat upt juga negatif. Lps 2 weeks try buat lagi upt utk tahu jawapannya .
Azieera Tajul Rahim berkata…
Insha'Allah, Alhamdulillah.. semoga urusan sis dipermudahkan. Amiin.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Period hari pertama setitik dua atau banyak? Jika cuma setitik dua dan tempoh period cuma 1-2 hari. Sy sarankan sis utk check upt PD bln berikutnya.
Unknown berkata…
sis nak tanya period saya datang bulan 9/5/17 next month 16/6/7 next month datang lagi on time 16/7/17 haid kluar macam biasa ketul² kegelapan and klaur kekuningan. normal kaa sis sekadar nak bertanya
Tanpa Nama berkata…
sis nak tanya saya period 9/6/17 next month 16/6/17 next month nya lagi on time 16/7/17 haid macam biasalah ada ketul²,sengugut and 4-5 kluar kekuningan ada ka itu normal sis. sekadar bertanya
hafizah berkata…
hi sis nak tanya saya period 9/5/17 next month period 16/6/17 lepas tu next month lgi period dtg on time 16/7/17 haid macam biasalah sengugut darah ketul2x sampai hari ke3 lepas tu hari ke4 darah mcm biasa normal kah sis
Tanpa Nama berkata…
Salam sis..sy nk tny, sebelum2 ni period saya teratur n on time.tetapi period untuk bulan 8 aritu tiba-tiba dtg awal 3 hari dari tarikh sepatutnya. walaubagaimanapun, pada 3 hari pertama tersebut hanya flek coklat shja yg keluar..masuk hari ke 4 baru keluar darah yang byk dan hanya 2 hari sahaja drh keluar.pada permulaan sy sangka sy pregnant sebab flek coklat tersebut.namun selepas keluar darah pada hari ke 4 itu, andaian yang sy pregnant berubah kepada sy tidak pregnant..mungkin belum rezeki sy..akan tetapi selepas period sy bersih, sy rasa badan sy tidak seperti hari-hari yang sy tidak period. suhu bdn sy setiap mlm panas, kdg2 niple breast sy berasa ngilu n tegang, perut sy semcm buncit sedikit n kdg2 terasa tegang n nyeri di bahagian bawah perut dan kerap mengeluarkan angin (kentut).. apa pendapat sis tentang hal ni ye?utk pengetahuan, sy tidak pernah check upt sbb sy rasa sy tidak pregnant. ;)
Unknown berkata…
salam..sis sy pn ada mslh lbh kurang mcm sis jgk. dh 2 period sy cuma dtg 2 ari je lpstu dh x de dh...bln ni period sy cuma dtg 1,2 titik je dh x dtg dh period sy.sy dh wt pregnantcy test tp result nya negetif..apa pendapat sis tentang mslah sy ni. sblm ni sy prnh gugur sbb sy x tau yg sy pregnant time tu..lps sy gugur sy lekat lg tp cuma b'thn 1,2 bln sy trn darah...mcm mna sis, klu bleh sy nk mntk pndpat dr sis tentang mslah sy ni.
Unknown berkata…
salam sis, sy nk mntk pndapat dr sis. sy pn mslah lebih kurang mcm sis jgk. dh 2 bln period sy dtg cuma 2 ari je tp bln ni period sy cuma dtg 1,2 titik je..sy dh wt pregnantcy test dh tp result nya negetif..sblm ni sy prnh gugur tp dlm msa yg sma sy x tau sy pregnant...lps gugur sy lekat lg tp cuma b'thn 1,2 bln sy trn darah.klu bleh sy nk mntk la pandangn dr sis tentang mslah sy ni
Unknown berkata…
salam sis, sy nk mntk pndapat dr sis. sy pn mslah lebih kurang mcm sis jgk. dh 2 bln period sy dtg cuma 2 ari je tp bln ni period sy cuma dtg 1,2 titik je..sy dh wt pregnantcy test dh tp result nya negetif..sblm ni sy prnh gugur tp dlm msa yg sma sy x tau sy pregnant...lps gugur sy lekat lg tp cuma b'thn 1,2 bln sy trn darah.klu bleh sy nk mntk la pandangn dr sis tentang mslah sy ni
Unknown berkata…
Salam sis... Mcm sy alami skrg ni mengandung 3bulan tp keluar darah , sy ingat bleeding skli buat scan baby sihat dan xde tanda2 keguguran pd kantung baby pon. Tp sy masih musykil sbb xpernah alaminya...
Tanpa Nama berkata…
Sptutnya sya period 28hb..tp25 HB dah period..hr pertama skit.
.hr kedua banyan..hr ke 3 sikit...ke 4@5 xde lgsung...tnda sya pregnt atau n x
Unknown berkata…
Salam sis, bulan lepas saya ada spotting brownish. Then saya biarkan dulu. Baru2 ni saya ada check upt dan naik double line tapi samar2. Lepas 2 hari, turun darah macam darah period macam biasa. Sis rasa saya preggy tak? Saya dah lama tggu saat ni. Hmm
Unknown berkata…
Salam sis, bulan lepas saya ada spotting brownish. Then saya biarkan dulu. Baru2 ni saya ada check upt dan naik double line tapi samar2. Lepas 2 hari, turun darah macam darah period macam biasa. Sis rasa saya preggy tak? Saya dah lama tggu saat ni. Hmm
Tanpa Nama berkata…
Salam sis..sy nk tny..ritu last period 13 jul..pastu sy xdtg period dh..awal bln 8 sy ad alami spotting..n bru smlm sy perasan ad drh kuar skit n brketul2..hr nie drh kuar byk plk..knp gtu yea.?2mnggu lps sy ad g kk..dktr kte sy xmngndung tp dktr tkut sy mengndung..cz nk kt 2bln period..knp jd gtu yea.?n now perut makin membesar
Tanpa Nama berkata…
Salam sis..sy nk tny..ritu last period 13 jul..pastu sy xdtg period dh..awal bln 8 sy ad alami spotting..n bru smlm sy perasan ad drh kuar skit n brketul2..hr nie drh kuar byk plk..knp gtu yea.?2mnggu lps sy ad g kk..dktr kte sy xmngndung tp dktr tkut sy mengndung..cz nk kt 2bln period..knp jd gtu yea.?n now perut makin membesar
Faty berkata…
Salam sis,boleh tlg uls tak keadaan sy ni. Saya mpunyai haid teratur,tapi bulan ni,lewat 5 hari,tapi apabila check upt negatif.lepas 5 hari,haid kluar jugak,hari pertama tompok 2 saja,hari kedua dan ketiga haid bnyak dan setakat 3 hari sahaja haid.Adakah kemungkinan saya bunting pelanduk? Sy belum mpunyai rezeki anak. Tq.
Tanpa Nama berkata…
slm sis sy nak tanya...period sy lewat 19 hari...sy dh wat pregnant test sebanyak 4 kali...result dye..2 line...1 line pekat..1 line lg x pekat...adakah sy hamil..tp pada hari ke 20 hari...darah kuar...tp x byk...sis tlg terangkan..
Unknown berkata…
Assalamualaikum maaf tumpang tnye sye pregnant 7 week dah nak masuk 2bulan
hari nie lepas sye mandi ade darah sedikit kuar ..adakah nie nama nya bunting pelanduk
Azieera Tajul Rahim berkata…
Seeloknya, scan samada wujud kantung atau x. Kalau ada kewujudan kantung & ada denyutan jantung bayi maknanya mengandung tapi kalau tak ada saya takut u mengalami fibroid.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Walaikumussalam. Itu bleeding, awk mungkin byk buat kerja berat. Better byk rehat sbb baru first trimester. Kalau teruk kena/ wajib refer doktor.
.
Bunting pelanduk ni: setiap bulan awk akan dtg spotting(tompokan darah kecoklatan) pd tarikh haid awk shj & pd ms tu awk memang sdg preggy. Sbb tu x akan dpt dijangka yg seseorang tu mengandung pd awal kehamilan.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Awak pregnant... Darah yg keluar mungkin bleeding. Kena refer ke klinik utk scan samada wujud kantung & denyutan jantung bayi.Kalau ada kantung, bayi sihat, kandungan normal, boleh terus ke KKIA utk buka buku.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Sis, awk period. Mungkin belum ada rezeki. Insha'Allah, sampai masa nanti akan tiba rezeki awak.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Boleh jd mengandung tp x lekat lama sebab x kuat. So, sis dikira period mcm biasa. Insha'Allah, akan dtg rezeki lain. Byk makan kurma setiap hari untuk kuatkan rahim.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Darah byk bermakna sis period. Mungkin ada chances untuk mengandung, tp x lekat. Insha'Allah, akan dpt rezeki lain nanti.
Hamba allah berkata…
Hi sis..saya period sperti biasa..tpi hanya 3 ari..tpi darah tak brpa bnyk..hanya kat depan pad tu je..hari k3 kuar coklat dan ptg dh kering..dh cek upt n scan tpi -ve..pegi urut bidan kata mengandung 5 bln..dh rasa kpala bby kat bwah..n peranakan slalu turun..sekarang ikut sukatan bidan urut je..coz dktr ckap tak mengandung. Cek penyakit semua clear. Tpi berat bdn dh naik dri 60kg ke 67kg dlm masa 3 bln. Perut pun dh buncit..ada tak org mcm ne..bidan ne dah urut beratus org..dan meang rasa ada budak dlm perut saya.
Unknown berkata…
Salam . Hi sis , saya nak tanya , saya tak dtg period almost 2month , bile saya pi cek upt , negatif ? Tapi perut saya dah mula membesar nd keras . Kadang2 pernah terasa ade bende begerak , nd pernah saya terasa sakit macam org tarik urat pusat saya . Tapi harinih saya kluar darah , and darah saya macam air . Serious cair , takde ketul takde ape , and perut saya tak cramp . Adakah ini tanda2 saya mengandung ?
Unknown berkata…
Assalamualaikum sis sy nk tnye sy dh pregnant 6 weeks doktor scan perut dy pn ckp sy pregnant tp skrg ni sy berdarah sbb apa ehh??? Adakah sy period??? Sy keliru skrg...sy harap sy pregnant sbb ni anak first
Unknown berkata…
Assalam sis.sy nk tnya..sy dh 9 thn kwin.tp belum ad rezeki lg.kitaran haid sy normal.last period sy 10/9.ptutnya period bulan ni anggaran 7@8/10..tp sejak 5 ari lepas perut sy mcm berdenyut2 dibelah kiri.perut rasa krem.kdg2 wktu pagi rasa loya & mual.agk kerap.smlm try check ad 2 line tp agak samar2.pagi try check pun ad 2 line tp samar2..ptg kuar darah mcm period..tp x byk..cuma rasa sakit kt perut ngan pinggang agk teruk..sy agk keliru...bole sis terangkn..
Azieera Tajul Rahim berkata…
Sis, awak bleeding. Boleh ke klinik bagitau nurse & buat scan utk pastikan keadaan baby dalam perut .
Azieera Tajul Rahim berkata…
Tahniah! Sis, awak memang mengandung. Turun darah sedikit dipanggil bleeding, kalau berlaku bleeding kerap sis perlu rujuk ke klinik ya. Better scan perut utk kepastian.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Sis, boleh ke klinik yg berbeza sekiranya doktor di satu tempat tu x dpt pastikan ada kantung dlm rahim sis. Boleh buat scan details juga utk pastikan sis tiada fibroid sbb ada juga berlaku x period tapi rupanya fibroid.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Bimbang sis keguguran. Tp better sis ke klinik utk scan details smada masih ada kantung atau x dlm rahim sis.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Sepatutnya, sis preggy sbb spotting brownish tu biasa. Sy bimbang darah yg turun 2 hr tu darah bleeding terjadi sis keguguran pula. Baik sis check upt semula.
Kerul88 berkata…
Salam sis... Bulan nie sy lmbt datang period 2 hari..bila datang period keluar darah tompok sdikit shja.hari ke3 pun jd bnda yg sma tp bila sy kencing darah ketul2 keluar,hari ke4 cuma keluar darah hitam2.. Adakah sy period.. Sbb sblm nie xpenah jd mcm nie... Perot sy pown kadang2 terasa krem... Sy buntu.. Boleh bantu sy..
Unknown berkata…
Salam sis. Sy nk tnya. Sehari sebelum dtg period sy buat upt kptsn +ve.2x sye buat sbb tkut salah. Ptg nye tu sye period. Esok nye sy try buat upt jgak. Kptsn sme +ve. Tpi still period. Darah sama mcm period biasa ad ketul2. Hari nie hari ke 3 sye try upt tpi-ve plak. Sye buntu. Boleh bgi pndapat x?
Tanpa Nama berkata…
Awk dh check klinik x sis ..ape kputusannye..
Tanpa Nama berkata…
Slm sis sy nk tnya bln lps sy x dtg period.buat upt sy x hamil.tp perut rsa lain mcm je.dn tiba pg nie sy period skit je.bila pkai pad x de plk drh.
Tanpa Nama berkata…
Salam sis sy nk tnya. Sblm kawen period sy sngt2 teratur. Tapi lepas je kawen terus tak teratur. Sy baru saje berkahwin pada 27/10/2017. Bulan 11 sy period, mcm biasa lah. Lepas tu bulan 12 mmg tak datang period lngsung. Lepas tu masuk bulan 1/2018 dah. Pada 4/1/2018 sy demam panas dan masa tu turun darah, Lege sy akhirnya period jugak. Bnyk jugak lah kuar, darah pekat sngt2. Masa nk g tukar pad yg lain. Lepas tu smpi ke mlm sy tukar lagi pad sbb tak selesa kan, darah bnyk. Lepas tu kan.... haaaaa ni buat sy jadi pelik???? Bila sy g toilet nk kencing. Pad kosong putih bersih nothing licin. Adoiiii dah lah demam panas masa tu. sy ok je. Smbng tido. Esok pagi nya g toilet nk kencing. Skli tngok xde jugak. Lepas tu dia kering smpi ke bulan 2. Lepas tu bulan 2 lewat 2 hari pulak. Pelik betul sy. Period lagi pada 6/2/2018. Kali ni ok. Period normal mcm dulu2. Sy mmg jenis period tak bnyk. Hari ke 3 mmg sikit dah darah. Hari ke 4 makin sikit dam hari ke 5 dah cokelat2. Smpi habis. Lepas tu smpi lah ke hari ni. Dah masuk bulan 3. Sepatutnya 6/3/2018 dah period dah. Ni dah 13/3/2018. Lewat 8 hari pulak. Haha mcm2 lah badan ni. Sy fikir mungkin perubahan hormon kot. Hihi.. hari ni badan rasa kurng sihat sikit. Berdebar2 je. Lemah sikit. Lepas tu lidah mcm tawar je ni. Badan mcm suam2 mcm loya2 sikit. Maybe sbb penat kot. Tapi ni entah lah. Tadi rasa mcm ad rasa cengkam2 sikit kt area peranakan tu. mcm org nk dtg period. Mungkin nk dtg period lh ni kot. Hahhaa tak berharap pape pun. Last bersama dgn suami dlm 1 tu. lepas tu bulan 2 pakai kondom. Hahah. Sorry terlebih ckp. So skrg dah sebulan lebih sy tak bersama dgn suami. Masing2 busy. Penat kerja kan Hihi bila penat sngt tido awl. tak smpt nk fikir utk bersama2 hahha. So mcm mana ya. Bila sy baca2 semua komen2 kt atas ni. Buat sy jadi tertnya2. Dan nak kan kepastian. Sy tak berharap pape pun. Cuma nk kan kepastian. Sbb Baru 4 bulan lebih kahwin kan. Hihihi dalam bulan 11/12/1 mmg ada je pancut dlm. Tapi xde rezeki lagi smpi ke hari ni. Bulan 2 pakai kondom. So sy fikir belum ada rezeki dan perubahan hormon. Muka sy pun yg dulu licin bersih, skrg naik gatal2 merah2 teruk. Hormon bertukar maybe. Sbb darah dah bercmpur kan dgn suami. Hihihi. Pape pun mintak pnjelasan ya. Terima kasih
Tanpa Nama berkata…
as salam sis.. nak tanya, period sy utk bln mac'18 ni wrne cklat2 je.. lepas tu abis awal dr biasa.. pregnant ke? tp tak cek upt pn lg.. tp adala rs loya nak muntah tu lately ni.
Tanpa Nama berkata…
Salam sis nak tanya..kalau dua hari sebelum period dan bersama suami adakah saya boleh pregnant..haid saya teratur setiap 26 hari.
Tanpa Nama berkata…
salam sis, hari sepatutnya saya period cuma dtg tompokan coklat shj dan sgt sedikit dan kering.hari kedua tompokan tu jd byk sedikit dan kering juga. adakah period sy normal? sbb biasanya sy period byk tp sehingga 4hari shj. tapi bulan ni yg dtg cuma tompokan coklat yg kering.
DINDA berkata…
Salam. Salam Ramadhan. Sy nak tanya, kondisi kandungan puan bagaimana ya?

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

TEKNIK MARMET ADALAH TEKNIK PERAH SUSU TANPA GAJET