APA HUKUM BUAT AQIQAH UNTUK BAYI YANG TELAH LAHIR
Assalamualaikum
Seronoknya apabila menyambut
kelahiran bayi ke dunia lebih-lebih lagi anak yang pertama! Apabila lahirnya
setiap bayi ke dunia, yang berkemampuan diminta mengerjakan ibadah aqiqah untuk
anak tersebut. Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah aqiqah seperti yang
diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud:
“Setiap anak yang lahir itu tepelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberikan nama”. (Riwayat Ibnu Dawud, Al-Turmuzi dan Ibn Majah)
Hukumnya adalah sunat muakkad
iaitu sunat yang dituntut kecuali dinazarkan menjadi wajib. Penyembelihan
aqiqah boleh dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahirannya, hari ke-14 atau
ke-21. Jika tidak dapat pada bila-bila masa sahaja sebelum anak tersebut
baligh.
Jika anak itu telah baligh, gugur
tuntutan aqiqah ke atas walinya dan sunat pula keatas dirinyamengaqiqahkan untuk
dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan
al-Tabrani, bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri
sesudah baginda diangkat menjadi Rasul.
Bayi Perempuan – 1 ekor kambing /
sebahagian lembu/kerbau/unta yang telah cukup umur untuk diaqiqahkan.
Bayi Lelaki – 2 ekor kambing /
dua bahagian lembu/kerbau/unta yang telah cukup umur untuk diaqiqahkan. (Sah
jika hanya mampu melaksanakan 1 bahagian sahaja)
Boleh dilaksanakan mengikut
kemampuan pasangan ibu bapa untuk melakukan aqiqah buat anak-anak yang baru
lahir. Sekiranya mampu sangat dituntut untuk melakukannya sekaligus. Sekiranya
kurang berkemampuan, boleh melakukannya sebahagian dahulu dan sebahagian
lainnya kemudian. Sekiranya tidak mampu, tunggulah saat anak tersebut dewasa
dan mampu untuk melaksanakan aqiqah buat dirinya sendiri.
Saya tetap laksanakan walaupun
ada yang berpendapat ia cuma sunat sahaja. Walaupun ibadah aqiqah ini sunat
tetapi hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut apatah lagi
Rasulullah S.A.W turut melaksanakan ke atas dirinya sendiri dan juga
cucu-cucunya.
Sekian.
Ulasan