KENAPA AZANKAN BAYI KETIKA LAHIR

Assalamualaikum.

Tentu ada yang tertanya-tanya, apa pentingnya mengazankan bayi ini sebaik kelahirannya?

Sebaik lahir sahaja bayi muslim ke dunia ini, kalimah pertama yang perlu untuk didengarinya adalah Azan. Seeloknya dilakukan oleh bapa bayi, jika tiada boleh meminta bantuan doktor lelaki yang berhampiran untuk mengazankan bayi tersebut.

Mengapa bayi perlu diazankan?

Dari Husain bin Ali r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: ‘Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan  pada telinga kanan dan di iqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan menganggunya.”

Ketika keluar dari perut ibunya, keadaan bayi yang masih kecil dan lemah serta dipenuhi kotoran seperti darah dan lendiran. Mengiringi kelahirannya juga turut serta Qarin iaitu jin yang dipanggil kembar manusia iaitu jin yang mendampingi setiap manusia dari saat kelahiran hingga ajalnya tiba. Qarin membesar mengikut usia manusia yang dilahirkan tadi sejak bayi hinggalah dewasa.

Sudahlah kelahirannya diiringi oleh Qarin, jika bayi tidak didengarkan laungan azan dan iqamat di telinganya, begitu mudah pula ummu sibyan mengganggunya. Apakah pula ummu sibyan ini?

Ummu sibyan laknatullah adalah kaum jin betina yang kerjanya gemar mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (kurang 2 tahun). Tanda gangguan ummu sibyan ini adalah:

  • Bayi menangis melalak dan matanya memandang ke suatu sudut/ matanya ternaik ke atas.
  • Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
  • Demam panas hanya selepas asar hingga sebelum subuh
  • Mengigau sambil mengatip gigi berulang-ulang kali



Kesan dari gangguan ummu sibyan inilah yang sering berlaku kepada bayi seperti sawan tangis, autisme(hyperaktif), nakal yang melampau, terencat akal dan pelbagai kompilasi otak. Jika anak-anak kecil kurang usia 2 tahun yang sudah pandai berjalan, namun kerap menangis melalak, jatuh tak bersebab angat dan bacakanlah, Al-fatihah, Ayatul Kursi, Ayat 3 Qul dan Selawat ke atas nabi agar terhindar dari gangguan ummu sibyan ini.

Jika menurut orang tua-tua kita pula, elakkan bayi atau kanak-kanak (kurang 2 tahun) dibawa berjalan ketika senja kerana pada masa/waktu inilah jin dan syaitan berkeliaran bebas di luar. Bayi dan kanak-kanak seharusnya berada di dalam rumah dan ibubapa perlulah menutup pintu serta tingkap agar ummu sibyan tidak terlepas masuk ke dalam rumah. Selain itu, jangan menyidai baju diluar rumah pada waktu malam / mengangkat jemuran dari luar rumah pada waktu malam (jemuran tidak kering) untuk dibawa masuk ke dalam rumah.




Sekiranya daun pintu dan tingkap dibiarkan terbuka ketika senja, ummu sibyan ini akan masuk melaluinya dimana rumah tersebut yang mempunyai anak-anak kecil akan mampu melihatnya melekat seperti seekor cicak di dinding atau di siling rumah. Sedang dari mata kasar orang dewasa tidak nampak akan kewujudan ummu sibyan ini.

Walau apapun kaedahnya, bagi yang mempunyai anak kecil lebih baik untuk berada di rumah ketika menjelang senja dan melakukan ibadah bersolat dan juga perbanyakkan mengaji Al-quran. Wallahua’lam.

Sekian.

Ulasan

Hasrul Hassan berkata…
Ohhh baru tahu nama jin betina yang suka kacau budak ..

Terima kasih infonya ni. Hmm saya in Sha Allah akan terima baby baru bulan 4 ...:)

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU