Assalamualaikum. Bila kandungan pertama saya telah masuk trimester ke-3, saya memang berbincang dengan suami nak bersalin di hospital mana. Antara HKL atau Hospital Ampang kedua-duanya sama dekat cuma kalau ke HKL jalan jem memang tak boleh cakap apa. Kadang-kadang sampai mengucap panjang nak ke sana kalau waktu puncak tu! Kata putus hubby cakap better kita ke Hospital Ampang lebih selesa di sana. Sebab kakaknya pun 3 orang anak semua bersalin di Hospital Ampang. Kebetulan lagi sebab kawasan rumah kami memang dalam kawasan negeri selangor walaupun alamat poskod Kuala Lumpur. Saya mula siapkan beg bersalin agak awal, sebab kalau ada hal yang tak diingini berlaku senang sebab saya ke tempat kerja drive sendiri. Beg bersalin pun awal-awal saya dah sumbat dalam bonet kereta sejak usia kandungan 7 Bulan lagi. Ibarat sediakan payung sebelum hujan! Taknaklah nanti menyusahkan suami selalu... sedangkan sejak saya mengandung macam-macam kerenah saya hubby nak kena hadap! Walaup...
Assalamualaikum. Hai, bakal ibu yang pertama kali atau dah beberapa kali melahirkan bayi. Tentu tak lengkap sekiranya anda tidak menyediakan checklist seperti gambar kat bawah ni kan? Tak kira walaupun sudah kali ke - 3 nak menyambut kelahiran bayi anda, senarai semak atau checklist seperti ini sangat diperlukan agar segala keperluan yang penting tidak tertinggal semasa bakal ibu menyediakan segala keperluan tersebut. Keperluan seperti dalam gambar di bawah ini adalah paling lengkap untuk menyenaraikan semua kelengkapan ibu dan bayi serta barang yang perlu di bawa semasa hendak ke hospital. Senarai semak di bawah ini pula adalah keperluan semasa menanti saat kelahiran bayi hingga bayi selamat dilahirkan. Sekiranya anda memilih untuk melahirkan bayi secara c-section , anda boleh membawa pakaian bayi sebanyak 4-5 pasang kerana kelahiran cara pembedahan memerlukan anda tinggal di hospital melebihi 2 hari berbanding melahrkan bayi secara normal. Di harap ...
Assalamualaikum. Ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi perlu tahu tentang ini kerana kesilapan cara memberi susu ibu terus dari payudara akan memudaratkan ibu dan bayi. Samada berlaku melecet yang teruk pada puting ibu dan susu tidak dapat diminum dengan sempurna oleh bayi dan juga boleh mengakibatkan juga bayi lemas. Bagi ibu yang baru selesai melahirkan bayi seeloknya menyusukan bayi dalam kedudukan yang selesa iaitu paling bagus dalam keadaan duduk. Memegang bayi dalam keadaan mendakapnya dengan rapat ke dada. Mulut bayi mestilah menghisap penuh sehingga ke aerola payudara seperti gambar di bawah ini. Antara payudara dengan hindung bayi pastikan ada sedikit ruang untuk bayi bernafas. Sekiranya bayi cuma menghisap kawasan puting payudara ibu akan luka dan melecet mengakibatkan ibu mengadu sakit dan tidak mahu untuk menyusukan bayi sedangkan ibu perlu belajar cara-cara menyusukan anak dengan betul kerana penyusuan yang sempurna tidak akan ...
Ulasan