APA HUKUM BUAT AQIQAH UNTUK BAYI YANG TELAH LAHIR
Assalamualaikum Seronoknya apabila menyambut kelahiran bayi ke dunia lebih-lebih lagi anak yang pertama! Apabila lahirnya setiap bayi ke dunia, yang berkemampuan diminta mengerjakan ibadah aqiqah untuk anak tersebut. Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah aqiqah seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu tepelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberikan nama”. (Riwayat Ibnu Dawud, Al-Turmuzi dan Ibn Majah) Hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut kecuali dinazarkan menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah boleh dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahirannya, hari ke-14 atau ke-21. Jika tidak dapat pada bila-bila masa sahaja sebelum anak tersebut baligh. Jika anak itu telah baligh, gugur tuntutan aqiqah ke atas walinya dan sunat pula keatas dirinyamengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahm...