Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Novel

BIAR AKU JADI PENUNGGU | BACA ONLINE

Imej
Assalamualaikum. Drama ni sekarang sedang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. Jalan ceritanya agak seronok untuk ditonton cuma sila sediakan tisu pada sesiapa yang agak sensitif dan pernah merasai pengalaman Iffat Hamani iaitu watak utama dalam drama bersiri ‘Biar Aku Jadi Penunggu’. Episod demi episod yang telah ditayangkan memang amat meruntun jiwa dan air mata sebab mengisahkan kegagalan seorang suami untukbertanggungjawab dalam sebuah perkahwinan terancang yang didalangi oleh Afeef Adhwan. Disebalik mahu memenuhi permintaan uminya, Afeef menjadikan Iffat sebagai mangsanya agar impiannya terlaksana! Empat tahun tanpa khabar berita dari Afeef yang kononnya sambung belajar ke UK, Iffat melalui jalan cerita penuh duka lara ditinggalkan sendirian seperti digantung tidak bertali, tanpa nafkah, tanpa berita, akhirnya pada suatu malam Afeef Adhwan kembali semula ke Malaysia dengan seorang anak lelakinya, Aqil! Rupa-rupanya, Afeef ...