TIPS PENJAGAAN 4 JENIS KULIT WAJAH
Assalamualaikum. Sebagai wanita ni kita sangat perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit, tanpa mengira warna kulit tetapi perlu peka terhadap penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit awak semua. Kulit kita ni sebenarnya cuma ada 4 jenis sahaja, tak kiralah awak semua duduk negara mana sekalipun, maka kalau awak semua nak dapatkan kulit yang lebih baik carilah produk yang sesuai denganjenis kulit awak semua. Macam saya sendiri, pada mulanya saya ingatkan kulit saya jenis berminyak tapi tidak rupanya! Kulit saya adalah jenis kombinasi kerana berminyak di zon T dan kering pada bahagian pipi. Sebab itulah bila duduk dalam aircond bahagian pipi saya cepat kering! Jom tengok apakah jenis kulit awak semua dan bagaimana penjagaan harian yang disarankan oleh pakar kecantikan Mary Kay! Kulit Normal Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil...