Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ekspo Buku 2016

SERONOK DI BIG BAD WOLF BOOK DISEMBER 2016

Imej
Assalamualaikum. Wah, tak sangka... pertama kali tau saya menjejakkan kaki ke sini! Memang seronok sangat sebab dapat shopping buku-buku untuk anak-anak dan diri sendiri. Saya ni sebenarnya sangat gemar membaca, kalau dulu masa saya masih anak dara sanggup menapak ke ekspo buku dan bersesak-sesak untuk memilih buku untuk dibaca. Sekarang bila anak-anak dah mula boleh bertutur dua tiga patah perkataan saya usaha juga agar dapat membawa mereka ke Big Bad Wolf Book kali ini. Semasa masih menuntut di Universiti, kerajaan bagi baucer buku RM 200 saya tak akan jual hanya untuk tukarkan kepada wang tapi saya memang beli buku yang saya suka. Siapa nak bagi RM 200 kan untuk beli buku? Saya ni memang hantu buku ilmiah, majalah dan novel. Saya boleh tahan duduk membelek pelbagai jenis majalah, buku dan novel berjam-jam lamanya daripada pergi window shopping tau! Last year, saya tak berkesempatan nak pergi sebab Nabihah masih kecil dan saya pula sedang mengandung anak yang ked...