CARA NAK TAHU PRODUK ANDA MENGANDUNGI HYDROKUINON

Assalamualaikum. Hai awak semua! Siapa yang tak nak kan ada kulit floles macam bayi yang tak ada sedikitpun cela, tapi awak semua janganlah cepat sangat terpedaya dengan pelbagai produk baru yang tidak diketahui sumber asalnya dari mana. Ada sesetengah founder skincare canang produk yang dihasilkannya adalah organik tapi makin lama pakai makin pelik! Hati-hati ya awak semua... baik awak semua check sekiranya skincare awak semua ada tanda-tanda seperti dibawah ini okey! Apa itu HIDROKUINON ? Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari, Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli. 1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit. 2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari...