CARA ATASI BENGKAK SUSU
Assalamualaikum. Siapa pernah kena bengkak susu? Mesti sakit sangat kan sampai nak demam dan sudahnya demam juga? Jom saya share tentang bengkak susu pada awak semua ya! Ibu-ibu lepas bersalin biasanya akan mengalami bengkak susu jika susu badannya terlalu banyak dan tidak dihisap oleh bayi atau tidak dipam. Selain itu, bengkak susu boleh juga berlaku jika bayi sudah semakin membesar dan bertukar waktu menyusu. Antara sebab lain, ibu-ibu akan mengalami bengkak susu apabila bayi menolak untuk ‘direct feeding’ setelah beberapa hari ditinggalkan. Malah, ibu-ibu boleh mengalami bengkak susu akibat kesukaran memberikan susu secara ‘direct feeding’ kepada bayi kerana masalah puting susu tidak timbul dan sebagainya. Keadaan ini boleh mengakibatkan ibu berasa sangat sakit dan boleh menyebabkan ibu-ibu demam. Namun, ibu-ibu boleh mengatasi untuk mengurangkan bengkak susu melalui cara urutan, urutan yang betul akan mengurangkan sakit bengkak susu dan air susu bolehlah dikelu...