Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Semasa

MOHD FAIZ SUBRI WINNER THE FIFA PUSKAS AWARD 2016

Imej
Assalamualaikum. Bangga apabila Mohd Faiz Subri pemain bola sepak dari Penang adalah top 3 bagi calon anugerah FIFA Puskas Award 2016. Alhamdulillah, kemenangan mutlak daripada jumlah undian telah berpihak kepadanya. Mohd Faiz Subri kini juga sebaris pemain bertaraf dunia Christiano Ronaldo! Tahniah Mohd Faiz kerana telah mengharumkan nama negara iaitu Malaysia di mata dunia. Semoga kemenangan ini menjadikan beliau lebih berjaya di arena bola sepak negara. Siapa sebenarnya Mohd Faiz Subri ? Mohd Faiz Subri merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Pulau Pinang sebagai pemain tengah atau penyerang. Lahir pada 8 November 1987, berumur 29 tahun dan berasal dari Kedah, Malaysia. Kerjayanya bermula sejak tahun 2009 sebagai pemain berjersi nombor 13 bagi negeri Pulau Pinang FA. Anugerah yang berjaya dirangkulnya adalah Anugerah Puskas FIFA 2016 . Sekian.

BAHAYA PRODUK PEMUTIHAN

Imej
Assalamualaikum. TUJUH (7) TANDA PUAN SEDANG GUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MEMPUNYAI BAHAN PEROSAK KULIT! ------------------------------------------------------- 1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit. . 2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari. Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. Itu salah satu tanda produk puan mengandungi bahan HIDROKUINON. Apa itu HIDROKUINON? Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari. Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli. . 3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON. . 4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas da...

BAGAIMANA KALAU ANAK-ANAK SEMUA PEREMPUAN

Imej
Assalamualaikum. Terdapat suatu artikel di Facebook tentang tanggungjawab isteri yang perlu menjaga mertua apabila mertua sudah tua dan tidak berupaya lagi. Sememangnya, umum tahu tentang 'syurga dibawah telapak kaki suami' bagi yang telah bergelar isteri. Adakah wajib si isteri perlu mengikut kehendak suami untuk menjaga mertuanya? Bagaimana jika dalam masa sama si isteri perlu bertanggungjawab menjaga kedua orang tuanya sendiri? Lebih teruk lagi keadaan ibu bapa yang cuma memiliki anak perempuan sahaja jadi apa solusinya? Di bawah ini ada penjelasan tentang perkara tersebut... Semoga penerangan yang telah diberikan ini menjawab segala pertanyaan awak semua ya! Sebagai anak perempuan, ingatlah... walaupun telah bersuami silalah jaga segala kebajikan dan perasaan ibubapa mu semasa mereka masih di dunia ini. Takut-takut, bila mereka diabaikan dan telah pergi tak kembali awak pula menangisi segala kealpaan awak demi melunasi tanggungjawab sebagai anak. Wa...