KENAPA KENA BEDUNG BAYI?

Assalamualaikum. Bedung bayi adalah salah satu barang keperluan yang perlu ada dalam checklist barang baby. Adakah awak semua tahu mengapa baby kita semua perlu berbedung? Ada beberapa fungsi dan kebaikan buat baby jika mereka ini dibedung. Namun, untuk membedung baby juga perlu ada masanya agar tidak menjadikan pemakaiannya satu mudarat pula! Cara kedudukan kaki bayi adalah perkara terpenting apabila dibedung. Tidak perlu meluruskan kaki bayi hingga tiada ruang kerana terdapat kesan buruk seperti mudah terseliuh apabila bayi dibedung terlalu ketat kerana kaki bayi juga perlukan pergerakan walaupun ketika dibedung. Fungsi bedung adalah untuk mengelakkan bayi dari kedinginan, terutamanya sebaik sahaja bayi lahir kerana sepanjang hari berada di wad hospital yang sejuk dan mereka terdedah kepada persekitaran yang luas. Selain itu, bedung juga berfungsi sebagai memberi keselesaan berpanjangan ketika bayi sedang tidur. Bayi perlu tidur lebih lama dari orang dewas...