INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI 29 JAN 2017
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, nampaknya cuaca kelihatan begitu baik sejak semalam hingga ke hari ini. Matahari sudah mula keluar walaupun kadangkala mendung.
Khabar terbaru sejak petang semalam juga, air sungai Pahang sudah semakin surut cuma air di paya semakin naik akibat limpahan air sungai Pahang tempohari. Begitu juga dengan bandar Temerloh, ada tempat agak rendah masih tenggelam teruk dan ada tempat yang sudah beransur pulih.
Jalan di Kg Berhala Gantang masih bertakung air sungai yang bercampur air paya. Hanya kereta jenis pacuan empat roda yang mampu meredah untuk keluar ke bandar atau masuk ke kampung kerana air masih takat paha.
Beberapa kampung seperti Telok Ira, Berhala Gantang, Sanggang Seberang, dan beberapa lagi yang berhampiran sungai Pahang sememangnya terjejas teruk walaupun tidak secara keseluruhan, namun ada tempat yang begitu teruk kerana air sungai Pahang yang melimpah mengakibatkan paras air di kampung naik hingga ke paras dada orang dewasa.
Gambar diatas adalah di hadapan rumah saya sendiri, nampaknya air banjir telahpun surut apabila melihat daun-daun getah dan pokok buluh yang berwarna coklat bekas lumpur.
Semoga cuaca baik ini mampu mempercepatkan proses pemulihan banjir yang berlaku baru-baru ini. Semoga tiada gelombang kedua seperti yang diwar-warkan sebelum ini harapnya. Amiin.
Sekian.
Ulasan