DATANG HAID TAPI MENGANDUNG | BUNTING PELANDUK

Assalamualaikum. Biasanya kita cuma dengar kalau wanita yang cepat mengandung anak pertama selepas hari perkahwinannya, orang akan menggelarnya bunting pelamin. Tapi pernahkah awak semua tahu tentang bunting pelanduk? Pada mulanya, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah boleh mengandung bunting pelanduk itu? Pertama kali mendengarnya, apabila umi saya ada menyebut-nyebut tentang bunting pelanduk. Saya bertanya dia bagaimana boleh terjadi bunting pelanduk? Umi menjawab, istilah bunting pelanduk tu apabila seseorang wanita itu hamil tetapi masih datang haid/darah kotor. Terkejut juga saya mendengarnya, bagaimana pula boleh terjadi begitu? Jawapannya, berkemungkinan semasa mula hamil masih ada saki baki darah kotor yang tertinggal, maka setiap bulan wanita tersebut masih datang haid/darah kotor. Ini cuma andaian orang dulu-dulu. Kalau ada istilah/penjelasan dalam perubatan, mohon komen di ruangan komen ya!😊 Namun, awak semua jangan salah faham dulu ya! Rajah pergerakan...