OBSESSION | TELENOVELA FILIPINA DI TV3
Assalamualaikum. Menarik drama ni! Drama telenovela bergenre Medical Drama ini ditayangkan bermula hari ini 10 Januari 2017 bagi menggantikan drama telenovela bersiri Akin Pa Rin Ang Bukas. Telenovela Filipina ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 3 hingga 4 petang. Apa yang pasti, episod pertamanya saja pun dah menarik untuk ditonton! Episod 1 Mengisahkan Bernadette Samson yang mengalami kemurungan dan akhirnya, semakin parah sejak kehilangan bapa kandung yang terlalu disayangi. Ibu Bernadette mengetahui keadaan anaknya itu apabila secara tiba-tiba Bernadette sendiri cuba untuk mencederakan dirinya sendiri. Akhirnya, ibunya mengambil keputusan untuk merujuk penyakit Bernadette kepada doktor psikologi. Bertahun-tahun, ibunya masih setia melalui hidup bersama Bernadette yang mempunyai emosi kemurungan, walaupun perkara tersebut telah lama berlaku Bernadette tetap mengingatinya bagaimana bapanya pergi meninggalkannya begitu sahaja. Bernadette t...