Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuih-Muih

KISAH BUAH MELAKA

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat juga buat buah melaka tapi maaflah sebab buah melaka tak cukup lengkap... botak pulak!  Maklumlah, bila duduk bandar dengan anak-anak kecik ni kadang tu kalau nak masak, gunakan ajelah apapun barang yang ada janji rasanya tu sama. Sebenarnya, taknak anak-anak makan kelapa tu risau kerawit pulak perut bebudak. Kisahnya, saya malas nak turun ke kedai kat bawah rumah maklumlah bertingkek-tingkek! Dengan nak mengheret anak-anak saya berdua ni ke sana-sini sebab ramai sangat pendatang asing di kawasan rumah ni.  Memandangkan dalam peti ais ada tersimpan daun pandan, gula kabung dan hubby pun dah beli tepung pulut saya cuba jugalah membuatnya. Saya sebenarnya sangat malas nak buat kuih-muih sebab renyah dan banyak kerja berbanding masak-memasak nasi dan lauk-pauk. Kalau bab menguli dan selesaikan doh kuih saya boleh hold 2 - 3 hari simpan dalam peti ais. Punyalah saya muak nak menghadap semua tu. Berbeza dengan umi saya, d...