Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Newborn

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

Imej
Assalamualaikum. Kali ini saya nak berkongsi sikit kisah dan pengalaman saya mengandung anak kedua. Saya dikurniakan cahaya mata kedua ini dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya, saya dapat tahu mengandung kali kedua pada umur anak sulung saya baru 8 bulan. Terlalu awal dan langsung saya dan suami tidak menjangkakan ia secepat ini. Maklumlah, bila terlepas pandang sesuatu perkara kita takkan perasan rezeki yang datang secara tak sengaja. Berbanding anak pertama, mengandung anak kedua adalah sangat berbeza kerana tiada langsung mabuk atau alahan mengandung yang saya alami kecuali tubuh badan saya mengalami gatal-gatal. Sampai saya terpaksa ke hospital mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan kegatalan. Saya cuma tahu mengandung pada usia kandungan 18 minggu, itupun selepas saya mengesyaki diri mengandung disebabkan perut yang semakin membuncit. Sebenarnya, setiap bulan saya tetap ada spotting @ tanda sedikit tompokan darah pada tarikh datang haid, mak...

SAIZ PERUT BAYI BARU LAHIR | NEWBORN

Imej
Assalamualaikum. Ramai ibu-ibu yang keliru ketika menyusukan sejak melahirkan bayi, lebih-lebih lagi ketika baru menimang cahaya mata pertama. Kenapa? Kerana terdapat banyak kes ibu-ibu yang memberi anak nestum atau cairan selain susu ibu kepada bayi baru lahir. Nak tau tak, perbuatan tersebut sangat bahaya? Lebih-lebih lagi jika cairan tersebut diberikan terlalu banyak kepada bayi. Samada mereka akan muntah-muntah atau sembelit! Awak semua tahu tak saiz perut bayi ketika hari pertama macamana? Jom tengok gambar di bawah ini ya! Tergamak tak nak bagi bayi awak semua makan nestum kalau dia menangis sedangkan umurnya baru 3 hari? Makanan pertama untuk bayi yang wajib adalah susu ibunya sahaja. Perlu diberi pada 6 bulan pertama hanya susu ibu. Kemudian  genap 6 bulan barulah anda boleh berikan nestum, puri sayur/buah dan bubur nasi. Ada sesetengah ibu yang degil, kerana merelakan mak atau mak mertua beri nestum sekiranya bayi menangis tak berhenti. Merek...