Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kindergarten

DILEMA MENCARI PENGASUH BAYI

Imej
Assalamualaikum. Sekarang kecoh tentang pemilik taska & dua org pekerja di sebuah taska tak berdaftar didakwa atas tuduhan mengikat mulut, tangan dan kaki bayi berusia 11 bulan hingga 1 tahun tanpa belas. Kalau tak silap boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat atau kedua-duanya sekali! Gambar 3 orang bayi tersebut yang viral di laman sosial katanya berlaku di Kajang. Kes sebegini hakikatnya sama sahaja seperti kes-kes yang telah berlaku sebelum ini. Tak kiralah samada taska atau pengasuh persendirian, banyak kebaikan dan keburukannya terhadap psikologi dan perkembangan minda bayi. Sebagai seorang mama, saya juga memiliki dua orang bayi yang perlu diletakkan di bawah pengawasan taska atau pengasuh. Pengalaman pertama saya mencari pengasuh untuk Nabihah begitu sukar sekali. Pada mulanya ada jiran yang sanggup mengasuh Nabihah yang masa tu baru masuk 3 bulan. Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu Nabihah di rumah pengasuh tak ada masalah. Susu ibu yang dibeka...