FILEM HOROR KOREA | A TALE OF TWO SISTERS

Assalamualaikum.

Suka tengok cerita korea? 

Saya pun suka juga kalau jalan ceritanya mampu menarik minat untuk terus menonton sampai habis. Tapi kalau jalan ceritanya terlalu menceritakan kisah cinta dan terlebih moden saya memang tak boleh terima jugak!

Filem horor Korea ini adalah filem yang telah ditayangkan lama dulu iaitu tahun 2003 kalau tak silap saya. Bukan sebarang filem kerana ia banyak membuatkan penonton supaya berfikir bahkan, dalam filem ini juga kurang memaparkan dialog.



A TALES OF TWO SISTERS

Mengisahkan Bae Su Mi  dan Bae Su Yeon yang tidak menyukai kehadiran ibu tiri mereka Eun Joo kerana padanya semua ibu tiri adalah bersifat kejam dan bengis terhadap anak tiri. Bae Su Mi lebih agresif dalam tindakannya, suka melawan dan mengamuk manakala adiknya, Bae Su Yeon lebih pasif dan suka memendam rasa.

Bapa mereka terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk mengambil tahu tentang masalah isteri dan anak-anaknya. Hal ini membuatkan Bae Su Mi tidak berpuas hati dengan sikap bapanya yang tiada masa untuk mendengar luahan perasaan anak-anak.

Bae Su Mi sering memberontak manakala adiknya, Bae Su Yeon sering merasa ketakutan. Su Yeon sering terlihat lembaga kanak-kanak perempuan yang berkeliaran di dalam rumah. Pernah juga berlaku sewaktu Eun Joo menjemput anaknya untuk makan malam di rumah tersebut, dia hysteria kerana berperasaan aneh dan terlihat lembaga kanak-kanak perempuan di bawah sinki dapur rumah itu.

Klimaks cerita ini apabila burung kesayangan Eun Joo yang telah mati di dalam sangkarnya dengan kepala terkulai. Eun Joo menyalahkan Su Yeon dan menemui beberapa keeping gambarnya telah diconteng di bahagian muka oleh Su Yeon. Akhirnya, Eun Joo mengurung Su Yeon dan membunuhnya sebelum dijumpai oleh Su Mi di dalam karung guni.

Hakikatnya;

Bae Su Mi disahkan menghidap penyakit jiwa yang sentiasa membuatkan dirinya gemar berhalusinasi. Kisah bermulanya penyakit jiwa Su Mi adalah kerana perkahwinan bapanya dengan penjaga mereka iaitu Eun Joo sedangkan pada masa itu ibunya sedang sakit tenat.

Su Mi membantah dan banyak melawan ibu tiri mereka sedangkan, adiknya Su Yeon hanya berdiam diri dan gemar memendam rasa walaupun tidak suka akan tindakan bapanya yang berkahwin dengan penjaga mereka sendiri. Ibu kandung mereka banyak bersama Su Yeon untuk meluahkan rasa, namun padasuatu pagi ketika Su Yeon bangun dari tidurnya, ibunnya telah tiada dan mendapati ibunya telah mati di dalam almari biliknya secara tergantung.

Su Yeon cuba untuk menyelamatkan ibunya, namun almari tersebut telah menghempapnya bersama mayat ibunya. Su Yeon cuba untuk menyelamatkan diri kerana bebanan semakin menghimpit badannya amat berat dan menyukarkannya bernafas.

Ibu tiri mereka yang sedang minum di tingkat bawah ketika itu terdengar bunyi pelik terus berkejar ke bilik Bae Su Yeon. Ayah mereka telah bmemasuki kereta untuk ke tempat kerja. Manakala, Su Mi di biliknya sedang bersiap-siap untuk keluar meninggalkan rumah. Sebaik Eun Joo melihat Su Yeon berada di bawah almari dia terkejut, namun hanya melihat tanpa membantu gadis itu untuk menyelamatkannya walaupun kedengaran Su Yeon merintih kesakitan sambil meminta tolong!

Ayat terakhir sebelum Su Yeon pergi, dia cuba memanggil nama Su Mi untuk membantunya tetapi Su Mi tidak muncul-muncul hinggalah akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir!

Pengakhiran cerita yang penuh kesal dengan sikap Eun Joo yang tidak mahu bertanggungjawab untuk membantu dan Su Mi yang terlalu memberontak hingga tidak mampu menyelamatkan dua nyawa insan yang amat disayanginya.


Sekian.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Interesting film...
Fieza Sani berkata…
Baca sinopsis macam best tapi tetap tak berani nak tengok..kang terbawak2 dalam mimpi...
Azieera Tajul Rahim berkata…
Kalau tak kuat memang boleh teringat-ingat jgk dalam 2-3 hari...

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

TEKNIK MARMET ADALAH TEKNIK PERAH SUSU TANPA GAJET