KENAPA KENA BEDUNG BAYI?

Assalamualaikum.

Bedung bayi adalah salah satu barang keperluan yang perlu ada dalam checklist barang baby. Adakah awak semua tahu mengapa baby kita semua perlu berbedung? Ada beberapa fungsi dan kebaikan buat baby jika mereka ini dibedung. 

Namun, untuk membedung baby juga perlu ada masanya agar tidak menjadikan pemakaiannya satu mudarat pula! Cara kedudukan kaki bayi adalah perkara terpenting apabila dibedung. Tidak perlu meluruskan kaki bayi hingga tiada ruang kerana terdapat kesan buruk seperti mudah terseliuh apabila bayi dibedung terlalu ketat kerana kaki bayi juga perlukan pergerakan walaupun ketika dibedung.



Fungsi bedung adalah untuk mengelakkan bayi dari kedinginan, terutamanya sebaik sahaja bayi lahir kerana sepanjang hari berada di wad hospital yang sejuk dan mereka terdedah kepada persekitaran yang luas.

Selain itu, bedung juga berfungsi sebagai memberi keselesaan berpanjangan ketika bayi sedang tidur. Bayi perlu tidur lebih lama dari orang dewasa, agar otaknya sentiasa dapat berkembang. Berbedung juga dapat mengelakkan bayi terkejut ketika sedang tidur samada terkejut kerana sentuhan atau bunyi-bunyian. Apabila dibedung bayi akan berasa lebih selesa dan kurang berasa terkejut.

Antara lain, fungsinya memberi kesan seumpama didakap erat oleh ibunya sama seperti keadaan di dalam perut. Ketika didalam perut, bayi duduk diatas urinya dan berpeluk tubuh didalam perut ibu yang sempit selama 9 bulan dan dia telah biasa berkeadaan begitu berbanding di luar rahim.

Bayi juga perlu dibedung supaya keadaan tangan dan kakinya tidak bergerak terlalu kuat hingga membuatkan bayi keletihan dan adakalanya tangan yang sering tergapai-gapai boleh mencederakan mukanya. Hal ini kerana, bayi baru lahir memerlukan masa untuk mampu mengawal pergerakan tangan dan juga kakinya.

Bedung juga mengalami tranformasi yang pesat pada masa kini, jika dahulu bedung bayi cuma menggunakan kain cotton/kapas yang dipotong empat segi sama dan dijahit tepi begini.


Namun, kini mengikut peredaran masa kain bedung boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan corak menarik, samada berzip atau berpelekat dan ada yang ber'hood' untuk digayakan oleh bayi.

Credit: www.manjakuhappy.com

Waktu sesuai untuk membedung bayi adalah:

  • Selepas mandi pagi kerana air dan cuaca yang sejuk dingin diwaktu pagi.
  • Ketika bayi hendak menyusu bagi memudahkan ibu memegang bayi
  • Pada waktu malam semasa bayi telah tidur agar bayi lena dan selesa
  • Apabila hendak keluar ke klinik atau ke tempat lain agar ibu mudah mendukung bayi
Elakkan membedung bayi ketika musim panas, waktu tengahari, dan ketika bayi sedang berjaga untuk bermain. Membedung bayi di musim panas mungkin memudaratkan seperti bayi boleh terkena ruam panas di leher, lengan dan beberapa tempat yang berlipat. Selain itu, elakkan juga membedung bayi ketika bayi demam kerana boleh meningkatkan suhu badannya. Tempoh berbedung bayi sebaiknya adalah sejak lahir hingga berumur 4 bulan sahaja mengikut keadaan bayi.

Sekian.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU