Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Banjir

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI 29 JAN 2017

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, nampaknya cuaca kelihatan begitu baik sejak semalam hingga ke hari ini. Matahari sudah mula keluar walaupun kadangkala mendung. Khabar terbaru sejak petang semalam juga, air sungai Pahang sudah semakin surut cuma air di paya semakin naik akibat limpahan air sungai Pahang tempohari. Begitu juga dengan bandar Temerloh, ada tempat agak rendah masih tenggelam teruk dan ada tempat yang sudah beransur pulih. Jalan di Kg Berhala Gantang masih bertakung air sungai yang bercampur air paya. Hanya kereta jenis pacuan empat roda yang mampu meredah untuk keluar ke bandar atau masuk ke kampung kerana air masih takat paha. Beberapa kampung seperti Telok Ira, Berhala Gantang, Sanggang Seberang, dan beberapa lagi yang berhampiran sungai Pahang sememangnya terjejas teruk walaupun tidak secara keseluruhan, namun ada tempat yang begitu teruk kerana air sungai Pahang yang melimpah mengakibatkan paras air di kampung naik hingga ke paras dada orang dew...

BUDAK LEMAS DALAM AIR BANJIR DEPAN RUMAH

Imej
Assalamualaikum. Risau sungguh bila tiba musim banjir begini sebab anak-anak kecil tak kira usia teruja melihat air banjir yang penuh di sekitar rumah. Kejadian lewat petang semalam di Pekan, Pahang, apabila seorang bayi perempuan berusia 20 bulan telah ditemui lemas di depan rumahnya sendiri. Allahuakbar! Bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.17 malam. Pihak hospital dikatakan membuat bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut. Musibah banjir juga boleh mendatangkan pelbagai musibah lain juga. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati kerana sifat semulajadi anak-anak kecil ini sememangnya sukakan air. Tak kiralah air dalam kolam, dalam sungai, dalam baldi, malah air banjir juga. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Sekian.

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI

Imej
Assalamualaikum. Nampaknya, air sungai dah mula naik dan ada sesetengah tempat dah melimpah ke jalan. Kawasan sebelah Lebak, Telok Ira dah ditutup jalannya. Kereta/ motor tak dibenarkan untuk masuk ke kawasan kampung dan penduduk di kawasan kampung tidak dapat keluar ke bandar. Kampung lain, air sungainya masih belum melimpah ke jalanraya, termasuk kampung saya. Cuma kami semua terkepung tidak boleh keluar ke mana-mana lebih-lebih lagi ke bandar Temerloh. Hujan masih turun walaupun dalam keadaan renyai-renyai. Semoga hujan reda hendaknya, bermakna air sungai juga cepat surutnya, walaupun ada sesetengah tempat yang sudah pun melimpah. Gambar diambil sekitar jam 8.40 pagi hari ini. Kebanyakan bot melalui sungai untuk melihat keadaan banjir di sepanjang sungai di Temerloh. Info 26/1/2017 adalah info terkini dari public info banjir. Buat masa ni hujan telah berhenti, namun cuaca mendung masih menyelubungi. Daerah seperti Lipis, Kuantan, Jerantut da...

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017

Imej
Assalamualaikum. Sejak malam semalam hujan masih tak berhenti hingga ke malam ni. Berterusan walaupun kadangkala renyai dan lebat sangat. Sejuknya, sampai ke tulang sumsum... kejang segala urat yang ada. Nak mandi pun menggigil-gigil menahan sejuk air macam mandi air batu rasanya! Sungai sekitar Temerloh, Pahang pada 24/1/2017 Ramai juga orang kampung di sekitar Temerloh yang mula bimbang sebab dikatakan air sungai di beberapa kawasan di negeri Pahang telah mula naik. Di dalam berita juga menunjukkan banjir telah merebak ke beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor. Ini adalah info pada 24/1/2017 tentang paras air sungai yang telah mula naik : Jika hujan masih berterusan, dikhuatiri air sungai akan naik dan melimpah boleh mengakibatkan banjir seperti tahun sebelumnya yang paling buruk melanda negeri Pahang. Berdoalah semoga hujan reda agar tidak berlaku banjir besar seperti tahun yang sebelumnya. Semoga air sungai Pahang seperti sediakala. ...