BENGKUNG LILIT JAWA UNTUK WANITA BERPANTANG
Assalamualaikum. Saya orang jawa, ada darah jawa maknanya keturunan jawa jugalah! Berpantang bagi kebanyakan masyarakat jawa sangat mementingkan disiplin berbanding dengan masyarakat melayu atau masyarakat lain. Orang jawa kebiasaannya akan berpantang mengikut tradisi ibunya turun-temurun tanpa menolak satu pun kaedah berpantang yang telah diterapkan dalam masyarakat jawa. Contohnya: Ibu berpantang mesti berurut, bertungku, berbengkung lilit jawa, berbarut, mandi rempah/daun-daun kayu, tidur dengan kaki diikat agar tidak bergerak banyak semasa tidur dan sebagainya (tak dinafikan ada yang berketurunan jawa tetapi tidak mengikuti lagi cara berpantang sebegini). Semasa saya melahirkan anak sulung dan anak kedua, umi saya begitu menitikberatkan soal pemakanan, penjagaan, kebersihan dan kesihatan. Berbengkung adalah salah satu tips penjagaan yang amat kritikal untuk orang muda seperti saya yang pada mulanya tidak tahu, menjadi lebih tahu dengan pembelajaran dan pemerhatian ...