FINALIST 3 JUARA

Assalamualaikum.

Peminat siaran langsung 3 Juara setiap hari ahad jam 9.00 malam adalah untuk mencari pelapis muda dalam menerajui bidang seni suara dalam 3 jenis kategori iaitu balada, irama malaysia dan rock. Malam ini adalah penentuan finalist 3 juara untuk mara ke pertandingan akhir pada minggu hadapan.

Pentas 3 Juara adalah acara battle yang pertama bertanding secara 5 minggu bertanding tanpa ada yang tersingkir. Kemudian pada semi final mereka beraksi selama 3 minggu dan separuh akhir sebanyak 2 minggu dan malam minggu kedua ini adalah penentuan untuk ke peringkat akhir!

Pusingan penentuan irama malaysia perlu ke pusingan tied braker antara Hazra dan Nura kerana berkongsi mata yang sama. Mereka telah mendendangkan lagu Cindai dan akhirnya, Nura yang layak ke peringkat akhir kerana telah berjaya memikat hati juri.


Finalist yang layak adalah :

Kategori Balada
Salma dan Hady 

Kategori Irama Malaysia
Azizul dan Nura

Kategori Rock
Kudien dan Eva Maria

Tahniah kepada yang layak mara ke pusingan akhir! Teruskan perjuangan anda untuk berada dalam industri tanahair kita ini. Semoga yang tidak berjaya akan terus berusaha lebih gigih lagi di luar sana.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

TEKNIK MARMET ADALAH TEKNIK PERAH SUSU TANPA GAJET