Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tahnik

SUNAT TAHNIK BAYI PADA HARI KE - 7 KELAHIRANNYA

Imej
Assalamualaikum. Seperti kita sedia maklum, sebaik selesai sahaja kelahiran bayi si bapa perlu mengazankan bayi agar ayat pertama yang didengarinya adalah kalimah Allah. Kemudian, pada hari yang ke-3 disunatkan memberikan nama yang baik-baik untuk anak tersebut. Pada fasa inilah, si bapa sibuknya tidak terkata kerana nak menguruskan uri bayi untuk ditanam, mendaftarkan nama sebaik kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara dan menguruskan isteri untuk mula berpantang. Namun, ada sesetengah masyarakat kita yang tak pernah tahu tentang sunnah tahnik pada hari ke-7 usia kelahiran bayi, ia dipanggil orang melayu kita sebagai belah mulut bagi bayi yang baru dilahirkan dan sunnah juga mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan untukmembuang kekotoran semasa berada di dalam perut ibunya, kemudian ditimbang bersamaan gram emas dan wang itu disedekahkan kepada para fakir miskin atau yang berhak menerimanya. Gambar anak saudara sebelah suami yang bertahnik dengan abah ...