Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penyusuan Susu Ibu

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Imej
Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama dengan yang bakal lahir nanti kan? Kalau ada yang masih ingat pun mesti samar-samar dan ragu-ragu nak buat kan? So, jom tengok ilustrasi kat bawah ni yang mampu menerangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami bagaimana nak urus susu ibu perahan. Kenapa penting sangat untuk kena tahu cara pengurusannya? Kerana jika silap urus, susu ibu perahan tidak akan lagi membekal khasiat susu ibu sewajarnya untuk anak-anak anda. Mulai sekarang, ibu-ibu perlu lebih ilmu kerana kebanyakan ibu menyusukan bayi secara eksklusif adalah berkerjaya dan bekerja dari rumah bukan? Maka, ibu-ibu tak boleh malas untuk ambil peduli ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ya. Jika masih rasa ragu-ragu, ibu boleh rujuk kepada pakar laktasi yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda melalui pelbagai cara seperti e-mel, media sosial mahupun kaunseling. ...

BAGAIMANA REAKSI BAYI BILA NAK MENYUSU?

Imej
Assalamualaikum. Bila kita menyusukan bayi sendiri secara automatiknya kita ni sebagai ibu ada naluri yang kuat sekiranya berlaku sesuatu terhadap bayi atau merasai perasaan si bayi. Saya sendiri pada mulanya tidak perasan tentang hal ini sehinggalah setelah beberapa hari bayi kedua saya dilahirkan. Nadeem Khalish selepas beberapa hari dilahirkan mengalami jaundice yang sangat tinggi sampai terpaksa berada duduk di bawah 3 lampu bilirubin kerana tahap ketinggian jaundice hingga 300% apabila diperiksa di klinik kesihatan kerajaan. Dalam kadar segera, dia dibawa ke Hospital Temerloh atau dikenali sebagai HOSHAS untuk ditahan di NICU. Sampai wad untuk mendaftar, doktor dah terangkan tentang keadaan Nadeem sekiranya jaundice yang dihadapinya masih berada dalam tahap terlalu tinggi, doktor perlu menukar darah bayi. Alhamdulillah, petang itu juga tahap jaundice Nadeem menurun hingga 280% sahaja. Lampu bilirubin juga cuma 2 sahaja yang diperlukan. Saya kerapkan menyusu badan ...