KENAPA AZANKAN BAYI KETIKA LAHIR
Assalamualaikum.
Tentu ada yang tertanya-tanya, apa pentingnya mengazankan bayi ini sebaik kelahirannya?
Sebaik lahir sahaja bayi muslim
ke dunia ini, kalimah pertama yang perlu untuk didengarinya adalah Azan.
Seeloknya dilakukan oleh bapa bayi, jika tiada boleh meminta bantuan doktor
lelaki yang berhampiran untuk mengazankan bayi tersebut.
Mengapa bayi perlu diazankan?
Dari Husain bin Ali r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: ‘Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan di iqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan menganggunya.”
Ketika keluar dari perut ibunya,
keadaan bayi yang masih kecil dan lemah serta dipenuhi kotoran seperti darah
dan lendiran. Mengiringi kelahirannya juga turut serta Qarin iaitu jin yang
dipanggil kembar manusia iaitu jin yang mendampingi setiap manusia dari saat
kelahiran hingga ajalnya tiba. Qarin membesar mengikut usia manusia yang
dilahirkan tadi sejak bayi hinggalah dewasa.
Sudahlah kelahirannya diiringi
oleh Qarin, jika bayi tidak didengarkan laungan azan dan iqamat di telinganya,
begitu mudah pula ummu sibyan mengganggunya. Apakah pula ummu sibyan ini?
Ummu sibyan laknatullah adalah
kaum jin betina yang kerjanya gemar mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan
kanak-kanak (kurang 2 tahun). Tanda gangguan ummu sibyan ini adalah:
- Bayi menangis melalak dan matanya memandang ke suatu sudut/ matanya ternaik ke atas.
- Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
- Demam panas hanya selepas asar hingga sebelum subuh
- Mengigau sambil mengatip gigi berulang-ulang kali
Kesan dari gangguan ummu sibyan
inilah yang sering berlaku kepada bayi seperti sawan tangis, autisme(hyperaktif),
nakal yang melampau, terencat akal dan pelbagai kompilasi otak. Jika anak-anak
kecil kurang usia 2 tahun yang sudah pandai berjalan, namun kerap menangis
melalak, jatuh tak bersebab angat dan bacakanlah, Al-fatihah, Ayatul Kursi,
Ayat 3 Qul dan Selawat ke atas nabi agar terhindar dari gangguan ummu sibyan
ini.
Jika menurut orang tua-tua kita
pula, elakkan bayi atau kanak-kanak (kurang 2 tahun) dibawa berjalan ketika
senja kerana pada masa/waktu inilah jin dan syaitan berkeliaran bebas di luar.
Bayi dan kanak-kanak seharusnya berada di dalam rumah dan ibubapa perlulah
menutup pintu serta tingkap agar ummu sibyan tidak terlepas masuk ke dalam rumah. Selain itu, jangan menyidai baju diluar rumah pada waktu malam / mengangkat jemuran dari luar rumah pada waktu malam (jemuran tidak kering) untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
Sekiranya daun pintu dan tingkap
dibiarkan terbuka ketika senja, ummu sibyan ini akan masuk melaluinya dimana
rumah tersebut yang mempunyai anak-anak kecil akan mampu melihatnya melekat seperti seekor cicak di dinding atau di siling rumah. Sedang dari mata kasar orang dewasa tidak
nampak akan kewujudan ummu sibyan ini.
Walau apapun kaedahnya, bagi yang
mempunyai anak kecil lebih baik untuk berada di rumah ketika menjelang senja dan
melakukan ibadah bersolat dan juga perbanyakkan mengaji Al-quran. Wallahua’lam.
Sekian.
Ulasan
Terima kasih infonya ni. Hmm saya in Sha Allah akan terima baby baru bulan 4 ...:)