INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI

Assalamualaikum.

Nampaknya, air sungai dah mula naik dan ada sesetengah tempat dah melimpah ke jalan. Kawasan sebelah Lebak, Telok Ira dah ditutup jalannya. Kereta/ motor tak dibenarkan untuk masuk ke kawasan kampung dan penduduk di kawasan kampung tidak dapat keluar ke bandar.

Kampung lain, air sungainya masih belum melimpah ke jalanraya, termasuk kampung saya. Cuma kami semua terkepung tidak boleh keluar ke mana-mana lebih-lebih lagi ke bandar Temerloh. Hujan masih turun walaupun dalam keadaan renyai-renyai.

Semoga hujan reda hendaknya, bermakna air sungai juga cepat surutnya, walaupun ada sesetengah tempat yang sudah pun melimpah.




Gambar diambil sekitar jam 8.40 pagi hari ini. Kebanyakan bot melalui sungai untuk melihat keadaan banjir di sepanjang sungai di Temerloh.


Info 26/1/2017 adalah info terkini dari public info banjir.

Buat masa ni hujan telah berhenti, namun cuaca mendung masih menyelubungi. Daerah seperti Lipis, Kuantan, Jerantut dan Maran kebanyakan mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Sekian.




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
pangse 6 banjir x kak? esok nak gerak pi temerloh ni
Azieera Tajul Rahim berkata…
Tak pasti lah akak, sbb ada tempat air naik, ada sesetengah tempat lagi tak naik sgt pun... Cuma buat masa ni air sungai makin naik tapi slow ajelah..
Unknown berkata…
Salam...sg temerloh masih naik lg air?
Roda, Aku dan 79 berkata…
Apa perkembangan terkini Azieera ? Harap banjir semakin pulih dan kampung koi baik2 sahaja
:follow saya roda79.blogspot.com
Azieera Tajul Rahim berkata…
Kami di Telok Sentang air makin surut nampaknya... Kg lain tu xbrp pasti pulak. Alhamdulillah, hujan pun dah xturun cuma mendung je..
Azieera Tajul Rahim berkata…
Alhamdulillah, nampak surut sikit hari ni 28/1/17 at least ada perubahan jugalah..
Unknown berkata…
Jln pergi triang boleh ke.pagi ini nak me sana
Azieera Tajul Rahim berkata…
Xpasti... Tp kebanyakan tempat di kawasan Temerloh dah surut sgt dah..

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU