BENGKUNG LILIT JAWA UNTUK WANITA BERPANTANG
Assalamualaikum.
Saya orang jawa, ada darah jawa
maknanya keturunan jawa jugalah! Berpantang bagi kebanyakan masyarakat jawa
sangat mementingkan disiplin berbanding dengan masyarakat melayu atau
masyarakat lain.
Orang jawa kebiasaannya akan berpantang mengikut tradisi ibunya turun-temurun tanpa menolak satu pun kaedah berpantang yang telah diterapkan dalam masyarakat jawa.
Contohnya: Ibu berpantang mesti berurut, bertungku, berbengkung lilit jawa, berbarut, mandi rempah/daun-daun kayu, tidur dengan kaki diikat agar tidak bergerak banyak semasa tidur dan sebagainya (tak dinafikan ada yang berketurunan jawa tetapi tidak mengikuti lagi cara berpantang sebegini).

Semasa saya melahirkan anak
sulung dan anak kedua, umi saya begitu menitikberatkan soal pemakanan,
penjagaan, kebersihan dan kesihatan.
Berbengkung adalah salah satu tips penjagaan yang amat kritikal untuk orang muda seperti saya yang pada mulanya tidak tahu, menjadi lebih tahu dengan pembelajaran dan pemerhatian semasa dalam pantang.

Sewaktu saya sarat mengandung,
perkara pertama yang umi sediakan adalah bengkung dan barut saya. Bengkung yang
digunakan adalah dari kain cotton/kapas yang tidak terlalu tebal dan tidak
terlalu nipis.
Pemilihan kain sebegini adalah untuk memudahkan pengaliran udara dan membuatkan pemakainya berasa selesa. Berbanding dengan menggunakan kain belacu yang bersifat lebih panas dan tajam dengan kulit badan.

Pembuatannya, kain cotton/kapas ini
dibeli beberapa meter, dipotong dua dan kemudian disambung jahit hingga menjadi
15-20 meter panjangnya. Bengkung yang sudah disiapkan biasanya akan dicuci dan
dilipat berlapis-lapis kemudian sedia untuk diguna, ia dinamakan bengkung lilit
jawa.
Bagi cara pemakaiannya, ada ikatan khas dan pergerakan yang tersendiri agar seseorang ibu itu mudah memakainya walaupun tanpa bantuan sesiapa.
Pertama kali saya dipakaikan bengkung ini, saya masih belum mahir untuk mengikatnya sendiri. Memakainya dengan keadaan berdiri dan dibantu oleh umi saya menjadikan pemakaian bengkung amat mudah dan mengambil masa yang sangat pendek!

Beberapa manfaat bengkung lilit
jawa :
- Mampu mengembalikan posture/bentuk tubuh badan
- Mampu memasukkan kembali perut yang kelihatan tertonjol
- Boleh mengehadkan pengambilan kuantiti makanan ketika berpantang
- Mampu mengehadkan pergerakan seseorang dari berjalan laju dan mengangkat bebanan yang berat
- Mampu mengembalikan sistem peranakan ke kedudukan asal
- Pemakaiannya mampu merangkumi bahagian atas perut sehingga ke bawah punggung
Walaupun pada masa kini terdapat pelbagai jenis bengkung moden yang berlambak di pasaran, bengkung lilit jawa tetap menjadi pilihan saya untuk dipakai ketika dalam pantang.
Semasa saya memiliki anak kedua setahun selepas mendapat anak sulung, saya
sudah mahir untuk berbengkung sendiri dengan bengkung lilit jawa dengan ilmu
yang diajar oleh umi saya.
Insha'Allah, saya takkan pernah tinggalkan ilmu berpantang cara jawa kerana ia benar-benar mampu menjadikan saya benar-benar sihat luaran dan dalaman selain mampu mengembalikan bentuk badan sama seperti sebelum saya mengandung.

Sekian.
Ulasan