SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA
Assalamualaikum.
Baru-baru ni ada kes tentang ibu muda yang putus puting payudara akibat digigit oleh bayinya yang berusia 2 tahun. Tentu awak semua tertanya-tanya mengapa boleh terjadi perkara sebegitu?
Mengapa bayi tersebut boleh menggigit hingga menyebabkan kecederaan ada sebabnya. Antaranya adalah :
- Bayi nak tumbuh gigi
Biasanya, bayi mengalami gatal gusi seawal 4 bulan dan mereka mula tumbuh gigi hingga genap usia dua tahun. Walhal, bayi yang belum tumbuh gigi juga suka menggigit menggunakan gusi mereka. Tidak hairanlah jika sudah mempunyai gigi, mereka suka untuk menggigit.
- Bayi inginkan perhatian
Ketika sedang menyusukan bayi, kadangkala ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi. Ada bayi yang suka apabila ibu mereka bercerita, mengusap dan bergurau ketika sedang menyusu. Ibu tidak boleh sesekali leka semasa penyusuan sedang berlangsung walaupun ibu berasa lebih relaks, namun seeloknya beri tumpuan pada bayi yang sedang disusui.
- Tidak puas hati
Semakin bayi membesar, kuantiti susu semakin berkurangan sesuai mengikut tumbesarannya kerana bayi sudah boleh mengambil solid food seawal 6 bulan. Kemudian mula makan nasi apabila umur setahun. Maka, bagi bayi yang suka menyusu lebih daripada makan mahukan kuantiti susu yang lebih banyak dan mereka juga suka menggigit seolah-olah geram dengan puting susu.
- Cara penyusuan
Perlu diingat bahawa gaya penyusuan yang betul untuk memberi kepuasan maksimum. Jika terdapat kesilapan dalam gaya/cara penyusuan memungkinkan bayi marah kerana tidak dapat menghisap susu sepenuhnya dari payudara ibu. Baca sini cara penyusuan yang betul.
Menggigit payudara memang perkara biasa, namun ibu juga harus tahu bagaimana untuk mengelakkan daripada kerap digigit. Ibu boleh memicit hidung bayi seketika sehingga mulutnya terbuka dan cepat untuk menjauhkan payudara dari mulut bayi.
Cara lain, awak boleh masukkan jari manis atau kelingking untuk menukar puting payudara kepada jari untuk digigit atau cuba melekakan bayi dengan menggigit teether supaya dia kurang menggigit semasa melakukan penyusuan secara direct feeding.
Sekiranya berlarutan gigitan yang dilakukan hingga menyebabkan kecederaan, lebih baik awak semua terus pisahkan susu sekiranya cukup umur bayi 2 tahun.
Sekian.
Ulasan