Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

BEBERAPA KESILAPAN SERING DILAKUKAN PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum. Jom ambil tahu beberapa KESILAPAN AWAL PENIAGA ONLINE dalam mempromosikan produk masing-masing! Tanamkan di minda, DILARANG sama sekali melakukan kesilapan seperti ini: 1) POST GAMBAR DAN TAG KAWAN KAWAN Ramai sekarang trend dok buat macamni kat kawan-kawan yang awak kenal dan juga tidak. Cara macam ni kena jaga-jaga... Sebab akan buat org menyampah dengan kita. Takkan tiap kali post gambar perlu tag mereka? Silap silap haribulan mereka unfriend atau blok awak terus.  Tak semua suka bila kita buat macam tu sebab masing-masing ada hak untuk memilih samada kawan-kawan tak kisah awak tag dia beribu kali sekalipun atau mereka kisah dan tak suka wall mereka diganggu iklan yang berterusan. 2) TAK PENUHKAN KUOTA FRIENDS DI FB Friends baru ade 1000 lebih, tapi...  Alahai sayang, rugi awak tak penuhkan kuota tu. Awak lebih rela lagi nak tag kawan-kawan awak yang tadi tu. Pergilah... penuhkan kuota friendlist awak ye, buka page page online sho

DAPATKAN SEMULA CPUV NUFFNANG

Imej
Assalamualaikum. Saya ni dah mula berjinak-jinak untuk berblog sejak penghujung tahun 2012 lagi tapi saya kurang aktif memandangkan saya bekerja dan tiada line internet di rumah. Mulanya, saya join Nuffnang sebab blogger lain join. Saya tak tahu langsung apa itu Nuffnang! Bila saya baca betul-betul info di website Nuffnang, barulah saya tahu fungsinya buat blogger. Lebih-lebih lagi blogger newbie dan picisan seperti saya ni! Pada mulanya saya cuma pernah kumpul 0.20 sen sahaja. Sampai satu tahap saya dah boleh jana side income dari berblog dengan Nuffnang. Tapi... Saya terpaksa padam blog lama sebab ada masalah dengan account google. Sekarang ni... Merangkak jugalah nak naikkan balik cpuv sebab blog baru. Nak raih kepercayaan dari Nuffnang semula memang kerja kuatlah! Baru-baru ni saya dapat semula 4 cpuv untuk blog... Itupun dalam masa 3 bulan saya berblog ni. Saya cuma berharap... Nuffnang murah hati lagi lepas ni bagi saya lebih banyak cpuv! Bua

MENU SEDAP AIR TANGAN BONDA

Imej
Assalamualaikum. Dulu kan masa kecil... Kita selalu makan masakan ibu, tak kiralah semasa sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Sampai kadang-kadang kita rasa nak sangat beli makanan kat gerai-gerai tepi jalan, nak sangat makan makanan kat luar sebab nak juga tukar selera. Masa tu rasa muak ke kita dengan masakan ibu? Kita rasa bosan ke sebab makan masakan yang sama setiap hari? Sampai kita sanggup nak beli makanan dari luar... nak pergi makan kat luar lebih-lebih lagi bila dah pandai berkawan dan ramai member pakat-pakat ajak join mapley! Restoran sana masak terbaik! Sini pulak ala-ala hipster! Jom pekena western food!  Masakan ibu dari dulu sampai sekarang macam tu juga. Sampailah kita dewasa, masa tu tak kahwin lagi... Masakan ibu masih juga sama. Kita pulak dah kerja, dah ada duit sendiri dalam poket banyak. Pergi kerja sikit pun kita tak jamah masakan ibu, ' Alah bu... tak sempatlah, orang nak cepat ni!' sedangkan sampai aje ofis

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI 29 JAN 2017

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, nampaknya cuaca kelihatan begitu baik sejak semalam hingga ke hari ini. Matahari sudah mula keluar walaupun kadangkala mendung. Khabar terbaru sejak petang semalam juga, air sungai Pahang sudah semakin surut cuma air di paya semakin naik akibat limpahan air sungai Pahang tempohari. Begitu juga dengan bandar Temerloh, ada tempat agak rendah masih tenggelam teruk dan ada tempat yang sudah beransur pulih. Jalan di Kg Berhala Gantang masih bertakung air sungai yang bercampur air paya. Hanya kereta jenis pacuan empat roda yang mampu meredah untuk keluar ke bandar atau masuk ke kampung kerana air masih takat paha. Beberapa kampung seperti Telok Ira, Berhala Gantang, Sanggang Seberang, dan beberapa lagi yang berhampiran sungai Pahang sememangnya terjejas teruk walaupun tidak secara keseluruhan, namun ada tempat yang begitu teruk kerana air sungai Pahang yang melimpah mengakibatkan paras air di kampung naik hingga ke paras dada orang dew

BUDAK LEMAS DALAM AIR BANJIR DEPAN RUMAH

Imej
Assalamualaikum. Risau sungguh bila tiba musim banjir begini sebab anak-anak kecil tak kira usia teruja melihat air banjir yang penuh di sekitar rumah. Kejadian lewat petang semalam di Pekan, Pahang, apabila seorang bayi perempuan berusia 20 bulan telah ditemui lemas di depan rumahnya sendiri. Allahuakbar! Bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.17 malam. Pihak hospital dikatakan membuat bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut. Musibah banjir juga boleh mendatangkan pelbagai musibah lain juga. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati kerana sifat semulajadi anak-anak kecil ini sememangnya sukakan air. Tak kiralah air dalam kolam, dalam sungai, dalam baldi, malah air banjir juga. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Sekian.

GOOGLE DI TAHUN BARU CINA

Imej
Assalamualaikum. Wah, Google hari ni pun dah bertukar sambut tahun baru cina ... ! Tahun ni adalah tahun ayam, tahun ini adalah simbolik kepada tahun di mana dikatakan 2017 adalah tahun 'kuat kerja', untung besar, kekayaan dan beberapa simbolik lagi bagi masyarakat yang menyambutnya. Sekian.

CUTI-CUTI TAHUN 2017

Imej
Assalamualaikum. Masih belum terlambat untuk merancang cuti masing-masing kan... Walaupun, kita semua baru berada di penghujung bulan Januari 2017. Ke mana dan bila kita nak bercuti tahun ini? Bolehlah merancang awal-awal bagi yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah. Tapi bagi saya, yang mempunyai anak-anak masih kecil, seeloknya merancang cuti bukan pada hari cuti umum dan weekend sebab tak nak bersesak-sesak dengan anak-anak kecil yang tak menentu ragamnya! Sekian.

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

Imej
Assalamualaikum. Baru-baru ni ada kes tentang ibu muda yang putus puting payudara akibat digigit oleh bayinya yang berusia 2 tahun. Tentu awak semua tertanya-tanya mengapa boleh terjadi perkara sebegitu? Mengapa bayi tersebut boleh menggigit hingga menyebabkan kecederaan ada sebabnya. Antaranya adalah : Bayi nak tumbuh gigi Biasanya, bayi mengalami gatal gusi seawal 4 bulan dan mereka mula tumbuh gigi hingga genap usia dua tahun. Walhal, bayi yang belum tumbuh gigi juga suka menggigit menggunakan gusi mereka. Tidak hairanlah jika sudah mempunyai gigi, mereka suka untuk menggigit. Bayi inginkan perhatian Ketika sedang menyusukan bayi, kadangkala ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi. Ada bayi yang suka apabila ibu mereka bercerita, mengusap dan bergurau ketika sedang menyusu. Ibu tidak boleh sesekali leka semasa penyusuan sedang berlangsung walaupun ibu berasa lebih relaks, namun seeloknya beri tumpuan pada bayi yang sedang disusui. Tidak puas hati

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017 | TERKINI

Imej
Assalamualaikum. Nampaknya, air sungai dah mula naik dan ada sesetengah tempat dah melimpah ke jalan. Kawasan sebelah Lebak, Telok Ira dah ditutup jalannya. Kereta/ motor tak dibenarkan untuk masuk ke kawasan kampung dan penduduk di kawasan kampung tidak dapat keluar ke bandar. Kampung lain, air sungainya masih belum melimpah ke jalanraya, termasuk kampung saya. Cuma kami semua terkepung tidak boleh keluar ke mana-mana lebih-lebih lagi ke bandar Temerloh. Hujan masih turun walaupun dalam keadaan renyai-renyai. Semoga hujan reda hendaknya, bermakna air sungai juga cepat surutnya, walaupun ada sesetengah tempat yang sudah pun melimpah. Gambar diambil sekitar jam 8.40 pagi hari ini. Kebanyakan bot melalui sungai untuk melihat keadaan banjir di sepanjang sungai di Temerloh. Info 26/1/2017 adalah info terkini dari public info banjir. Buat masa ni hujan telah berhenti, namun cuaca mendung masih menyelubungi. Daerah seperti Lipis, Kuantan, Jerantut da

INFO BANJIR TEMERLOH, PAHANG 2017

Imej
Assalamualaikum. Sejak malam semalam hujan masih tak berhenti hingga ke malam ni. Berterusan walaupun kadangkala renyai dan lebat sangat. Sejuknya, sampai ke tulang sumsum... kejang segala urat yang ada. Nak mandi pun menggigil-gigil menahan sejuk air macam mandi air batu rasanya! Sungai sekitar Temerloh, Pahang pada 24/1/2017 Ramai juga orang kampung di sekitar Temerloh yang mula bimbang sebab dikatakan air sungai di beberapa kawasan di negeri Pahang telah mula naik. Di dalam berita juga menunjukkan banjir telah merebak ke beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor. Ini adalah info pada 24/1/2017 tentang paras air sungai yang telah mula naik : Jika hujan masih berterusan, dikhuatiri air sungai akan naik dan melimpah boleh mengakibatkan banjir seperti tahun sebelumnya yang paling buruk melanda negeri Pahang. Berdoalah semoga hujan reda agar tidak berlaku banjir besar seperti tahun yang sebelumnya. Semoga air sungai Pahang seperti sediakala.

KISAH HIDUP RAZIA SULTAN

Imej
Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu akhir bagi drama bersiri Razia Sultan yang ditayangkan di TV3. Saya nak cerita serba sedikit info lebih lanjut tentang sejarah kesultanan Razia yang diadaptasi dalam drama bersiri Razia Sultan ini. Sebab ramai yang tertanya-tanya, siapakah Razia Sultan? Benarkah wujud kisah hidupnya? Atau bagaimanakah kehidupan Razia hingga mampu bergelar Sultan? Razia atau gelaran penuhnya Jalalatuddin Raziyya asalnya adalah seorang puteri kesultanan Delhi, baginda adalah seorang wanita berketurunan Turki dan Delhi yang begitu luar biasa kehebatannya. Baginda dilantik sebagai Sultan wanita pertama dan terakhir kesultanan Delhi oleh ayahandanya melalui persetujuan ahli warisnya dan sokongan rakyat jelata.  Didikan yang diberikan sendiri oleh ayahandanya, Shamsuddin Iltumish sejak kecil hingga usianya 13 tahun menjadikannya seorang puteri yang bijaksana, berani dan pemurah. Razia tidak seperti kebanyakan puteri pada ketika itu, kerana m

POS LAJU SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Imej
Assalamualaikum. Sempena Tahun Baru Cina pada 28 Januari 2017 nanti, operasi bagi pos laju adalah ditutup pada tarikh seperti berikut : Sekian.

SEMAK STATUS BR1M 2017

Imej
Assalamualaikum. Bantuan kewangan BRIM akan diagihkan pada pertengahan bulan Febuari. Semakan keputusan boleh dibuat pada penghujung bulan Januari. Bantuan kewangan BRIM akan mengutamakan mangsa banjir kerana keperluan mereka adalah lebih besar untuk didahulukan. Bagi bantuan persekolahan,  pembayaran RM100 untuk setiap kanak-kanak bersekolah  ini juga akan diawalkan dengan harapan akan mengurangkan beban kewangan pada masa ini. Permohonan yang telah dibuat boleh di semak melalui portal  https://ebr1m.hasil.gov.my/  rasmi atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Di samping itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong telah menggesa pemohon untuk membuka akaun bank untuk memudahkan proses pembayaran, dan untuk membuat permohonan secara online untuk mengelakkan kemungkinan beratur panjang di cawangan seluruh negara. Kira-kira 3 juta penerima BRIM masih tidak mempunyai akaun bank didaftarkan daripada sejumlah 7.9 juta penerima BRIM.

MANFAAT MARY KAY CC CREAM DAN TRANSLUCENT LOOSE POWDER

Imej
Assalamualaikum. Saya nak share sikit tentang simple combination make up flawless by Mary Kay. Sangat ringan dan natural. Sesuai bagi awak semua yang sukakan natural look dan tak berapa minat nk pakai makeup tebal-tebal. Langkah pertama cuma pakai CC cream SPF15 dan langkah kedua sapukan pula Translucent Loose Powder. Kedua-duanya mempunyai manfaat yang sempurna untuk kulit bernafas selesa semasa anda mengenakan makeup sepanjang hari! Cc cream mempunyai 8 kebaikan dalam 1 cream: 1.Melawan garis halus dan tanda penuaan. 2.Melembabkan kulit tanpa menjadikan berminyak atau melekit. 3.Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB (SPF15). 4.Menutup cela, Memelihara kulit, jerawat serta menenangkan kulit bermasalah. 5.Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segara serta memiliki empat pilihan warna. 6.Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit. 7.Mengurangkan kemerahan pada kulit. 8.Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran d

KENAPA AZANKAN BAYI KETIKA LAHIR

Imej
Assalamualaikum. Tentu ada yang tertanya-tanya, apa pentingnya mengazankan bayi ini sebaik kelahirannya? Sebaik lahir sahaja bayi muslim ke dunia ini, kalimah pertama yang perlu untuk didengarinya adalah Azan. Seeloknya dilakukan oleh bapa bayi, jika tiada boleh meminta bantuan doktor lelaki yang berhampiran untuk mengazankan bayi tersebut. Mengapa bayi perlu diazankan? Dari Husain bin Ali r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: ‘Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan  pada telinga kanan dan di iqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan menganggunya.” Ketika keluar dari perut ibunya, keadaan bayi yang masih kecil dan lemah serta dipenuhi kotoran seperti darah dan lendiran. Mengiringi kelahirannya juga turut serta Qarin iaitu jin yang dipanggil kembar manusia iaitu jin yang mendampingi setiap manusia dari saat kelahiran hingga ajalnya tiba. Qarin membesar mengikut usia manusia yang dilahirkan tadi sejak ba

OBSESSION | TELENOVELA FILIPINA DI TV3

Imej
Assalamualaikum. Menarik drama ni! Drama telenovela bergenre Medical Drama ini ditayangkan bermula hari ini 10 Januari 2017 bagi menggantikan drama telenovela bersiri Akin Pa Rin Ang Bukas. Telenovela Filipina ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 3 hingga 4 petang. Apa yang pasti, episod pertamanya saja pun dah menarik untuk ditonton! Episod 1 Mengisahkan Bernadette Samson yang mengalami kemurungan dan akhirnya, semakin parah sejak kehilangan bapa kandung yang terlalu disayangi. Ibu Bernadette mengetahui keadaan anaknya itu apabila secara tiba-tiba Bernadette sendiri cuba untuk mencederakan dirinya sendiri. Akhirnya, ibunya mengambil keputusan untuk merujuk penyakit Bernadette kepada doktor psikologi. Bertahun-tahun, ibunya masih setia melalui hidup bersama Bernadette yang mempunyai emosi kemurungan, walaupun perkara tersebut telah lama berlaku Bernadette tetap mengingatinya bagaimana bapanya pergi meninggalkannya begitu sahaja. Bernadette t

MOHD FAIZ SUBRI WINNER THE FIFA PUSKAS AWARD 2016

Imej
Assalamualaikum. Bangga apabila Mohd Faiz Subri pemain bola sepak dari Penang adalah top 3 bagi calon anugerah FIFA Puskas Award 2016. Alhamdulillah, kemenangan mutlak daripada jumlah undian telah berpihak kepadanya. Mohd Faiz Subri kini juga sebaris pemain bertaraf dunia Christiano Ronaldo! Tahniah Mohd Faiz kerana telah mengharumkan nama negara iaitu Malaysia di mata dunia. Semoga kemenangan ini menjadikan beliau lebih berjaya di arena bola sepak negara. Siapa sebenarnya Mohd Faiz Subri ? Mohd Faiz Subri merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Pulau Pinang sebagai pemain tengah atau penyerang. Lahir pada 8 November 1987, berumur 29 tahun dan berasal dari Kedah, Malaysia. Kerjayanya bermula sejak tahun 2009 sebagai pemain berjersi nombor 13 bagi negeri Pulau Pinang FA. Anugerah yang berjaya dirangkulnya adalah Anugerah Puskas FIFA 2016 . Sekian.

BACK TO SCHOOL GIVEAWAY BY ABAM KIE

Imej
Assalamualaikum. Wah, ini adalah giveaway kedua yang saya join! Jom ramai-ramai memeriahkan lagi giveaway Abam Kie... Dah lama saya kenal blog Abam Kie ni, sejak saya berblog beberapa tahun dulu. Tapi blog Mama Biha terpaksa dipadam atas sebab akaun google.  Saya redha sajalah walaupun sedih sebab banyak cerita dan kisah suka duka dalam blog tu dulu! Klik pada banner untuk join 6 Jan - 31 Jan 2017 Sekian.

CARA MENYUSUKAN BAYI CARA ‘DIRECT FEEDING’ YANG BETUL

Imej
Assalamualaikum. Ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi perlu tahu tentang ini kerana kesilapan cara memberi susu ibu terus dari payudara akan memudaratkan ibu dan bayi. Samada berlaku melecet yang teruk pada puting ibu dan susu tidak dapat diminum dengan sempurna oleh bayi dan juga  boleh mengakibatkan juga bayi lemas. Bagi ibu yang baru selesai melahirkan bayi seeloknya menyusukan bayi dalam kedudukan yang selesa iaitu paling bagus dalam keadaan duduk. Memegang bayi dalam keadaan mendakapnya dengan rapat ke dada. Mulut bayi mestilah menghisap penuh sehingga ke aerola payudara seperti gambar di bawah ini. Antara payudara dengan hindung bayi pastikan ada sedikit ruang untuk bayi bernafas. Sekiranya bayi cuma menghisap kawasan puting payudara ibu akan luka dan melecet mengakibatkan ibu mengadu sakit dan tidak mahu untuk menyusukan bayi sedangkan ibu perlu belajar cara-cara menyusukan anak dengan betul kerana penyusuan yang sempurna tidak akan meny

KHASIAT BANTAL KEKABU UNTUK BAYI

Imej
Assalamualaikum W.B.T Kenapa bantal kekabu ni sangat bagus untuk bayi? Umi saya kalau jumpa pokok kekabu ni kat kampung memang dia akan aim aje pokok tu bilalah nak berbuah dan masak. Sebab bila buahnya masak, meletup-letup sampai luruh semua kekabu kat atas tanah. Adik-adik saya paling seronok nak kutip sebab nampak macam tengah kutip salji je sebab warnanya putih lembut dan terbang-terbang turun ke tanah hahaha! Sejak ada anak pertama, saya gunakan bantal kekabu ni untuk Nabihah Insyirah, sebab dari kecil lagi saya telah diajar umi untuk tidur menggunakan bantal kekabu. Umi kat kampung pun dah sedia kan 2-3 biji bantal untuk Nabihah gunakan. Bagusnya sebab bila pakai bantal ni bayi lebih lena dan selesa bila tidur. Cuma lecehnya nak jaga bantal kekabu ni jangan sesekali basah terkena air, memang kekabu rosak! Apa yang bagusnya bantal dan tilam kekabu untuk bayi? Penggunaan kekabu sebab kekabu sifatnya tidak menyimpan haba. Apabila kekabu dibuat bantal dan tilam ia ti

APA BEZANYA SKINVIGORATE VS HAND CLEANSING LAIN

Imej
Assalamualaikum. Ramai juga tau yang tertanya-tanya tentang perbezaan antara berus pencuci pobling dan Skinvigorate Cleansing Brush. Nampak macam sama aje? Sama ke? Mari saya terangkan serba sedikit tentang perbezaan antara kedua-dua jenis berus pencuci muka ini supaya awak semua boleh faham. Untuk pengetahuan semua Skinvigorate Cleansing Brush dan Pobling ini sangat berbeza. Pobling Cuma memberikan kesan ‘vibrate’ sahaja pada kulit wajah bila digunakan . Based on feedback dari kebanyakan customer yang menggunakannya, tak sampai sebulan pakai, pobling dah rosak! Berlainan dengan Skinvigorate Cleansing Brush ini ia berputar secara lembut (sangat lembut) 400 rotation per menute! 400 pusingan tau, jari tangan kita nak pusing macamtu tak akan larat. Disamping mencuci secara mendalam, ia juga mengurut wajah, melancarkan peredaran darah, malah mampu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan kesan makeup dengan lebih bersih daripada mencuci muka menggunakan tangan.

PROMOSI SKINVIGORATE BRUSH PURPLE LIMITED EDITION

Imej
Assalamualaikum. Sempena Chinese New Year ni, mary kay keluarkan semula stok ekslusif Skinvigorate Cleansing Brush yang berwarna purple tu! Wow, memang cun tau berus muka tu. Rugi siapa yang tak grab awal-awal sebab stok terhad dan biasanya cepat habis! Kenapa perlu cuci muka pakai Skinvigorate ni? Apa bezanya dengan pobling lain? Harganya kenapa sampai RM 200? Seperti yang kita semua sedia maklum, membersihkan wajah adalah rutin harian yang perlu dititikberatkan. Memandangkan setiap hari kulit wajah kita terdedah dengan segala kekotoran, peluh, minyak dan juga lebihan solekan. Dengan pembersihan yang betul, bersama produk yang sesuai dan selamat akan memberikan result yang baik untuk kulit anda! Mary Kay memperkenalkan : Device/tool untuk pembersihkan wajah secara maksimum! Mary Kay Skinvigorate TM Cleansing Brush , adalah berus yang sangat ringan serta berkuasa 2 kelajuan mengurut dan dapat mencapai sehingga 400 pusingan dalam seminit. Jika

KENAPA KENA BEDUNG BAYI?

Imej
Assalamualaikum. Bedung bayi adalah salah satu barang keperluan yang perlu ada dalam checklist barang baby. Adakah awak semua tahu mengapa baby kita semua perlu berbedung? Ada beberapa fungsi dan kebaikan buat baby jika mereka ini dibedung.  Namun, untuk membedung baby juga perlu ada masanya agar tidak menjadikan pemakaiannya satu mudarat pula! Cara kedudukan kaki bayi adalah perkara terpenting apabila dibedung. Tidak perlu meluruskan kaki bayi hingga tiada ruang kerana terdapat kesan buruk seperti mudah terseliuh apabila bayi dibedung terlalu ketat kerana kaki bayi juga perlukan pergerakan walaupun ketika dibedung. Fungsi bedung adalah untuk mengelakkan bayi dari kedinginan, terutamanya sebaik sahaja bayi lahir kerana sepanjang hari berada di wad hospital yang sejuk dan mereka terdedah kepada persekitaran yang luas. Selain itu, bedung juga berfungsi sebagai memberi keselesaan berpanjangan ketika bayi sedang tidur. Bayi perlu tidur lebih lama dari orang dewasa, a