DILEMA MENCARI PENGASUH BAYI

Assalamualaikum.



Sekarang kecoh tentang pemilik taska & dua org pekerja di sebuah taska tak berdaftar didakwa atas tuduhan mengikat mulut, tangan dan kaki bayi berusia 11 bulan hingga 1 tahun tanpa belas. Kalau tak silap boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat atau kedua-duanya sekali!

Gambar 3 orang bayi tersebut yang viral di laman sosial katanya berlaku di Kajang. Kes sebegini hakikatnya sama sahaja seperti kes-kes yang telah berlaku sebelum ini. Tak kiralah samada taska atau pengasuh persendirian, banyak kebaikan dan keburukannya terhadap psikologi dan perkembangan minda bayi.

Sebagai seorang mama, saya juga memiliki dua orang bayi yang perlu diletakkan di bawah pengawasan taska atau pengasuh. Pengalaman pertama saya mencari pengasuh untuk Nabihah begitu sukar sekali. Pada mulanya ada jiran yang sanggup mengasuh Nabihah yang masa tu baru masuk 3 bulan.

Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu Nabihah di rumah pengasuh tak ada masalah. Susu ibu yang dibekalkan juga diminum habis kerana Nabihah memang menyusu saya sepenuhnya. Tapi, minggu ke -3 pengasuh disahkan hamil dan mengalami alahan teruk. Tak sampai sebulan saya terpaksa mencari pengasuh lain itupun kelam kabut sebab dia dah sampai tak larat nak buat kerja rumah sangat.

Akhirnya, saya terpaksa meminta pertolongan umi saya untuk mengasuh Nabihah. Setiap minggu saya balik kampung bawa susu ibu tanpa culas. Bayangkanlah, anak menyusu ibu dan terpaksa berpisah pula dengan saya. Saya pula terpaksa menyusahkan umi walaupun umi saya lebih suka untuk menjaga Nabihah sendiri dari diberikan kepada orang lain yang tidak dikenali untuk mengasuhnya.

Saya tak putus asa berbincang dengan suami tapi tak dapat feedback yang diharapkan. Ada rasa kecewa kerana tiada kata putus, namun saya tak mahu ikutkan perasaan sebab saya adalah breastfeeding mommy. Saya tak mahu kuantiti susu saya terjejas lagipun, Nabihah memerlukan stok susu beku seminggu lebih kurang 120 - 150 Oz untuk dibawa balik ke kampung.

Kalau masa tu ada yang cakap saya menyusahkan umi sendiri sebab jaga Nabihah, saya rasa sedih sangat sebab bukan semua perkara saya boleh buat keputusan sendiri. Saya juga memerlukan pengasuh yang pandai jaga dan beri susu badan pada bayi saya tapi tiada. Kalau saya cerita, sebelum Nabihah dibawa balik ke kampung oleh umi saya pun, saya ada hantar pada seorang lagi pengasuh. Tapi dia tak tahu langsung bagi susu badan pada bayi saya dan stok yang diberikan untuk sehari habis rosak semuanya!

Saya juga tidak sanggup menggadaikan nyawa seorang anak pada tangan yang tidak bertanggungjawab!

Lebih kurang 8 bulan umi saya mengasuh Nabihah, kebetulan musim tengkujuh dan khabar angin mengatakan banjir besar akan berlaku. Umi abah saya datang ke KL membawa Nabihah dan mereka juga tidak dapat pulang ke Temerloh, Pahang semula akibat banjir besar yang melanda ada tahun 2014.

Saya cari lagi pengasuh untuk menjaga Nabihah kerana tidak mahu menyusahkan umi dan abah yang perlu mengemas rumah akibat banjir yang berlaku. Alhamdulillah, sehari sebelum bekerja saya jumpa seorang pengasuh yang sanggup mengasuh Nabihah. Hanya 2 bulan Nabihah dijaga pengasuh kemudian pada bulan Mac 2015 umi dan abah mengambil Nabihah semula untuk dibawa pulang ke kampung kerana saya akan deliver anak kedua pada awal bulan April 2015 tetapi saya telah deliver bayi pada 27 Mac 2015.

Masalah sama berlaku lagi apabila saya nak masuk kerja pada awal bulan Jun 2015. Bila ditanya semula pada pengasuh yang sama, upah mengasuh pula dah dinaikkan kepada RM400 sebulan (sebelum ni cuma RM 380 sahaja). Belum lagi upah mengasuh Nabihah, RM350 sebulan lampin pakai buang dan susu tepung Nabihah setiap bulan hampir 4 paket. Kira-kira hampir RM 1000 untuk anak-anak di rumah pengasuh sahaja. Belum campur lagi bekal makanan untuk Nabihah yang perlu dibawa ke rumah pengasuh.

Bila berbincang dengan suami, juga tidak dapat kata putus dan saya terpaksa meninggalkan anak-anak untuk diasuh oleh umi sekali lagi. Setiap minggu saya pulang ke kampung tanpa culas juga dengan bekalan susu ibu yang banyak untuk Nadeem.

Jika ditanya pengalaman penyusuan jarak jauh dan terpaksa berpisah dengan anak-anak memang menangis bila nak cerita. Perit jerihnya, cuma Allah yang tahu dan saya sering mengingatkan diri sendiri supaya kuat untuk melaluinya kerana masih ada ibu lain yang lebih sukar keadaannya daripada saya.

Apabila umur Nabihah 1 tahun 6 bulan, saya bawa dia ke KL untuk di daftarkan ke taska memandangkan dia sudah boleh bercakap dan agak agresif bermain dengan Nadeem. Umi pun cakap Nabihah sering mengusik adiknya dan bergaduh juga sekali-sekala. Kemudian, Nadeem pula dibawa ke KL apabila umurnya 11 bulan untuk diletakkan di taska.

Hal di taska lain pula masalah yang timbul... Sebab Nadeem tak boleh berjalan lagi, terpaksa saya cari taska berbeza. Nak tukar Nabihah ke taska baru kesian pula sebab dia dah selesa dengan cikgu disitu. Akhirnya, seorang di taska lain, seorang lagi di taska lain! Bila dah elok duduk taska, Nadeem pula tak boleh terima cikgu taska sebab cikgu akan bertukar-tukar setiap minggu.

Selama 4 hari setiap hari di taska Nadeem akan menangis tak berhenti, tak mahu makan dan menyusu. Susah hati saya bila cikgu taska asyik sms hal Nadeem di tempat kerja. Bila hampir waktu tamat kerja cepat-cepat saya ambil Nadeem. Akhirnya, sebab Nadeem tak boleh nak move on kat tempat dan pengasuh baru saya terpaksa minta bantuan adik kandung sendiri yang baru tamat STAM untuk mengasuh anak-anak.

Mungkin masalah saya adalah salah satu daripada dilema ibu dalam menghantar anak-anak kepada pengasuh. Saya sedia maklum, diluar sana lebih ramai ibubapa yang mengalami keadaan lebih teruk dari ini. Pada masa kini, kebanyakan pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak menerapkan budaya pembelajaran yang bagus dan menjaga keselamatan anak-anak kita. Tapi, lebih banyak keburukan yang kita dengar daripada kebaikan. Ada yang tersedak susu, yang meninggal akibat kecederaan dalaman, terjatuh dari tempat tinggi, penderaan, diberi makan ubat batuk hingga ketagih dan macam-macam lagi.

Apapun, kita sebagai ibubapa perlu peka keadaan anak-anak. Sentiasa pantau keadaan taska atau rumah pengasuh yang mengasuh anak-anak kita. Walaupun pengasuh adalah dalam kalangan saudara-mara atau rakan-rakan sendiri tidak boleh terlalu percaya. Kita juga perlu sentiasa bertolak ansur dengan pengasuh sekiranya perlu. Tidak rugi pun jika bermurah hati dengan pengasuh yang telah menjaga anak-anak kita sepanjang kita berada di tempat kerja.

Segala yang kita lakukan adalah Lillahi Ta'ala. Semoga semua ibu diluar sana diberikan ketabahan dalam menghadapi cabaran membesarkan anak-anak. Amiin.

Sekian.

Ulasan

Pada kiwi, nawaitu kita dan usaha untuk survey ikut keserasian anak kita... itu paling pnting.....
Tanpa Nama berkata…
salam puan
saya juga seorg pengasuh dirumah
.. dr tahun 2013 saya dah start mengasuh alhamdulillah dr byrn rm300 dan tahun lepas baru saya ambil 350... saya duduk di Au2 setiawangsa. puan duduk di mana?
mahal sungguh rasanya pengasuh tu ambil... saya yg ambil 300 seorg yg dah hampir 2 tahun dgb saya & dpt adik lg saya minta 600 utk 2 org pon dikatakan mahal 😔 nak 500 utk 2 org...
Azieera Tajul Rahim berkata…
Betul kiwi. Cuma kita perlu jgk fikir perasaan anak kecil ni supaya dia rasa selesa dgn org di sekelilingnya setiap masa.
Azieera Tajul Rahim berkata…
Sy duduk di Pangsapuri Berembang Indah, Jln Ampang. Pn Lisa ambil rm350-380 utk seorang bayi di bdr KL dikira sudah berpatutan. Pd saya, mungkin org di kawasan pangsapuri ni fikir demand yg tinggi disini sbb tu mrk naikkan rm400. Lagi satu sbb kawasan ni terlalu dkt dgn KLCC dan bkt bintang. Anak yg berumur 4 tahun keatas barulah mrk akan caj rm300 seorang. Sbb dh mudah utk jaga.
Saya pn pening nk mencari pengasuh yg sesuai dikawasan bandar teknologi kajang ni.
Ditambah pula, anak ada masalah kesihatan.
Buat masa sekarang , sy mengasuh anak sendiri.
Hijau berkata…
Puan lisa ada no tel ke.
Saya seperti puan aziermera jg...sedang mencarin pengasuh..dilemma sangat2..saya tinggal kawasan setiawangsa.
kak anis berkata…
assalam.saya seorang pengasuh di au2 setiawangsa. ibubapa yg mencari pengasuh boleh hubungi saya 0176247221
Cik meow berkata…
Assalamualaikum..
Khidmat Asuhan
Saya sedang mencari anak asuhan...tak kira umur..

��Kemasukan bila2 mase pun blh
��Isnin-sabtu
��Call/whatsapp
��013-9776621
��area temerloh pahang
Jika berminat sila wasap/call nom yg di atas☺
Unknown berkata…
sy yang bakal lahirkan anak first baby baca pun risau. sy pun masih mencari pengasuh area alam budiman shah alam lagi bekerja shift tapi ada yang minta bayaran rm450 tu pun kalau sy shift malam dan kerja pada sabtu ahad taknak terima. buntu sy. dapat rasa apa pn azie rasa 😢
Tanpa Nama berkata…
Sy pn tgh cari pengasuh, dkt Cheria Heights Apt tmn bukit Cheras tp x jumpa lg.. Risau jgk dh dkt due date tp pengasuh x jumpa lg huhu
Tanpa Nama berkata…
Salam kak anis masih mengasuh x?
Sy akn berpindah ke au2 january 2018 ank lelaki january ni umo dia nk masuk 8 bulan klu masih memgaauh boleh saya riki2
Tanpa Nama berkata…
Hi
Saya sedang mencari anak asuhan umur x kira
Nama saya Tharshainy...I am stay at klang
My watsapp no-01133475406
Ain berkata…
Sy tgl di au3.memerlukan and asuhan.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum..
Khidmat Asuhan
Saya sedang mencari anak asuhan...tak kira umur..

��Kemasukan bila2 mase pun blh
��Isnin-Jumaat
��Call/whatsapp
�0122812124 / Pn Taj
��apartment mawar bandar baru sentul
Jika berminat sila wasap/call nom yg di atas☺
Tanpa Nama berkata…
Salam..knp ye bila org melayu jd pengasuh bayarannya amat sedikit, sedangkan kalau org cina dibyr tinggi tak perlu basuh kain baju yg anak nya pakai... Ambil ank tepat wakth andai terlebih masa akn kena byr kira mcm OT. Sampai skrg saya terpikir knp...
dhia berkata…
Assalamualaikum , sy baby sitter area setapak
Ambil anak asuhan dr new born ke atas
Boleh handle ebm
http://www.wasap.my/60108863318
Tanpa Nama berkata…
Alam budiman dengan saujana tak jauh mana kalau ingin cari saya pon bole jaga saya tengah mencari kanak2 yg ingin di jaga
Unknown berkata…
~kasih mama home

Hye semua,ada sesiapa memerlukan pengasuh untuk si comel anda...Jgn risau saya ada sedia membantu...Sila wsp atau call..(NORA) di talian 0138698147..saya berada di kawasan no9,jalan semenyih jaya4,taman semenyih jaya..

~senarai harga

1)baru lahir~rm400
2)6bulan keatas~rm350
3)setahun smpai 2 tahun~300
4)2 tahun keatas~250

Lebih masa(ot) sejam~5.00
Bermalam sehari~70.00
Cuti@public holiday kalu nak hanta sehari ~50.00
MAMA RF berkata…
Assalamualaikum ibu ibu sekalian. Saya wanita bujang berumur 34 tahun. Perlukan pengasuh anak?
Bayi baru lahir - tidak kira peringkat umur.
Hubungi saya, MAMA 0194161900
Melayu/Islam
Lokasi Pengasuh di Setapak Ria Condo,Genting Klang, Setapak.
Pengalaman saya pernah jaga bayi baru lahir. Saya sukakan budak dan sayangkan budak. Saya akan jaga seperti anak saya sendiri.Setiap kebajikan, kesihatan, keselamatan dan perhatian kepada budak, saya akan bagi komitmen 100% Ikhlas kerana Allah SWT. Sebagai keberkatan saya didunia dan akhirat.

Tiada caj tersembunyi.InsyaAllah, saya hanya ingin mencari sumber rezeki yang halal.
Tanpa Nama berkata…
Saya mencari pengasuh area kg jawa klang.. utk anak saya berumur 1tahun 3bulan berminat hubungi saya 012-2480595 (lisa)

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

TEKNIK MARMET ADALAH TEKNIK PERAH SUSU TANPA GAJET