CARA NAK TAHU SKINCARE ADA MERKURI

Assalamualaikum.

Sekarang ni macam-macam jenis skincare yang ada dalam pasaran negara kita. Skincare murah, yang mahal, yang organik, yang timbang kilo semuanya ada! 

Tapi, awak semua kena tahu beza skincare mana yang tidak mengandungi bahan terlarang seperti hidrokuinon, merkuri dan sebagainya. Bahan-bahan kimia seperti ini sangat berbahaya kepada kulit, organ dalaman dan jika awak mengandung bahaya buat bayi dalam kandungan awak tau!

Hari ni saya nak bagitau sikit ciri-ciri skincare dan kosmetik yang mengandungi MERKURI :

1) Melekit-lekit.
Sapu pada muka pun bukan main susah nak ratakan.


2) Tidak Homogen (tidak menyatu dan kasar)
Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.


3) Kulit putih segera.
Warna putihnya pulak lain macam, bukan putih natural. Dalam masa seminggu dua kulit muka dah boleh putih sangat-sangat. Ingat! Biar lambat putih asalkan selamat.


4) Jerawat susah nak tumbuh.
Jangan cepat happy bila ini terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangatlah penting untuk melindungi kulit dari sinar UV. Maka, jerawat dah taknak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun tak sudi nak duduk tempat yang dah rosak.


5) Bau logam.
Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. Jadi, bau logam kuat menyengat, kalau wangi pun mungkin dia dah dicampur dengan parfum(pewangi).


6) Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning.
Tapi tak semua lah produk yang bewarna sebegitu ada merkuri, tapi wajib diragui.
So, banyakkan membaca sebelum nak cuba-cuba guna produk.

7) Berkilau (blink-blink)
Tekstur kosmetik yang ada merkuri ni berkilau-kilau sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kesan kilat-kilat.
Ingat! Merkuri adalah logam sebab tu berkilat.

8) Bila berhenti pakai, bintik-bintik tumbuh kat muka hingga kulit memerah.
Lama-kelamaan kulit wajah akan jadi kehitaman, berjerawat dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.


9) Kulit sensitif dengan matahari.
Kena matahari kejap je pun dah memerah kulit muka tu, rasa pedih dan rasa terbakar.

Kat sini saya nak share sikit artikel tulisan Dr Zubaidi tentang bahaya bahan kimia berbahaya seperti merkuri ni.


Masa kini lebih banyak jenama produk skincare yang berlambak di pasaran tempatan. Semuanya, rebranding dan individu mengaku adalah founder/ pengasas skincare tersebut. Semua menjual dengan tagline 'putih dalam masa 3 hari je!' atau 'berkesan dalam masa seminggu!'.

Saya juga nak kongsi antara contoh pengguna yang telah terjebak dengan produk skincare putih dalam masa seminggu!

Kredit : @norhasniza_khalid

Apa perasaan awak bila tengok gambar ni ye? Takut? Atau sedih? Kerana saya pasti, tiada siapa mahukan kulit begini. Hakikatnya, awak yang dah terkena pasti akan hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

So, pilihan di tangan awak sekiranya masih mahu menggunakan skincare murah dan putih dalam masa seminggu, namun memberi kesan sampingan dari bahan kimia atau yang organik pada kulit wajah, namun boleh sihatkan kulit sepanjang hayat.

Semoga awak semua jadi pengguna yang bijak! 

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU