MACAMANA HEALING CRISIS BERLAKU
Assalamualaikum.
Please take note!
Healing Crisis atau krisis penyembuhan, ia terjadi apabila berlakunya tindak balas antara kulit dengan produk yang digunakan.
Organik tapi ada healing crisis? Apa sebabnya?
Ya, semestinya produk yang organik itu akan menampilkan kesan healing crisis. Organik tidak menggunakan bahan kimia berbahaya yang mampu mengunci sel kulit untuk mengeluarkan toksin atau racun yang tersimpan dalam lapisan kulit. Maka, proses detox akan mengeluarkan semua yang terperangkap di dalam lapisan demi lapisan kulit awak semua. Sebab itulah krisis penyembuhan yang berlaku kelihatan agak teruk dan adakalanya kulit seolah-olah terselar atau sunburn.
Contoh mudah jika tidak faham penerangan di atas :
Jika kereta anda calar, anda boleh menutup kesan calar hanya dengan semburan bahan kimia yang boleh menutup di kawasan yang calar. Tetapi, jika anda ingin menukar cat kereta anda, cat yang lama perlu dikikis dan mengambil masa untuk dibersihkan dan digantikan dengan semburan cat yang baru.
Produk yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, hidrokuinon dan sebagainya, selalunya tidak akan menghasilkan healing crisis ini. Kulit anda tidak dirawat tetapi sel kulit anda dimatikan dan toksin yang tersimpan tidak akan mampu keluar dan hasilnya tidak mustahil akan terjadinya kanser kulit.
Bebaskan toksin, jangan takut terjadinya healing crisis tapi takutlah pada produk yang membuat anda cantik tetapi membunuh sel kulit anda. Kulit yang normal itu sesekali akan menghasilkan jerawat.
Tidak perlu menyalahkan produk organik atau produk bebas bahan kimia berbahaya kerana healing crisis yang berlaku. Healing crisis yang terjadi adalah proses yang perlu dilalui untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan normal seperti sediakala tanpa gangguan bahan kimia berbahaya lagi!
Baca sini juga bagaimana nak tahu produk skincare ada kandungan merkuri
Baca sini juga bagaimana nak tahu produk skincare ada kandungan merkuri
Sekian.
Ulasan