SAIZ PERUT BAYI BARU LAHIR | NEWBORN
Assalamualaikum.
Ramai ibu-ibu yang keliru ketika menyusukan sejak melahirkan bayi, lebih-lebih lagi ketika baru menimang cahaya mata pertama. Kenapa?
Kerana terdapat banyak kes ibu-ibu yang memberi anak nestum atau cairan selain susu ibu kepada bayi baru lahir. Nak tau tak, perbuatan tersebut sangat bahaya? Lebih-lebih lagi jika cairan tersebut diberikan terlalu banyak kepada bayi. Samada mereka akan muntah-muntah atau sembelit!
Awak semua tahu tak saiz perut bayi ketika hari pertama macamana? Jom tengok gambar di bawah ini ya!
Tergamak tak nak bagi bayi awak semua makan nestum kalau dia menangis sedangkan umurnya baru 3 hari?
Makanan pertama untuk bayi yang wajib adalah susu ibunya sahaja. Perlu diberi pada 6 bulan pertama hanya susu ibu. Kemudian genap 6 bulan barulah anda boleh berikan nestum, puri sayur/buah dan bubur nasi.
Ada sesetengah ibu yang degil, kerana merelakan mak atau mak mertua beri nestum sekiranya bayi menangis tak berhenti. Mereka cakap 'Anak kau ni tak cukup susu badan!' atau 'Campur aje susu tu dengan nestum sikit!'. Kemudian bila ditanya 'Tak apa ke mak?' mak jawab... 'Alah, mak dulu bagi kau minum macam ni lah, elok aje... hidup lagi sampai sekarang!' haa... jawapan paling sakit hati nak kena dengar.
Biar sakit hati jangan sampai anak awak pulak tanggung sakit macam-macam. Umur bayi baru setahun dua dah kena keluar masuk wad sana sini. Kalau nasib baik, tak kenalah masa kecik... bila anak tu dah tua, merana sendirilah budak tu dengan masalah usus, masalah hempedu, jantung, limpa... dan sebagainya.
Bayi menangis itu biasa, kerana mereka masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar perut ibu berbanding di dalam perut. Namun, jika bayi menangis berturut-turut bermakna bayi lapar kerana perutnya kecil dan cuma boleh menampung sedikit susu sebab itulah ibu-ibu perlu kerap menyusukan bayi!
Seeloknya, awak semua dahulukan pemakanan anak dengan susu badan sahaja dulu. Saya tau awak semua banyak duit tapi, tak tertanggung risiko jika bayi kecil awak tu meragam terkena sakit usus atau tak boleh berak atau muntah-muntah yang teruk. Kalau rasa nak pertikai apa yang saya bagitau ni, silalah tanya doktor ye!
Kalau susu badan tak keluar macamana? Hah, itu cerita lain... Nanti saya sambung dalam entri seterusnya!
Sekian.
Ulasan