CARA SEMAK ONLINE BONUS TABUNG HAJI
Assalamualaikum.
Bagi awak yang ada akaun Tabung Haji dan telah melakukan pengaktifan e-Thijari, awak semua dah boleh semak bonus dalam akaun Tabung Haji ye. Khabarnya, semakan boleh dibuat bermula 4hb Februari lalu, namun saya sendiri baru membuat semakan semalam pada 6hb Februari iaitu semalam.
Kalau awak masih belum aktifkan e-Thijari, lebih baik aktifkan sekarang di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan sebab tak perlulah berbaris panjang bagai nak semak bonus. Dah ada cara mudah ni, buat di rumah sahaja semuanya selesai!
Cara-caranya :
Masukkan ID dan password yang diberikan oleh pihak TH. Jika perlu awak boleh tukar password sendiri yang lebih senang untuk diingati.
Kemudian anda pilih menu DEPOSIT dan ke pilih di bawah PENYATA AKAUN.
Silalah masukkan no. akaun Tabung Haji anda sendiri dan ni. kad pengenalan. Pilih bulan 02-2017 dan awak terus klik pada butang semak.
Akan keluar penyata bonus dan bonus haji yang ada dalam akaun awak nanti!
Jangan lupa logout ye sebelum nak pangkah... Nanti tak pasal-pasal je semua orang tau awak punya $$$ dalam akaun tu!
Kalau umi abah saya, mereka tak tahu guna cara ni... Boleh saja saya nak tolong buat semakan tapi mereka mesti nak pergi jugak berurusan dengan kaunter Tabung Haji cawangan Temerloh tu, rindu katanya!
Sekian.
Ulasan