BAYI SUKAR SENDAWA DAN KERAP JELUAK
Assalamualaikum.
Sejak menimang cahaya mata pertama, banyak perkara baru yang
saya mesti belajar dalam hidup. Sebagai ibu, seharusnya belajar tentang tabiat
bayi adalah perkara paling penting. Walaupun agak sukar kerana bayi tidak boleh
bercakap, bayi cuma boleh berinteraksi dengan kita melalui tangisan dan
tabiatnya setiap hari, namun saya suka bertanya umi saya pelbagai perkara
tentang penjagaan bayi.
Perkara terpenting ketika menyusukan bayi adalah memastikan
bayi sendawa selepas menyusu. Banyak kes bayi tersedak susu dan sebagainya
kerana penjagaan ibu-ibu yang kadangkala bersikap cuai terhadap bayi sendiri.
Keadaan agak rumit jika bayi sukar untuk sendawa dan bayi terus tertidur lena!
Kedua-dua bayi saya juga jenis yang lepas minum susu terus
tertidur tak mahu bangun walaupun digerak berkali-kali. Tabiat bayi sememangnya
kita sebagai ibu-ibu tak boleh ubah. Umi ajar saya jika bayi berkelakuan begini
saya perlu dukung dia di bahu dan usap belakangnya, sekurang-kurangnya beri
masa untuk susu turun ke perut. Selepas itu, bolehlah letak dia kembali ke
tempat tidurnya.
Kemudian, jika bayi masih tidak sendawa, letak dia dengan
cara mengiring ke sebelah kiri atau kanan dan sendal belakang badannya dengan
bantal. Dengan cara ini memberi ruang
pada paru-parunya untuk bernafas dengan selesa. Jika bayi tiba-tiba
muntah tanpa disedari ibu, bayi masih boleh bernafas dan tidak akan tersedak.
Ada juga teknik lain untuk membuatkan bayi sendawa, iaitu meniarapkan bayi di
lutut sambil mengusap belakang badannya hingga bayi sendawa. Namun, agak sukar
sekiranya bayi sudah tertidur.
Selain sukar untuk sendawa, bayi juga akan mengalami keadaan
kerap jeluak. Apa jeluak ni? Jeluak ialah susu yang telah diminum kemudian
dalam masa setengah jam atau satu jam bayi akan muntah semula semua susu yang
diminumnya.
Biasanya ibu-ibu akan beri susu badan sebaik bayi lahir
hingga habis pantang. Samada hendak meneruskan penyusuan selepas itu atau tidak
adalah terserah pada diri masing-masing. Selama dalam pantang biasanya ibu-ibu
akan makan masakan yang dimasak rebus, kukus dan bakar. Masakan bergoreng boleh
dimakan setelah 14 hari berpantang namun tak digalakkan makan kerap dan terlalu
berminyak.
Bayi agak senang untuk jeluak sekiranya dia mual dengan
makanan yang dimakan oleh ibunya. Jika bayi-bayi saya, mereka akan kerap jeluak
jika saya makan lauk ikan tidak kira samada dibakar atau dimasak singgang.
Pernah anak yang kedua saya mengalami jeluak sebanyak 2 kali dalam waktu yang
terdekat. Risau saya bukan main sebab dia baru lepas minum susu dan lepas
setengah jam jeluak. Bila diberi susu lagi dia jeluak lagi.
Jika bayi berkeadaan begitu, terbalikkan bayi dan usap
belakangnya. Salin semua pakaian yang terkena muntah dan sapukan minyak angin pada
pusat dan belakang badan serta telapak kakinya. Biarkan dia berehat atau jika
boleh tidurkan dia. Elakkan memberi bayi susu lagi dalam masa 3 jam pertama
kerana dikhuatiri akan terjadi jeluak semula.
Sebenarnya, bayi telah pun kenyang namun disebabkan tabiat
bayi yang suka menganga mulut , memasukkan tangan ke mulut dan tercari-cari
sesuatu untuk dihisap membuatkan ibu-ibu terfikir bayi mahukan susu. Tabiat
bayi sememangnya begitu. Jika bayi mula menangis kuat dan tercari-cari sesuatu
ibu-ibu bolehlah terus susukan bayi selepas itu.
So, pastikan juga bayi ibu-ibu berbarut untuk mengelakkan
perut bayi masuk angin ya. Sekiranya ingin berjalan jauh pastikan pakaian bayi
lengkap, dibarut dan dibedung serta dipakaikan topi untuk menutup kepalanya. Ia
adalah salah satu tips untuk mengelakkan bayi terkena angin. Bayi masih dalam
hari atau baru beberapa bulan biasanya tubuh badannya masih tidak kuat untuk
menempuhi perjalanan jauh, oleh sebab itu ibu-ibu tidak perlu bimbang sekiranya
bayi yang telah lengkap dibedung namun masih mengalami jeluak sebaik sampai ke
destinasi. Ibu-ibu perlu bersedia sentiasa kerana tubuh bayi masih kecil dan
keadaannya lemah untuk menghadapi pelbagai keadaan persekitarannya.
Sekian.
Ulasan