KHASIAT BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN MENGIKUT WARNA
Buat ibu bapa yang peka terhadap keseimbangan pemakanan
anak-anak awak semua bolehlah rancang menu keluarga dengan makanan dari kumpulan
warna yang anak-anak suka! Kalau awak rajin cuba menu berlainan untuk
setiap buah dan sayur dari kumpulan warna di bawah ni. Tentu dapat menambat
hati anak-anak dengan warna-warni makanan yang ibu mampu sediakan!
Kumpulan Merah
Mengandungi likopena yang boleh mengurangkan radikal bebas
serta kaya dengan antioksidan yang membantu mengelakkan pengumpulan darah dan
sakit jantung. Contoh :Tomato, Ceri, Kranberi, Tembikai, Epal Merah, Ubi bit
Merah dan Strawberi
Kumpulan Kuning/Jingga
Mengandungi Alfa Karotina yang melindungi dari barah dan dan
juga Beta Karotina yang menukarkan vitamin A untuk melindungi kulit dari
radikal bebas. Ia juga penting untuk memperbaik penglihatan. Contoh : Buah Pic,
Ubi Keledek, Rock Melon, Jagung, Mangga, Lemon, Nanas dan Aprikot
Kumpulan Hijau
Mengandungi komponen klorofil yang boleh menyahkan toksin
dari tubuh. Kandungan mineral serta kalsium juga tinggi di dalam makanan yang
bewarna hijau. Contoh : Sayuran berdaun Hijau, Epal Hijau, Brokoli, Timun, Buah
Kiwi dan Avokado
Kumpulan Biru/Ungu
Mengandungi Antosianin yang bukan sahaja member warna yang
menarik bahkan terbukti untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
meningkatkan kesihatan jantung. Contoh : Beri biru dan Beri Hitam, Anggur
Unggu, Plum, Terung, dan Kubis Ungu
Kumpulan Putih
Mempunyai nutrient yang mampu meningkatkan sistem pertahanan
badan. Contoh : Kubis bunga, Pisang, Lobak Putih dan cendawan
Semoga dapat membantu anda mengenali kumpulan warna makanan untuk hidangan terbaik bagi seisi keluarga!
Sekian.
Ulasan