Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

COKLAT DALAM JAR CAIR MELELEH TEPI BIBIR! | CHOCOLETTO

Imej
Assalamualaikum. Wah, sedapnya makan snek coklat sambil layan drama .. atau sambil layan masa sedang jem atas jalan! Kalau nak buat snek bila lapar waktu senggang sebelum makan malam pun bagus juga tau, sebab dapat kurangkan pengambilan makanan berat.. tak gitu! Best sangat ke Chocoletto coklat dalam jar ni? Apa yang bagusnya? SIMPAN DI TEMPAT KERING SUHU BILIK Mudah. Cuma perlu simpan ditempat yang kering dan mempunyai suhu bilik biasa. Tak perlu menyimpannya didalam peti sejuk. TAK PAYAH DOUBLE BOILED Biasanya, coklat jar perlu direndam di dalam air panas. Namun, untuk makan coklat jar Chocoletto anda cuma perlu gaulkan saja dan boleh terus dimakan. MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI Bagi sesetengah individu yang belajar atau bekerja kuat mengalami masalah lesu dan mudah lapar. Apabila kita makan coklat, ia sedikit sebanyak mampu memberi tenaga untuk sepanjang hari. UNTUK DIET SEIMBANG Memakan coklat pada waktu senggang antara makan ten

FAKTA MENARIK TENTANG COKLAT YANG ANDA TIDAK TAHU

Imej
Assalamualaikum. Apapun tanggapan buruk mengenai pengambilan coklat, namun terlalu banyak kebaikan coklat yang patut saya kongsikan dengan awak semua tau! Lebih-lebih lagi sekarang awak semua dah mempunyai anak dan sedang menyusukan anak .. sebab faktanya coklat mudah merangsang emosi gembira yang menyebabkan susu badan menjadi lebih berganda-ganda! Walau apapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang sangat baik. Meh, baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat ni .. ! 1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah. 2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung. Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan. 3. Co

BETUL KE MAKAN COKLAT BOLEH GEMUK ?

Imej
Assalamualaikum. Sehingga kini, rasa coklat masih sukar diertikan ... Dalam buku  Emperors of Chocolate ,  Joel Glenn Brenner  menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk daripada campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang utama. Malah, sebahagian daripada zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya dimakan sendirian. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan. Antara zat penghasil rasa coklat yang ada ialah lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit di bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan daripada jenis yang menggemukkan tubuh. Walaupun tidak dapat digantikan, pemalsuan koko sering dilakukan. Koko ialah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairanlah sekiranya dapur biasa terpaksa memilih kedua-dua

CABARAN BUAT WANITA BERNAMA ISTERI

Imej
Assalamualaikum. Apabila seseorang wanita itu telah menjadi seorang isteri dan ibu, hakikatnya semakin banyak cabaran, dugaan dan rintangan yang tidak pasti perlu dilalui. Bukan mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita yang telah bergelar isteri dan ibu lebih-lebih lagi ketika usia masih muda. Walaupun saya berkahwin pada usia 26 tahun dimana pada pandangan sesetengah orang tua agak lewat, namun pada zaman moden umur sebegini dikira sudah agak matang untuk mengharungi cabaran berumahtangga ini. Belajar sudah tamat dan kerjaya juga sudah pun bermula. Justeru, saya ingin kongsikan sedikit pesanan ini daripada FB page Tanya Ustaz. Benar. Agak sukar juga sebenarnya hendak menerima nasihat ini lebih-lebih lagi jika di suami bermasalah dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap kebajikan isteri dan anak-anak. Namun, saya juga yakin nasihat ini boleh dijadikan panduan dan dorongan agar kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan bertakwa kepa

CARI HOMEMADE COOKIES SEDAP?

Imej
Assalamualaikum. Siapa suka makan big cookies? Saya suka sangat sebab pertama kali saya jumpa around 2011 gitu ada jual pun kat Putrajaya. Cookies yang dibuat besar-besar .. jadinya, makan sekeping dua pun dah cukup. Semalam Homemade Cookies ni jadi doorgift buat para tetamu yang hadir ke majlis kahwin uncle saudara saya sebelah umi.  Wah, makan berkeping-keping Cik Biha dan Nadeem. Tapi, Cik Biha paling banyak makan... Saya dapat 4 keping, hari ni tinggal sekeping! Memang confirm sedap dan berbaloi sebab rangup dan cair di mulut! Rasanya manis light light aje bagi yang tak berapa suka manis macam saya juga. Homemade Cookies! Untuk order sila hubungi : 019 - 3935807 - En. Azim 019 - 2432755 - Pn. Ifa Boleh dibuat sebagai doorgift kenduri atau pelbagai majlis mahupun sebagai gubahan hantaran. Sekian.

SUAMIKU PALING SWEET | BACA ONLINE

Imej
Assalamualaikum. Sudah tiga hari SUAMIKU PALING SWEET bersiaran di TV3! Walaupun ceritanya tak serancak macam tengok cerita 7 Hari Mencintaiku! Tapi, saya tetap mengikutinya... nak kata best sangat biasa-biasa aje sebab dah biasa sangat cerita drama kita pasal kahwin paksa ni! Hehehe... apapun boleh juga dilayan sesambil tunggu azan maghrib bergema. Atau mungkin ada suatu kelainan di pengakhiran kisah Qisha Iris dan Izz Haikal ni kan, siapa tahu? Mehlah, saya nak bagi link kepada sesiapa yang suka membaca. Sekurang-kurangnya, dapat memenuhi masa lapang. Membaca tu kan jambatan ilmu! Hehehe... macam cikgu bahasa melayu sangat! SUAMIKU PALING SWEET - Karya Anjell PROLOG ,  BAB 1 ,  BAB 2 ,  BAB 3 ,  BAB 4 ,  BAB 5 ,  BAB 6 ,  BAB 7 ,  BAB 8 ,  BAB 9 ,  BAB 10 ,  BAB 11 ,  BAB 12 ,  BAB 13 ,  BAB 14 BAB 15 ,  BAB 16 ,  BAB 17 ,  BAB 18 ,  BAB 19 ,  BAB 20 ,  BAB 21 BAB 22 ,  BAB 23 ,  BAB 24 ,  BAB 25 ,  BAB 26 ,  BAB 27 ,  BAB 28 Dah cukup 28 Bab unt

HABIT SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG

Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni saya memang tak boleh nak lupa satu perkara ni saja... Iaitu habit sejak saya kecil sampailah sekarang! Habit atau tabiat saya paling lama dan tak boleh ditinggalkan adalah simpan barang bawah bantal. Tak kiralah barang apapun, terutamanya buku memang saya suka sangat simpan bawah bantal. Sekarang, saya simpan krim mata atau serum muka pula bawah bantal. 5 Sebab-sebab suka simpan barang bawah bantal : Senang nak cari/guna/pakai atau nak baca. Selamat tanpa gangguan sesiapa pun. Seronok sebab tersembunyi tanpa pengetahuan orang lain. Barang tu adalah barang kesayangan sangat-sangat. Tempat paling senang diingati kalau tak jumpa cari barang. Habit atau tabiat ni biasanya kita akan terbawa-bawa sejak kecil lagi dan berlarutan hingga dah tua bangka macam saya ni... Dah 3 series dah pun, masih tak boleh tinggal habit ni! Buat masa ni anak-anak belum nampak ada yang mengikut jejak langkah saya mempunyai habi

MEH, SANDAR PADA AKU | BACA ONLINE

Imej
Assalamualaikum. Macam menarik sangat kan cerita Meh, Sandar Pada Aku! Akan datang kat televisyen tu kan...? Buat awak yang suka membaca mungkin lagi best bila dapat baca novel sebab boleh nak feeling dalam hati ada taman sorang-sorang. Saya pun jenis hantu novel, tak kisahlah yang boleh dipegang atau baca online kalau jalan cerita best mesti nak terus baca sampai habis. Jom baca sinopsis cerita ni dulu sebelum awak semua layan novel baca online pulak! Meh, Sandar Pada Aku! - Karya Aifa Batrisya Haa... Dah tak sabar pulak rasanya kan nak tengok drama Meh, Sandar Pada Aku... tapi, sebelum tu bolehlah kejar baca versi novel dulu sebab feeling baca novel dengan layan drama televisyen ni berbeza! BAB 1 ,  BAB 2 ,  BAB 3 ,  BAB 4 ,  BAB 5 ,  BAB 6 ,  BAB 7 ,  BAB 8 ,  BAB 9 ,  BAB 10 ,  BAB 14 Sambungannya nanti saya update...  Sekian.

TIPS PENJAGAAN 4 JENIS KULIT WAJAH

Imej
Assalamualaikum. Sebagai wanita ni kita sangat perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit, tanpa mengira warna kulit tetapi perlu peka terhadap penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit awak semua. Kulit kita ni sebenarnya cuma ada 4 jenis sahaja, tak kiralah awak semua duduk negara mana sekalipun, maka kalau awak semua nak dapatkan kulit yang lebih baik carilah produk yang sesuai denganjenis kulit awak semua. Macam saya sendiri, pada mulanya saya ingatkan kulit saya jenis berminyak tapi tidak rupanya! Kulit saya adalah jenis kombinasi kerana berminyak di zon T dan kering pada bahagian pipi. Sebab itulah bila duduk dalam aircond bahagian pipi saya cepat kering! Jom tengok apakah jenis kulit awak semua dan bagaimana penjagaan harian yang disarankan oleh pakar kecantikan Mary Kay! Kulit Normal Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil

CARA BELAJAR BUAT BLOG PERCUMA

Imej
Assalamualaikum. Saya tahu awak semua ramai yang teruja sangat nak berblog tapi akhirnya terbiar begitu sahaja. Ramai kawan-kawan saya di luar sana juga serupa macam awak semua tau. Bila mereka ternampak saya sedang update blog, masing-masing teruja nak dekat, nak tau macamana saya berblog. Sampai ada yang mengaku mereka ada blog tapi tak aktif dan lama-kelamaan terbiar begitu saja! Sekarang tak perlulah awak semua risau-risau lagi sebab awak semua boleh belajar buat blog percuma saja! Cuma perlu download ebook di bawah ni dan awak semua dah boleh berblog seperti saya. Tak perlu buang masa, cuma download saja! Selain berblog niawak semua juga boleh menjana pendapatan sampingan. Walaupun cuma pendapatan sampingan, namun sekurang-kurangnya ia mampu menaikkan semangat awak semua untuk terus berblog tau. Maklumlah, berblog hari-hari kalau dapat sikit duit pun dah kira Alhamduillah! Meh, saya nak ajar satu tips buat duit dengan blog! Awak semua boleh pasang ik

PERKHIDMATAN URUTAN TRADISIONAL TEMERLOH, PAHANG

Imej
Assalamualaikum. Amalan urutan bukan sahaja bagi masyarakat Melayu, bahkan bagi mereka yang berbangsa Cina dan India juga. Urutan boleh memberi terapi ketenangan kepada mereka yang mengalami stress dan kepenatan. Bagi yang mengalami masalah seperti terseliuh, jatuh tergelincir, lenguh-lenguh dan terpelecok boleh baik setelah mendapatkan urutan tradisional. Selain itu, bagi sesetengah orang yang terkena strok atau mempunyai tanda-tanda akan strok juga baik untuk berurut kerana mampu memperbetul aliran darah agar lebih lancar. Ibu-ibu yang mengalami loya semasa mengandung, kedudukan bayi terlalu kebawah, ibu sedang berpantang dan mengalami bengkak susu atau susu sukar keluar juga boleh diselesaikan dengan urutan tradisional. Jika awak semua yang memerlukan rawatan berada di kawasan berhampiran, awak semua boleh menghubungi untuk booking giliran : Pn. Siti 016-639 6786 Temerloh/Kuala Lumpur Harga: Urutan satu badan adalah anggaran RM 50+ sahaja. Bagi ya

KESAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA WAJAH

Imej
Assalamualaikum. Awak nak tahu tak selain merkuri, ada beberapa jenis bahan kimia berbahaya lain yang sering digunakan oleh pengeluar produk skincare semasa pembuatannya? Bahan-bahan kimia seperti ini amat murah dan senang didapati, maka ramailah pengeluar produk yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda untuk menggunakannya dalam produk mereka tanpa ambil kira kesannya kepada pelanggan. Antara kesan-kesannya mengikut jenis bahan kimia adalah : Buat adik, kakak, mommy semua... Tolong jangan guna produk skincare yang mengandungi bahan-bahan terlarang ini. Sekiranya awak semua sedang pakai, tolonglah berhenti dan rawat kulit anda dengan produk skincare organik yang lebih terjamin kebaikannya untuk kulit kita semua. Kalau nak cerita, ramai wanita yang telah menjadi mangsa bahan kimia berbahaya ini... Kebanyakan daripada mereka memakai produk yang sedang famous di pasaran tempatan kita sekarang ni!  Harap awak semua maklum tak perlulah

CARA SEMAK ONLINE BONUS TABUNG HAJI

Imej
Assalamualaikum. Bagi awak yang ada akaun Tabung Haji dan telah melakukan pengaktifan e-Thijari, awak semua dah boleh semak bonus dalam akaun Tabung Haji ye. Khabarnya, semakan boleh dibuat bermula 4hb Februari lalu, namun saya sendiri baru membuat semakan semalam pada 6hb Februari iaitu semalam. Kalau awak masih belum aktifkan e-Thijari, lebih baik aktifkan sekarang di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan sebab tak perlulah berbaris panjang bagai nak semak bonus. Dah ada cara mudah ni, buat di rumah sahaja semuanya selesai! Cara-caranya : Masukkan ID dan password yang diberikan oleh pihak TH. Jika perlu awak boleh tukar password sendiri yang lebih senang untuk diingati. Kemudian anda pilih menu DEPOSIT dan ke pilih di bawah PENYATA AKAUN. Silalah masukkan no. akaun Tabung Haji anda sendiri dan ni. kad pengenalan. Pilih bulan 02-2017  dan awak terus klik pada butang semak. Akan keluar penyata bonus dan bonus haji yang ada dalam akaun awak n

PUNCA MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Imej
Assalamualaikum. Ngeri bila dapat berita beberapa hari lepas tentang bayi dua bulan yang dikelar oleh ibunya sendiri. Difahamkan mangsa bukanlah anak sulung, mangsa adalah anak ketiga dan memiliki 2 orang lagi saudara kandung lain. Sedih. Sebagai seorang yang telah bergelar ibu, saya sendiri sedih mengenangkan nasib yang menimpa arwah Nur Areesa Sofea.  Namun, ada segelintir pihak yang menuding jari mengatakan ibu mangsa sengaja membunuh mangsa. Maaf cakaplah... Kalau belum pernah merasai sakit perit dan kesukaran mengandung, bersalin, berpantang dan menguruskan anak kecil, tolonglah jangan bercakap perkara yang boleh menyinggung hati mana-mana pihak. Kes seperti ini bukan yang pertama kerana beberapa tahun lalu, tragedi yang lebih kurang sama berlaku pada tahun 2012, namun mangsanya adalah ibu yang baru sahaja 10 hari melahirkan anak. Kerana kecewa gagal menyusu badan, ibu tersebut yang berasa tertekan dengan dirinya sendiri lalu terjun dari tingkat 26 pangsapuri