MINYAK KAYUPUTIH CAP BURUNG KAKATUA BAGUS UNTUK BAYI BARU LAHIR
Assalamualaikum.
Sejak menimang cahaya mata pertama
lagi susah betul nak cari minyak kayu yang betul-betul bagus. Macam-macam jenis
minyak bayi yang saya cari semuanya saya tak berkenan baunya. Dari minyak
sampai ke losyen dari pelbagai jenama semuanya saya dah cuba tapi tetap tak
berkenan di hati.
Suatu hari, abah saya balik dari
bandar Temerloh, dia tunjuk minyak kayu putih cap burung kakatua. ‘Eh, baru
jumpa minyak ni!’. Betul, susah sungguh nak jumpa kalau ke Guardian Pharmacy
atau Watsons memang takkan jumpa. Kalau ke kedai runcit pun tak pernah jumpa.
Pernah juga cari kat butik barangan bayi pun saya cari tak jumpa. Kat Temerloh
ni, selain kedai butik bayi, ada jual jugak kat sengsei dan juga TF Temerloh.
Minyak ni turun temurun tau,
baunya pun best sangat! Masa saya kecil-kecil dulu… umi memang suka pakaikan
minyak ni di tapak kaki, di pusat dan belakang badan. Bayangkan minyak ni dah wujud sebelum saya
lahir sedangkan umur saya sekarang ni almost 30 years old! Minyak kayu putih ni
langsung tak panas, Cuma berangin sikit aje dan sangat sesuai untuk bayi baru
lahir sebab minyak kayu putih burung kakatua ni dah disuling sebanyak 3 kali!
Membantu dalam :
Membantu dalam :
- Gigitan serangga
- Kembung Perut
- Selsema
- Sengal otot
- Terseliuh
Saya pernah juga cuba cari lagi
kat KL minyak ni, memang susah nak jumpa tapi, pernah terjumpa dijual kat Ampang
Park Mall. Senang rasa hati sebab lepas ni kalau minyak kayu putih ni habis,
bolehlah saya pergi beli kat sana. Cuma, risau juga
sebab ada khabar mengatakan Ampang Park dah nak ditutup untuk projek pembinaan kan… tapi,
saya harap lambat lagilah nak tutup sebab seriously, susah betul nak cari
minyak kayuputih cap burung kakatua kat sini tau!
Sekian.
Ulasan